JOHOR BAHRU – Rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan terburu-buru memboikot barangan Amerika atau Israel. Pengerusi Kentucky Fried Chicken Holdings (M) Berhad (KFC), Tan Sri Datuk Muhammad Ali Hashim berkata, tiada bukti menunjukkan KFC menyokong atau menjayakan tindakan Israel ke atas Palestin. "Saya tidak melihat ada bukti yang menunjukkan KFC ada kaitan, menyokong atau menggunakan sumber kewangannya untuk membantu Israel. "Umat Islam atau warganegara Malaysia khususnya perlu kurangkan emosi dalam hal-hal seperti ini, dunia hari ini adalah lebih kompleks, rangkaian yang kita sangkaan milik Amerika sebenarnya tidak hanya memanfaatkan orang Amerika semata-mata. " "Kita perlu memikirkan kesan jangka masa panjang dan pendekatan yang lebih strategik, saya pernah membicarakan perkara ini beberapa kali dalam ceramah-ceramah saya, pendekatan yang lebih wajar dan logik adalah kita ramai-ramai usahakan untuk mendapatkan KFC dari Amerika," katanya ketika ditemui sidang media Cabaran Catur Bistari Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, kelmarin. Beliau berkata, kita boleh mengambil pedoman dari syarikat India yang mengambil alih perniagaan besi dunia". "Ada kira-kira 22,000 rakyat Malaysia yang bekerja dengan KFC dan Pizza Hut dengan gaji untuk mereka mencecah antara RM200-300 juta setahun. " "Majoriti pekerja KFC dan Pizza Hut beragama Islam dan jadi kita perlulah sedar hakikat ini dan melihat lebih jauh sebelum memboikot," katanya.
Sumber:
Sinar harian Ulasan: sememangnya tiada bukti yang menunjukkan KFC menyalurkan duit kepada Tentera Israel atau menyalurkan duit kepada kempen ketenteraan Israel ke atas Palestin. Namun perlu diketahui, asas ekonomi menunjukkan KFC merupakan sebuah syarikat makanan segera milik Amerika yang tentunya setiap pembelian keatas makanan segera tersebut akan memberikan peningkatan kepada sumber ekonomi kerajaan Amareka melalui cukai-cukai yang dikenakan. Hasil cukai-cukai ini telah memberikan kekayaan ekonomi kepada kerajaan Amareka untuk melakukan penyelidikan ketenteraan yang akhirnya dengan kekuatan dan kecanggihan persenjataan tersebut telah digunakan di negara Palestin. Penyaluran segala bentuk persenjataan terkini oleh Amerika telah disalurkan ke Israel. Fakta ini bukan lagi satu andaian semata-mata malah merupakan satu realiti dan telah diketahui dunia. Alasan Amerika, pemberian persenjataan tersebut merupakan satu tindakan untuk mempertahankan Israel seringkali digunakan Amerika bagi membenarkan tindakannya. Pencerobohan Israel ke atas Palestin juga dikatakan sebagai tindakan membela diri sedangkan dunia sendiri sememangnya mengetahui bahawa negara Palestin sememangnya tidak mampu untuk menganggu-gugat kerajaan Israel. Barangan Amarika bukaan sahaja KFC, malah semua jenis makanan dan barangan lain termasuk rokok, pakaian dan sebagainya hendaklah diboikot bagi memberi pengajaran kepada Amarika dan Israel agar dapat menghormati hak orang Islam. Pemboikotan ini tidak boleh dilakukan hanya untuk tempoh singkat seperti yang dicanang oleh sesetengah individu tertentu kerana ia menunjukkan masih ada dihati induvidu tersebut keingginan untuk menggunakan perkhidmatan yahudi tersebut sebaik sahaja tempoh pemboikotan tersebut tamat. Pemboikotan ini hendaklah dilakukan secara berterusan sehingga mampu memberi pengajaran kepada Amerika dan Israel diatas sikap keangkuhan mereka dalam melakukan tindakan ke atas negara dan ummat Islam. Kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan kumpulan pengguna di dunia turut menunjukkan bahawa baranagan Amarika dan Israel banyak menggunakan bahan-bahan yang diragui kehalalannya. Penggunaan bahan yang kurang jelas serta berunsur syubhah ini tidak sepatutnya digunakan oleh ummat Islam sungguhpun tertera pada label barangan tersebut perkataan HALAL yang mana tidak diketahui keautorian badan yang memberi cop halal terhadap barangan tersebut. Buku diatas telah memberi serba sedikit gambaran terhadap kelambakan barangan yang berunsur syubhat yang berada dipasaran negara kita. Malah barangan yang dijual kebanyakannya adalah dari keluaran Amarika dan sekutunya. Ummat Islam yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai di dunia sepatutnya mempunyai alternatif terhadap setiap barangan keperluan yang dikeluarkan oleh Amarika dan Israel. Barangan keperluan keluaran orang Islam yang halal lagi bersih sepatutnya mendapat tempat dikalangan masyarakat sebagai alternatif terhadap barangan keluaran amarika dan Israel. Ubat gigi keluaran orang Islam seperti 'Mukmin' (contohnya) walaupun agak mahal jika dibandingkan dengan 'Colgate' tetapi keyakinan terhadap status halalnya tidak boleh dipertikai lagi. Jika kita memahami biasanya barangan yang mahal punyai kualiti yang baik, maka barangan yang halal sudah tentu perlu dibayar dengan harga yang mahal. Ingatlah sesungguhnya syurga Allah itu mahal, untuk mendapatkannya bukanlah boleh diperolehi dengan cara yang mudah dan murah. Mahalnya syurga Allah itu tidak boleh dihitung dengan wang ringgit. Neraka Allah itu murah sebab itu ia mudah untuk diperolehi. Tinggalkan suruhan Allah, pasti mudah untuk terjun kedalamnya. Sebaliknya untuk mendapatkan syurga kita terpaksa bersusah-payah berjuang memelihara diri agar tidak melakukan laranganNya serta melaksanakan suruhanNya dengan bersungguh-sungguh sungguhpun terpaksa menghabiskan wang yang banyak. Makanan, pakaian dan segala yang HARAM merupakan antara faktor penyebab kepada jauhnya diri kita dari hidayah Allah. Kerana itu, pemboikotan ini bukan hanya kerana Palestin semata-mata, bukan hanya kerana Fatwa Ulama' tersohor semata-mata dan bukan hanya kerana kebencian kita kepada tindakan Amarika dan Israel semata-mata. Malah sebab yang lebih besar adalah kerana Allah bagi mempastikan setiap doa kita diperkenankan Allah sejajar dengan hadis Rasulullah S.A.W bermaksud:
"Wahai semua manusia, makanlah benda yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi".
Lalu Saad bin Abi Waqqas yang ketika itu berhampiran dengannya berkata:
"Ya Rasulullah, tolong pohonkan kepada Allah agar Allah jadikan daku seorang yang mudah diperkenankan doa."
Mendengar kata-kata Saad itu, lalu Baginda bersabda:
"Wahai Saad, perbaikilah makananmu, kau akan jadi seorang yang mustajab doa. Demi Tuhan dimana diri Muhammad dalam tanganNya, seseorang lelaki yang menelan seketul daging haram dalam perutnya tidak akan diterima doa daripadanya selama empat puluh hari. Adapun hamba yang dagingnya tumbuh daripada benda haram dan riba, maka neraka itu lebih utama baginya."
Kenyataan bahawa sekiranya masyarakat memboikot barangan Amarika dan Israel seperti KFC, Carrefour, McDonal's dan sebagainya akan menggugat ekonomi negara adalah satu kenyataan berbentuk ugutan yang tidak berlandaskan aqidah Islamiyyah. Perlu diyakini bahawa hanya Allah lah yang memberi rezeki buat hamba-hambanya. Bukan kerana KFC negara ini maju. Apakah dengan tiadanya KFC masyarakat Malaysia boleh mati kebuluran ? apakah dengan tiada KFC seluruh masyarakat Malaysia hilang perkerjaan ? Bukankah sebagai orang Islam kita wajib berkeyakinan bahawa rezeki ini kurnian Allah? Sebagai rakyat Malaysia beragama Islam hendaklah berfikiran rasional dalam kehidupan yang realiti. Hendaklah diketahui adalah menjadi Fardhu Kifayah keatas seluruh ummat Islam di Malaysia untuk menghasilkan setiap barangan alternatif diatas setiap barangan keluaran Amarika dan Israel. Tindakan HPA (sebuah syarikat muslim di utara tanahair) dalam menghasilkan barangan alternatif tersebut telah melepaskan seluruh masyarakat Islam Malaysia daripada dosa akibat kealpaan kita semua. HPA bukan sahaja telah menghasilkan barangan keperluan seperti sabun mandi, minyak rambut dan sebagainya malah turut menggorak langkah kepada perkhidmatan makanan segera seperti RFC bagi menggantikan KFC dengan kaedah halal dan berkualiti. Semua barangan keluaran orang Islam ini perlu disokong oleh ummat Islam Malaysia agar ia terus berkembang kukuh serta dapat menyainggi barangan keluaran Amarika dan Israel. Kesimpulan daripada ulasan ini menunjukkan bahawa sesungguhnya pemboikotan ini adalah wajib kerana:
Barangan keluaran Amarika & Israel diragui kehalalannya.
Jihad ekonomi bagi memangkin pengeluaran barangan keluaran ummat Islam
Jihad ekonomi sebagai membantu saudara-seagama di Palestin yang dicerobohi oleh Amarika dan Israel.
Jihad ekonomi sebagai pengajaran kepada keangkuhan Amareka dan Israel.
Memelihara diri dari barangan syubhat dan haram
Mencari keredhoan Allah
Dalam membincangkan berkenaan boikot keatas barangan Amarika dan Israel ini, terdapat segelintir individu yang mempertikaikannya apakah ianya bertepatan dengan kehendak al-Quran mahupun sunnah rasulullah s.a.w. Malah ada sesetengah pihak menganggap tindakan memboikot ini hanya merugikan ummat Islam. Perlu diingat, bahawa ummat Islam tidak rugi sekiranya memboikot barangan perkhidmatan Amarika dan Israel sambil mewujudkan alternatif dari buatan orang Islam sendiri, malah inilah yang dituntut oleh Islam. Tetapi ummat Islam menjadi rugi sekiranya hanya memboikot tanpa ada alternatif bagi barangan perkhidmatan tersebut. Malah Islam tidak melatik ummatnya hanya menjadi pengguna buta kepada barangan perkhidmatan kuffar. Berdasarkan kepada hujah dalam kesimpulan yang dinyatakan, jelas sekali menggunakan dan mengutamakan barangan dari buatan orang Islam adalah lebih utama, dalam kes memboikot barangan Amarika dan Israel ini pula, ianya merupakan salah satu jihad yang dilakukan oleh individu diserata dunia bagi memberi tentangan terhadap seranagan yang dilakukan oleh yahudi ke atas saudara seislam kita di Palestin. Perlu difahami kaedah usul fiqh menyatakan setiap perkara adalah harus kecuali telah dinyatakan haram oleh al-Quran mahupun al-Hadis. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
' Apa sahaja yang Allah halalkan didalam kitabNya, maka ia halal dan apa sahaja yanag Allah haramkan didalam kitabNya, maka ia haram. Dan apa yang didiamkan maka ia dibolehkan (dimaafkan). Oleh itu terimalah daripada Allah kemaafan-Nya. Kerana sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikit pun'.
Justeru, ia memperlihatkan luasnya ilmu Islam. Tiada satu perkara yang tidak memudharatkan kita dikira haram dilakukan selagimana tidak dinyatakan Haram oleh al-Quran mahupun al-Hadis. Tindakan golongan tertentu yang sering menggunakan perkataan bid'ah dalam fahaman sempit mereka telah menghukum bid'ah dan akhirnya membawa pengertian masuk neraka bagi mereka yang berdemostrasi menentang Yahudi, bid'ah pula dituju juga bagi mereka yang memboikot barangan Yahudi dan Amarika. Sehinggakan Bid'ah juga dituju kepada mereka yang belajar dan bekerja di Amarika dan Britain serta negara-negara Eropah. Perlu difahami pengertian Bid'ah sebagaimana yang telah dijelaskan oleh para ulama' dimana bid'ah yang sesat adalah perlakuan baru dalam perkara agama yang nabi tidak pernah lakukan. Seperti contoh, solat maghrib yang telah ditetapkan sebagai tiga rakaat tetapi dilakukan sebanyak empat rakaat. Inilah bid'ah yang sesat dan menyesatkan. Sikap pemerintah yang sengaja tidak melaksanakan Hudud dan digantikan hukum Syariah itu dengan hukuman ciptaan manusia, ini juga merupakan Bid'ah yang sesat. Menuntut ilmu sekiranya ilmu yang dituntut itu ada di tanahair, maka utamakanlah di tanahair atau dimana-mana negara ummat Islam, namun bagi ilmu yang hanya terdapat di negara-negara Eropah disebabkan teknologinya yang lebih tinggi, maka harus menuntut ilmu di negara-negara Eropah bagi mempelajari teknologinya untuk dibawa ke tanahair. Demikian juga bekerja di negara Eropah merupakan harus sekiranya dengan bekerja tersebut dapat diambil manfaat untuk dibawa ke tanahair. Pada asalnya kesemua keadaan bekerja dan belajar ini hukumnya harus walau dimana sahaja. Adapun tindakan memboikot barangan Amarika dan Israel bukanlah perbuatan Bid'ah yang sesat ditambah pula di zaman rasullullah negara Amarika pun masih belum wujud lagi. Sikap tidak berpegang kepada akhlak Islamiyyah ini menonjol pada diri mereka dengan menyelar para ulama' yang tidak sefahaman dengan mereka sebagai sesat dengan kalimat keramat mereka: 'Sesunggunya dia hanya ulama' bukan nabi. Ulama' tidak maksum sebagaimana Nabi dan tidak mustahil untuk tersalah dalam tindakannya". Kata-kata ini sungguhpun benar, seolah-olah ingin menjatuhkan dan mengaibkan para ulama'. Para ulama' Islam dahulukala, seringkali bersangka baik dalam berikhtilaf. Tidak pernah berlaku pentengkaran sehingga menghukum kafir atau ahli neraka sesama mereka hanya disebabkan perbezaan pendapat. Keterbukaan minda ini dapat dilihat apabila berlaku khilafiyyah antara perkara tertentu, seringkali kita dengar kalimat 'Boleh jadi dia betul dengan pendapatnya atau boleh jadi pendapatku betul, sesungguhnya hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui". Sikap keterbukaan ini telah melahirkan keperbagaian pendapat yang dapat membangun dan memperkasakan ummat Islam. Firman Allah:
'Dan orang-orang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan orang-orang (ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah) merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpahan kurnian yang mulia' (al Anfal:74)- Wallahua'lam.
0 ulasan:
Catat Ulasan