Selamat Hari Raya Fitrah (Aidul Fitri ) 1432H Dari Darussyifa' Perak Online
Selasa, 30 Ogos 2011
Jumaat, 26 Ogos 2011
Notis Mesyuarat Agung Darussyifa' Pusat Kali Ke 22
Adalah dimaklumkan Mesyuarat Agung Darussyifa' Kali ke 22 akan diadakan pada tarikh dan masa berikut:-
Tarikh: 4 September 2011 (Ahad)
Tempat: Bangunan Darussyifa' Bandar Baru Bangi
Aturcara Majlis :-
8.00 pg : Pendaftaran dan sarapan pagi
9.00 pg - 12.30 t/hari : Mesyuarat Agung
12.30 t/hari : Jamuan Hari Raya Aidul Fitri
Semua ahli Darussyifa' (Seumur Hidup) dan yang membayar yuran keahlian dijemput hadir.
Mesyuarat insyallah akan dirasmikan oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din
Selasa, 23 Ogos 2011
Tazkirah Ramadhan:Bersama Tuan Guru Dato' Dr Haron Din
Sabda rasulullah s.a.w mafhumnya: "Alangkah hairannya bagi orang yang telah sampai umurnya kepada bulan ramadhan, apabila habis ramadhan dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya". (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)
Allah S.W.T sangat suka mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya di bulan Ramadan. Maka kedatangan bulan ramadan ini merupakan satu peluang kepada hamba-hambanya yang beriman untuk mendapatkan keampunan daripada Allah.
Banyakkan Beribadat Di Bulan Ramadan
Sesiapa sahaja yang mengambil peluang di bulan ramadan dengan syarat dia beriman dan patuh kepada perintah Allah S.W.T serta mengharapkan ganjaran pahala dan keredhoan Allah S.W.T insya Allah dosa-dosanya yang terdahulu akan diampunkan sebagaimana sabda rasulullah S.A.W mafhumnya Dari Abu Hurairah radiallahu anhu Bahawa Rasulullah Sallahlahualayhi wasallam bersabda: " Barangsiapa melakukan ibadah ramadan kerana iman dan mengharapkan redho-Nya, maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu".
Perbanyakkanlah beribadat di bulan ramadan ini dengan bersedekah kepada fakir miskin, menunaikan zakat, menjamu orang untuk berbuka puasa dan kalau mampu mengerjakan umrah. Menjamu orang berbuka puasa dan mengerjakan umrah di bulan ramadan sangat besar pahalanya sebagaimana sabda rasulullah S.A.W mafhumnya :
"Apabila tiba bulan ramadan maka berumrahlah kamu, sesungguhnya umrah pada bulan tersebut (pahalanya) setanding dengan (pahala) haji". (hadis riwayat Muslim)
"Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperolehi pahala orang yang berbuka itu dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun". (Hadis riwayat Tirmidzi)
Peluang untuk mendapat ganjaran pahala dan mendapat keampunan Allah S.W.T dibulan ramadan sangat jelas. Alangkah ruginya jika kita mengabaikan peluang tersebut.
Lakukan Ibadah Semata-mata Kerana Allah
Bulan Ramadan adalah bulan rahmah, sudahkah perasaan kita, hati sanubari kita sampai kepada menikmati Rahmah Allah itu? Jika amal ibadat yang kita lakukan di bulan Ramadan ini masih terasa tertekan, maka Rahmah Allah masih tidak sampai lagi kepada kita. Beribadatlah semata-mata mencari keredhoan Allah, janganlah melakukan ibadat untuk mendapatkan kepujian manusia kerana jika ini ada dalam hati kita maka akan termasuklah kita dalam golongan munafiqun. Orang-orang munafiq zahirnya sahaja Islam tetapi hatinya tidak sedikitpun beriman kepada Allah S.W.T. Sebagaimana Allah S.W.T menjelaskan perbuatan mereka, mafhumnya firman Allah dalam surah an nisa' ayat 142:-
"Sesungguhnya orang-orang munafiq itu menjalankan tipu-daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan berpura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafiq) Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas, mereka (hanya bertujuan) riyak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang beriman), dan mereka pula tidak mengigati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)" (an-Nisa' :142)
Dua Kebimbangan
Mukmin yang sebenar pasti akan melalui dua kebimbangan. Kebimbangan yang pertama ialah bimbang umur yang telah lalu dan yang kedua ialah bimbang umur yang sekarang hingga akan datang.
a) Adakah kita berasa bimbang dengan amalan-amalan kita yang lepas tidak diterima oleh Allah ? Jika ada perasaan begini, ada baiknya supaya kita agar selalu berdoa dan beristighfar kepada Allah S.W.T
b) Adakah kita pernah diuji dengan ujian yang berat dimasa lampau oleh Allah S.W.T ? Adakah kita merasa bimbang jika diuji oleh Allah pada masa sekarang dan akan datang ? Kebimbangan begini ada baiknya supaya kita sentiasa menjadi orang yang sabar menerima bala dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita.
Jangan gembira dan ketawa melihat orang yang jatuh sepatutnya kita bersyukur kerana kita tidak jatuh. Ujian daripada Allah S.W.T bukan kesusahan sahaja kadangkala kita diuji dengan kesenagan. Ramai yang kadangkala kecundang dengan ujian kesenangan ini. Allah tidak mensyariatkan sesuatu syariat itu tanpa ada kebaikannya.
Rabu, 10 Ogos 2011
Langgan:
Catatan (Atom)