Isnin, 22 Februari 2010

Perutusan Maulidur Rasul dari Tn Guru Prof. Dato’ Dr Haron Din : Laksana ajaran Nabi dalam pemerintahan


MENGINGATI Rasulullah s.a.w. adalah dituntut oleh syarak. Cara tuntutan itu adalah umum, apa sahaja yang boleh dilakukan dengan tujuan untuk mengingati Rasulullah, bukan semata-mata kerana jasmaninya tetapi kerana risalah atau mesej yang dibawa untuk memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia hingga ke akhirat.
Pada zaman mutakhir ini umat Islam umumnya, tidak lagi menghayati petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w., malah mereka juga terasing daripada menghayati perjuangan baginda, menyebabkan Islam terpinggir dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.tidak lagi menjadi idola.
Oleh itu, amat perlu diadakan sambutan yang bersesuaian dengan keadaan zaman ataupun perayaan-perayaan yang dilakukan selama ini seperti perarakan atau ceramah-ceramah agama sudah menjadi sesuatu yang ritual. Kadang-kadang ia tidak memberi makna yang sepatutnya bagi ditimba oleh orang-orang Islam.
Oleh demikian, saya mencadangkan supaya kalau benar-benar mengaku semuanya itu kerana hendak mengikuti jejak Rasulullah, maka ada baiknya diubah, ditambah sambutan itu dengan cara pemerintah itu sendiri mengisytiharkan setiap tahun yang diadakan sambutan keputeraan Baginda, sekurang-kurangnya satu dari ajaran baginda dilaksanakan dalam pemerintahan.
Sebagai contoh, kalau Rasulullah s.a.w. amat memerangi arak, maka satu tahun diambil tahun ‘pengharaman arak’ untuk selamanya, manakala tahun hadapan pula satu lagi diambil untuk dilaksanakan, contohnya, seperti menutup aurat. Maka dilaksanakan perintah itu dengan sebaiknya oleh pemerintah. Bagi tahun ketiga pula, sebagai contoh, mengharamkan judi.
Ertinya, jika setiap tahun diadakan sambutan, diambil sekurang-kurangnya satu ajaran itu, maka ternampaklah kita ini serius dan wujud perubahan yang baik sempena Maulidur Rasul itu.
Manakala, satu hal lain pula, pihak yang berkuasa atau badan amal yang berwibawa, perlu mengadakan penyelidikan yang rapi tentang beberapa episod daripada sejarah hidup Rasulullahyang boleh dijadikan modul hidup atau praktikal modul untuk dilaksanakan, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi kamu ada sejarah Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik untuk dilaksanakan.”
Namun, selama ini hampir tidak pernah dilakukan penyelidikan sedemikian di Malaysia dalam hal ini.
Atas sebab-sebab itu, seperti dinyatakan tadi perlunya beberapa pendekatan dan ajaran Rasulullah s.a.w. itu diambil satu daripadanya setiap tahun bagi memberikan kemanfaatan kepada seluruh ummah.

* Dato’ Dr Haron Din

Selasa, 16 Februari 2010

PENGUMUMAN: PENDAFTARAN & TAKLIMAT PENGAMBILAN DARUSSYIFA' PERAK 2010


SATU TAKLIMAT DAN MAJLIS PENDAFTARAN PESERTA KURSUS PENGUBATAN ISLAM (DARUSSYIFA') NEGERI PERAK INSYALLAH AKAN DIADAKAN PADA 13.03.2010 (SABTU) DI PAKAT, KUALA KANGSAR, PERAK. PEMOHON YANG BERJAYA AKAN DIHUBUNGI URUSETIA*.
*Urusetia Program : Darussyifa' Cawangan Kemunting, Perak

Khamis, 11 Februari 2010

Keratan Majalah Melinea Muslim




Oleh: SALAWATI HARIS
Tiga orang lelaki berbadan tegap sedang memegang seorang wanita yang meron ta-ronta sambil meraung-me raung, memaki hamun dan meracau-racau. Tidak dapat didengar dengan jelas apakah yang diraungkan oleh wanita yang berumur dalam ling kurigan 30an itu.
Dalam pada itu kelihatan Profe sor Dato’ Dr Haron Din meletakkan tapak tangannya ke atas tudung kepala wanita itu sambil mulutnya kumat-ka mit membaca sesuatu. Tiba-tiba, den gan nada yang keras Dr Haron Din memekik: “Keluar kau, keluar!”
Wanita yang masih meronta-ronta itu menggeleng-gelengkan kepala nya dan berkata sesuatu dengan nada marah. Ternyata wanita itu tidak se dar diri dan Dr Haron Din sedang merawatnya. Tiga orang yang meme gang wanita itu adalah petugas dan pembantu beliau.
Seketika kemudian, Dr Haron in membaca lagi ayat-ayat suci al-Quran yang amat jelas kedengaran sehing galah beberapa saat kemudian, wanita tu diam dan tidak meronta-ronta lagi.
Melihatkan keadaan itu, Dr Haon Din menarik nafas lega dan memberi sege las air penawar pada wanita tersebut. Setelah meminum air penawar, wanita itu pulih dan sedar daripada ra sukan tersebut, Dr Haron Din memin ta beliau berjumpa dengan pembantu perawat di luar bilik rawatan untuk mendapatkan khidmat seterusnya.
Senario pada jam 9 pagi ini adalah biasa di Pusat Rawatan Islam Da russyifa’, Bangi, Selangor. Ia adalab tempat Profesor Dato’ Dr Haron Din al-Hafiz merawat pesakit yang me ngunjunginya. Dr Haron Din akan merawat sendiri pesakit-pesakit sekali seminggu manakala selebihnya, pem bantu beliau akan mengambil alih.
Pagi itu, ketika saya sampai di pusat itu jam 7, saya berfikir sejenak apakah yang hebatnya perubatan berasaskan doa yang di bawa oleh seorang doktor falsafah Syariah dari Kaherah sehing ga begitu ramai orang yang datang me minta rawatan tidak berhenti-henti.
Bukan itu sahaja, apakah yang ada pada seoraug al-hafiz ini sehinggakan namanya terkenal seluruh negara dan beliaulah orang pertama yang mem perkenalkan rawatan Islam kepada masyarakat Malaysia. Malah nama beliau terbilang juga di luar negara kerana, dari buku pendaftaran, saya dapati pesakit beliau termasuk dari luar negara seperti Singapura dan negara-negara Timur Tengah.
Pesakitnya terdiri dari orang tua yang uzur, orang lumpuh yang terpaksa diusung dengan kerusi roda, anak gadis, pemuda, wanita berkerjaya, go longan korporat dan mereka yang ber pendidikan tinggi serta kanak-kanak kecil yang belum mengerti apa-apa, masing-masing sanggup datang dari segala ceruk rantau untuk mendapat kan rawatan.Ini tidak termasuk orang kenamaan dan pegawai tinggi kerajaan yang ti dak mahu nama mereka diketahui umum.
Di luar Darussyifa’ termasuk di sepanjang jalan menuju ke pusat terse but, tidak kurang 30 buah kereta ber deretan daripada pelbagai plat negeri, ada dari Johor, Perils, Kedah, Kelan tan, Terengganu dan tidak kurang juga dari Kuala Lumpur.
Daripada peristiwa yang saya saksi kan sendiri itu, fahamlah saya rawatan Darussyifa’ amat bermakna kepada masyarakat yang memerlukan bantuan rawatan alternatif terutamanya mereka yang mengalami masalah gangguan jin, syaitan dan iblis.
Pagi itu, sebelum saya melihat bagaimana Dr Haron Din merawat wanita tadi, saya telah bertemu den gan pengerusi Darussyifa’ Tuan Haji Rah man Ahmad untuk memohon kebena ran membuat liputan dan mengambil gambar suasana pusat itu. Beliau bukan sahaja memberi kebenaran tetapi mengarahkan semua petugas memberi kerjasama kepada saya sebaik mung kin.
Saya lihat di bahagian luar, iaitu di tempat kaunter pendaftaran, kira- kira 15 orang pesakit dan juga wakil daripada keluarga atau rakan mereka sedang berbaris untuk mendaftarkan diri.
Setelah kad rawatan diisikan dengan lengkap, pesakit diberikan nombor giliran dan mereka diminta menunggu di ruang menunggu semen tara nombor giliran mereka dipanggil dengan menggunakan pembesar suara dan paparan nombor giliran di papan digital.
Kira-kira 40 orang pesakit sedang duduk bersila menunggu di ruang menunggu dan selebihnya terpaksa menunggu di luar sama ada berdiri ataupun duduk di perkarangan ruang hadapan Darussyifa’ kerana keadaan sudah agak sesak. Ramai ahli keluarga yang mengiringi pesakit menyebabkan keadaan sesak, saya menggagak.
Ketika itu mata saya terpaku pada deretan lebih 200 botol air mineral dan pelbagai saiz di atas meja panjang di ruang menunggu. Setelah meninjau keadaan, barulah saya tahu bahawa setiap kali Dr Haron Din datang, iaitu hari Selasa, beliau akan membaca kan doa untuk penawar dan penerang hati secara sekaligus pada longgokan botol-botol itu.
Rupa-rupanya, pada awal pagi lagi orang ramai yang berhajat mendapat kan rawatan telah dinasihatkan supaya meletakkan hotol-botol air dan juga bahan-bahan ubat yang dibawa di atas meja itu untuk memudahkan lagi urusan rawatan. Ini adalah khusus un tuk mereka yang datang semata-mata mahu mendapatkan air doa penerang hati untuk anak-anak yang masih belajar daripada tokoh agama tersebut.
Dr Haron Din membaca doa untuk air ini pada jam 7.30 pagi ketika beli au sampai ke pusat itu untuk memberi rawatan. Sesudah itu, seorang petugas memanggil nama mengikut urutan nombor pesakit dan pesakit berkenaan kemudiannya diarahkan masuk ke da lam satu bilik khas iaitu bilik menung gu sebelum menerima rawatan
Di dalam bilik menunggu, pesakit dan pengiringnya diminta untuk mem banyakkan membaca selawat semen tara menunggu namanya dipanggil oleh petugas manakala di dalam bilik rawatan disediakan tiga buah kerusi untuk pesakit. Ketika Dr Haron Din merawat pesakit pertama, pesakit ke dua dan ketiga dikehendaki menunggu dengan membanyakkan bacaan sela wat ke atas Nabi Muhammad saw.
Menurut petugas-petugas di situ, suasana menjerit, tidak sedarkan diri seperti dirasuk jin adalah perkara rutin yang biasa dihadapi para perawat khususnya mereka yang terkena gang guan dan buatan orang menerusi sihir.
Bagaimanapun, di dalam soal pe nyakit berkaitan saintifik seperti ken cing manis, sakit jantung, migrain, kanser dan sebagainya, Dr Haron Din menyeru kepada masyarakat supaya berjumpa dengan doktor perubatan di hospital dan rawatan di Darussyifa.’ hanya dijadikan sebagai alternatif.
Kira-kira pukul 10 pagi, Dr Haron Din berhenti rehat selama setengah jam. Ketika waktu rehat ini beliau akan bersarapan pagi bersama-sama dengan ahli jawatan kuasa dan petu gas-petugas sukarela untuk bertukar tukar fikiran dan maklumat.
Saya difahamkan bahawa kaunter pendaftaran mula dibuka pada jam 6.30 pagi, iaitu selepas solat Subuh. Hanya mereka yang mendapat nombor giliran dan 1 hingga 200 sahaja yang boleh mendapat rawatan daripada Dr Haron Din.
Manakala nombor giliran 200 ke atas akan dirawat oleh perawat lain yang bertugas pada hari tersebut. Selain itu, untuk keselesaan rawatan, seseorang pesakit dibenarkan untuk diiringi bersama oleh dua orang ahli keluarga, sama ada saudara atau rakan ke dalam bilik rawatan.
Yang agak menghairankan ialah se nario ini hanya berlaku pada hari Se lasa dan hari Sabtu, Hari Selasa kera na mereka mahu bertemu dengan Dr Haron Din sendiri dan pada had Sabtu pula adalah hari kelepasan am.
Mengikut rekod kedatangan, purata seramai 500 orang datang ke pusat ini pada hari Selasa dan 200 orang pada hari Sabtu. Keadaan agak lenggang pada hari-hari biasa, malah jumlahnya menurun antara 30 hingga 50 orang sahaja. Jumlah ini menjadikan purata sebulan pesakit yang datang mendapat kan rawatan seramai 3,600 orang dan menghampiri jumlah 50,000 orang dalam masa setahun. MM

Isnin, 1 Februari 2010

Bersama Tuan Guru Dato' Dr Haron Din: Islam agama Allah dari dahulu hingga akhirat



SOALAN: Benarkah agama Allah hanya satu, iaitu Islam, dari dahulu hingga sekarang dan hingga hari akhirat, agama lain tidak boleh menandingi Islam dan ia sahaja yang kekal dan benar, tolong perjelaskan. MUNIRAH CHIN ABDULLAH, Bangsar, Kuala Lumpur


JAWAPAN: Bagi orang-orang yang percaya kepada al-Qurannul Karim sebagai Kitab Allah, kitab hidayah yang menerangi jalan yang benar, pasti akan meyakini sepertimana firman Allah (mafhumnya): "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah adalah Islam…" (Surah Ali-Imran, ayat 19)
Daripada sepotong ayat ini pun sudah dapat diyakini bahawa Islam adalah satu-satunya agama Allah. Kerana ayat tersebut adalah yang 'muhkamaat' iaitu jelas dan nyata.
Jika Allah menyebut dengan jelas seperti ayat di atas, maka Islamlah satu-satunya agama yang benar daripada dahulu, sekarang dan selama-lamanya.
Firman Allah (mafhumnya): "Dan barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam, maka tidak sama sekali akan diterima (oleh Allah) daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi." (Surah Ali-Imran, ayat 85)
Kisah turunnya ayat ini menurut Akrimah disebabkan oleh orang-orang Yahudi berdepan dengan Rasulullah s.a.w., mengingkari kerasulan baginda dengan hujah Nabi mereka Nabi Ibrahim a.s. adalah ikutan mereka dan Nabi Ibrahim a.s. adalah beragama Islam dengan kata mereka (orang Yahudi) "nahnu muslimun" yang bererti kami juga beragama Islam.
Rasulullah s.a.w. berhujah kepada mereka, "Jika kamu beragama Islam, Allah mewajibkan ke atas orang Islam menunaikan haji, apakah kamu menunaikan haji di Baitullah?"
Jawab mereka, "Kami tidak diwajibkan haji itu."
Lalu Allah mewahyukan wahyu di atas kepada Nabi Muhammad s.a.w., lalu Nabi Muhammad s.a.w. membacakan wahyu tersebut kepada mereka.
Dalam ayat lain, Allah berfirman (mafhumnya): "Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak dan Yaakub dan keturunannya, dan apa yang diturunkan kepada Nabi-nabi, Musa dan Isa dan sekalian Nabi-nabi daripada Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan (Nabi) seseorang pun antara mereka dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)." (Surah Ali-Imran, ayat 84)
Ungkapan 'muslimun' pada akhir ayat 84 ini, mengandungi pengertian yang amat mendalam. Berdasarkan tafsir yang muktabar, muslimun bererti beriman dan menyerah diri kepada Allah, ia juga bermaksud mentaati dan mematuhi apa sahaja hukum yang datang daripada Allah.
Ungkapan itu juga bererti agama kami adalah Islam, berpandukan kepada ayat 19 dan ayat 85, Surah ali-Imran.
Ia juga selaras dengan firman Allah dalam sepotong ayat (mafhumnya): "…dan Aku (Allah) reda Islam menjadi agama kamu…" (Surah al-Maidah, ayat 3)
Orang-orang yang beriman bahawa Allah sebagai tuhannya dan beramal dengan tuntutan Imannya daripada dahulu hingga sekarang dan ke hari-hari yang akan datang, diistilahkan sebagai muslimin atau muslimun.
Ia merujuk kepada perihal orang-orang itu telah menyerah diri kepada Allah.
Firman Allah (mafhumnya): "...Dan Dialah (Allah) yang menamakan kamu sebagai muslimun (orang-orang Islam) semenjak dahulu dan di dalam al-Quran ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu..." (Surah al-Hajj, ayat 78)
Oleh kerana itu Islam adalah satu-satunya agama Allah yang benar, agama tunggal dari dahulu hingga akhirat.
Akan tetapi telah dan sedang berlaku, Islam hanya tinggal pada namanya sahaja, orang-orang mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan Islam, negara yang mendakwa sebagai negara Islam, tetapi amalan-amalan di dalamnya tidak berpandu kepada Islam.
Ada manusia yang diberi kuasa memerintah, mereka adalah Islam, beragama Islam, menggelarkan mereka muslimin, tetapi tidak melaksanakan hukum-hukum Islam.
Inilah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam beberapa hadisnya (mafhumnya): "Akan datang suatu ketika pada akhir zaman, Islam tidak tinggal kepada mereka melainkan namanya sahaja dan al-Quran tidak tinggal kepada mereka melainkan tulisannya sahaja..."
Istilah Islam yang merujuk kepada agama Allah yang sebenar dalam Quran amat banyak, sekurang-kurangnya disebut 10 kali seperti dalam Surah Ali-Imran (ayat 19, 67 dan 85), al-Maidah (ayat 3), al-An'am (ayat 125), az-Zumar (ayat 22), al-Hujurat (ayat 17), at-Taubah (ayat 74), Yusuf (ayat 101), as-Saff (ayat 7) dan ayat-ayat lain.
Semuanya membuktikan Allah menyebut berulang-ulang kali bahawa agama yang satu hanyalah Islam.
Adapun perkataan yang disebut Allah secara jelas seperti muslimin, muslimat atau muslimun, disebut amat banyak disebutkan dalam al-Quran, tidak kurang daripada 43 kali dalam 43 ayat yang berlainan.
Kesimpulannya, agama Allah hanyalah satu. Kerana itulah wajib dipertahankan keaslian agama ini. Jangan ada orang menokok atau menambah, meminda atau mengubah, kelak akan dimurkai Allah. Wallahu a'lam.