Darussyifa' Batu Gajah menyeru masyarakat agar bersama-sama menghidupkan Majlis Zikir, Solat Hajat dan Qiamullail di rumah dengan bermunajjat dan bermohon kepada Allah agar wabak COVID-19 yang melanda negara segera diangkat serta dikurniakan kesembuhan kepada para pengidapnya. Ahli-ahli Darussyifa' di seluruh Malaysia amat digalakkan untuk turut serta bersama-sama menjayakan di rumah masing-masing dengan dimulai puasa sunat pada hari khamis (26.03.2020) dan diteruskan dengan solat sunat hajjat (selepas berbuka dan solat maghrib) serta menghidupkan majlis zikir dirumah. Semoga usaha bersama ini menjadi asbab kepada kesembuhan dari Allah seterusnya menghilangkan wabak COVID-19 di Malaysia dan seluruh dunia
Khamis, 26 Mac 2020
Rabu, 25 Mac 2020
Program Khidmat Bantu kepada Barisan Hadapan Pasukan Perubatan Dan Keselamatan Menghadapi COVID19
Ahad, 15 Mac 2020
Penutupan Sementara Operasi Darussyifa’ Seluruh Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)