Isnin, 25 Julai 2011

Cerita Atau Fitnah Baru Yang Menggelikan

Perbagai tindakan cuba mempopularkan diri dengan perbagai cara. Ada yang melakukan tindakan dengan berceramah ada yang menulis artikel di akhbar, majalah tidak kurang juga di web site, blog dan perbagai lagi. Namun, tindakan mempopularkan diri dan perkumpulan jika dilakukan dengan faktar yang benar barangkali tidak menjadi salah tetapi tindakan sesetengah makhluk yang menggunakan kaedah fitnah dan cerita dogeng yang direka-reka semata-mata untuk meraih simpati dan populariti adalah satu tindakan yang jahat dan penuh dengan sikap kejahilan. Ingatlah dosa memfitnah yang diakitkan antara manusia sesama manusia adalah dosa besar yang hanya diampunkan apabila ia telah memohon ampun dan maaf terhadap orang yang difitnahnya.
Lihat sahaja entri dari Tranungkite Online dengan tajuk "Batu Geliga Ustaz Haron Din Beranak Jadi 2" jelas menunjukkan cubaan pihak-pihak tertentu cuba memburuk-burukkan ulama' yang terkenal dalam bidang syariah, spritual dan pengubatan Islam itu. Aqidah Ustaz Haron Din jelas berdasarkan aqidah yang sebenar. Aqidah yang tidak menyekutukan Allah sepertimana dalam setiap kuliah dan kuliah-kuliah pengubatan yang beliau sampaikan demikian juga jelas sepertimana dalam artikel dan tulisan-tulisan di dalam majalah dan buku-buku khususnya yang diterbitkan oleh pihak Darussyifa'. Justeru Darusstifa Perak Online meminta agar para pembaca berhati-hati dalam menerima setiap artikel berkaitan Ustaz Haron Din dan menilainya dengan sumber yang shahih daripada pihak Darussyifa' mahupun pihak Ustaz Haron Din sendiri. Jika sebelum ini penulis telah paparkan satu contoh fitnah dari sebuah pertubuhan malah tidak mustahil banyak lagi fitnah dilemparkan oleh BOMOH-BOMOH JAHIL kepada ulama' tersebut memandangkan sememangnya para BOMOH yang mengamalkan kaedah Syirik dan Jin amat memusuhi kaedah pengubatan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.
Semoga Tuan Guru Dato Dr Haron Din senantiasa dilindungi dan dikurniakan kesihatan berterusan dalam membantu masyarakat. Semoga kita semua senantiasa dilindungi dan diampunkan Allah.

Ahad, 17 Julai 2011

PENGUMUMAN !!

PENGAMBILAN PELAJAR/PELATIH DARUSSYIFA' NEGERI PERAK KALI KE-5


Adalah dimaklumkan satu pengambilan pelajar/pelatih Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') Negeri Perak kali ke 5 telah dibuka. Pemohon adalah terdiri daripada muslimin dan muslimat yang berminat untuk mempelajari kaedah rawatan pengubatan Islam serta beristiqomah untuk bersama-sama Darussyifa' menawarkan khidmat bakti masyarakat. Pemohon hendaklah mampu membaca al-Quran serta berkeinginan menghafaz ayat-ayat al-Quran dan doa-doa. Tempat kuliah akan diadakan seperti tarikh berikut:-




Tarikh : 1 Oktober 2011


Tempat: Kolej Islam Darul Ridzuan


Selasa, 12 Julai 2011

FITNAH TERHADAP TUAN GURU DATO' DR HARON DIN




Penulis telah menerima sebuah panggilan telefon daripada seseorang yang kononnya berhajat untuk mendapatkan rawatan. Pemanggil memperkenalkan diri sebagai Muhammad Mughani dari Pulau Pinang memaklumkan ingin mendapatkan rawatan berkenaan saka. Saya menanyakan kepada pemanggil bagaimana ia mengetahui sakitnya diakibatkan oleh saka? Pemanggil tersebut memaklumkan dia sedang menjalani rawatan di sebuah Pertubuhan Gerak Silat di Pulau Pinang. Muhammad memaklumkan kaedah rawatan yang dilakukan oleh pertubuhan tersebut agak pelik dimana dia diminta mengumpulkan bulu-bulu dibadannya serta peluh dan darah untuk sepuluh jari di kaki dan tangan untuk dizikirkan bagi kaedah membuang saka. Pesakit juga dikehendaki membayar kifarat kambing berjumlah RM 500.00

Pesakit memaklumkan telah menanyakan hal tersebut kepada sebuah rawatan Islam yang sering keluar dikaca televisyen dimana Ustaz berkenaan memaklumkan amalan yang dilakukan pertubuhan silat tersebut adalah menjurus kepada khurafat. Penulis menasihati pemanggil agar berhati-hati dalam mencari kesembuhan dan mengelakkan syirik dan khurafat.

Muhammad menyatakan bahawa pihak pertubuhan yang merawatnya mendakwa Tuan Guru Dato' Dr Haron Din sendiri pernah mendapatkan rawatan daripada mereka dalam membuang 'SAKA' milik Tuan Guru. Saya menjelaskan bahawa Tuan Guru Dato' Dr Haron Din tidak pernah sama sekali mendapatkan rawatan sedemikian malah Tuan Guru Dato' Dr Haron Din sendiri tidak memiliki seekor pun jin mahupun saka dan ia adalah fitnah semata-mata untuk meraih simpati dan keyakinan pesakit. Saya masih ingat kata-kata Dr Amran Kassimin apabila ditanya adakah Tuan Guru Dato' Dr Haron Din memiliki jin pendamping ataupun saka ? Dengan nada senyuman Dr Amran menjawab "Jika Tuan Guru (Haron Din) memiliki jin pendamping, sudah tentulah saya turut memilikinya sama...tetapi ia tidak berlaku..."

Sudah menjadi sikap sesetengah pihak sanggup memfitnah dalam usaha meraih keyakinan orang ramai. Sikap memfitnah adalah dosa besar yang amat dimurkai Allah.

Mendaftar sebagai Pertubuhan yang sah disisi undang-undang bukan beerti pertubuhan tersebut pertubuhan yang sah disisi agama. Darussyifa' tidak mendakwa mana-mana pertubuhan melakukan khurafat kerana ia bukan tujuan Darussyifa' diwujudkan.  Majlis Syariah Negeri-Negeri atau Majlis Fatwa Kebangsaan merupakan badan berautoriti yang disediakan oleh kerajaan dalam mengeluarkan Fatwa berhubung penyelewenggan amalan sesebuah pertubuhan. Urusan pembatalan pendaftaran pertubuhan pula berada dalam bidang kuasa pihak yang lain. Dakwaan menyatakan jika pertubuhan 'Z' menyeleweng contohnya, kenapa pertubuhan tersebut mempunyai banyak cawangan di seluruh negara? Mengapa ia boleh didaftarkan secara sah disisi undang-undang? adalah merupakan soalan yang menunjukkan sipenanya tidak faham sistem dan fungsi badan-badan kerajaan di Malaysia. Sebagai contoh:-

Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah telah membuat keputusan pada 23.8.1976, 25.10.1976 dan 10.11.1976 bahawa risalah yang bernama 'Risalah Gerak Kilat Menyambar dan Mutiara Ditengah Mata" karangan Sheikh Mahmud Nasri Usmani adalah mengelirukan dan bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah mencadangkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Kedah agar mengharamkan penyebaran risalah tersebut bagi menjaga kesucian agama Islam. (Rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/)



Setelah mendengar penjelasan saya, Muhammad telah menghantar sms kepada saya dengan kandungan tersebut tertulis:-


Salam ust. sy skali nak mintak kepastiandari ust. samada betul x ust harun din pernah berubat buang saka dengan ahli dari A***dmalaysia di hotel penang. mintak tolong tanya ust harun hal ni kalau xmenyesahkan. sebab di orang pakai hujah tu.sy mati akal. sy nk cr kebenaran sj.tma kasih.sy muhammad mugani.
Saya mengandaikan bahawa Muhammad Mugani tiadak faham apa yang saya nyatakan serta tidak dapat membezakan antara hujah dan fitnah. Sesungguhnya Tuan Guru Dato' Dr Haron Din tidak pernah sama sekali mempunyai saka dan jin sepertimana didakwa dan jika tiada sudah tentulah tidak perlu mendapatkan rawatan dari sesiapa untuk membuangnya. Saya meminta penelefon agar terus menghubungi Darussyifa' Bangi bagi menjawab sms nya.

wallahua'lam