Rabu, 30 Disember 2009

HARI KELUARGA 2009 DARUSSYIFA CAWANGAN IPOH

Sesi Bergambar

Majlis Zikir

Us. Mokti mengetuai doa




Muslimat bekerjasama dalam menyediakan hidangan makan malam



Hadiah cabutan bertuah



Us. Zul menyebut nama peserta yang bertuah


Us. Mokti menyampaikan kuliah subuh

Makan Malam bersama keluarga

Sarapan pagi

Aktiviti keluarga

Us. Anuar sedang menjawab soalan kuiz

Acara Mewarna

Acara Keluarga

Kategori Kanak-kanak


Kategori Keluarga

Menghias buah

Kategori kanak-kanak

Kategori ibu


Kategori Keluarga




Hari Keluarga 2009 Darussyifa' Cawangan Ipoh telah berjaya dilaksanakan pada 25-26 Disember 2009 bertempat di Kem Murni, Kampung Jahang Gopeng. Program tahunan ini dilaksanakan bagi mengeratkan persahabatan dan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli disamping memeriahkan cuti sekolah anak-anak dengan perbagai aktiviti yang dirancang. Seramai 10 keluarga hadir dalam menjayakan program tersebut. Pada program Hari Keluarga pada kali ini mendapat penyertaan empat keluarga baru berbanding pada tahun lalu. Namun, tiga keluarga yang hadir pada tahun lalu tidak hadir pada kali ini. Secara keseluruhannya, terdapat peningkatan penyertaan namun jumlah bilangan adalah sedikit berkurangan. Pengurangan ini adalah disebabkan keluarga yang menyertai pada tahun ini membawa bilangan ahli keluarga yang lebih kecil berbanding tahun lepas. Sungguhpun masa yang diperuntukkan adalah singkat, namun perbagai aktiviti telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Aktiviti bermula pada 25.12.2009 (Jumaat) dengan pendaftaran peserta, minum petang, solat maghrib berjemaah, bacaan yasin dan zikir, solat isyak berjemaah serta diakhiri dengan makan malam.
Majlis makan malam di adakan dipinggir Sungai Kampar bersama keluarga sambil menonton rakaman Forum Perdana yang mana Tuan Guru Dato' Dr Haron Din merupakan antara ahli panelnya. Untuk mnenghiburkan anak-anak, tayangan filem Geng turut diadakan. Pihak jawatakuasa juga turut mengadakan cabutan bertuah pada majlis tersebut.
Pada 26.12.2009 pula majlis dimulakan dengan solat subuh, kuliah subuh dan usrah yang dikendalikan oleh A.F Us. Mokti b. Uri. Selepas sarapan pagi, majlis diserikan lagi dengan aktiviti sukan keluarga dimana sebanyak lapan acara disediakan terdiri daripada kategori keluarga, kanak-kanak, kategori ibu, kategori remaja lelaki dan perempuan. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan makan tengahari. Program Hari Keluarga 2009 Darussyifa' Ipoh tamat sekitar jam 1.30 petang. Jawatankuasa Penganjur Hari Keluarga 2009 Darussyifa' Ipoh ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan semua kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program hari keluarga ini. Tidak lupa jua buat semua ahli-ahli jawatankuasa terlibat yang bertungkus-lumus dalam merealisasikannya.

Pengerusi Program : A.F Us Mokti b. Uri
J/K Penginapan : A.F Us Najib
J/K Program, Permainan & Hadiah : Us. Saiful
J/K Kerohanian : Us. Mokti
J/K Makanan : Us Tajul Ariffin
J/K Keselamatan : Us Rashidie
J/K Penyertaan : Us Zul
J/K Siaraya : Us Adib

* Klik pada gambar untuk imej lebih besar

Hati-Hati Di Tol Ipoh-Jelapang




Kisah kemalangan ngeri di tol Ipoh-Jelapang bukanlah satu perkara baru. Ia berlaku hampir setiap tahun. Sungguhpun Kementerian Kerja Raya telah menamatkan operasi Plaza Tol Jelapang arah selatan yang juga dikenali 'plaza tol maut' di kalangan pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada 6.6.2008 yang lalu, Sepanjang 10 tahun beroperasi, plaza tol itu menjadi lokasi di mana 142 kes kemalangan dilaporkan berlaku dan terbaru, pada Disember 2007 menyaksikan lapan penumpang bas maut manakala 14 lagi cedera selepas bas yang dalam perjalanan menuruni bukit melanggar belakang lori tangki.
Bagi mengelak kemalangan maut terus berlaku, Plaza Tol Ipoh Utara (arah selatan) dibina kira-kira 800 meter daripada Plaza Tol Jelapang dengan melaksanakan projek laluan terus tanpa henti dari Ipoh (selatan) ke Jelapang. Perubahan plaza tol ini dilakukan adalah satu inisiatif bagi mempastikan agar kejadian kemalangan ngeri tidak berulang, namun kejadian disepanjang laluan menuju ke tol berkenaan tetap dan masih berlaku. Kemalangan ngeri di kilometer 272.8 Lebuhraya Utara-Selatan pada 26.12.2009 yang lalu mengigatkan kita bahawa usaha untuk mengelakkan kemalangan boleh dilakukan oleh manusia namun kuasa mutlak penentuanya hanyalah pada Allah semata-mata. Banyak faktor boleh dikaitkan dengan kemalangan ini selain bagi orang Islam, perlu juga ia meyakininya sebagai satu ketentuan dan telah tersurat di sisi Allah s.w.t. Antara faktor yang boleh dikaitkan termasuklah:-






"Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa Kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan Rahmat-Mu". (al-Hasyr:10)

"Doa ini jika baca di waktu pagi, insya-Allah sepanjang siang Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan. Kalau dibaca waktu maghrib, Allah selamatkan dia sepanjang malam. Saya ingin mengesyorkan kepada pihak PLUS, iaitu tuliskan doa ini dengan khat yang elok, diletakkan di tempat yang mudah dilihat, diletakkan di kaunter-kaunter pungutan tol, supaya semua kakitangan yang bekerja bila masuk kerja tidak lupa membaca doa ini."





IPOH 29 Dis. – Seorang pemandu bas dua tingkat Sani Express dihadapkan ke Mahkamah Trafik di sini hari ini atas tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang dalam satu kemalangan ngeri, Sabtu lalu. Mohd. Kamil Mohd. Rashid, 37, dari Yan, Kedah mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu bas bernombor pendaftaran WSX 5010 secara melulu kira-kira pukul 1.23 pagi, 26 Disember lalu di Kilometer 280.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di sini. Dengan perbuatannya itu, dia didakwa menyebabkan kematian pasangan suami isteri, Shaharin Mohd. Nor, 61, dan Supiah Adam, 46; Mohd. Shukri Mohd. Ali, 22; Mohd. Bilal Osman, 22; dan Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21; bersama adiknya, Sharifah Hasanah, 15. Turut meninggal dunia dalam kemalangan tersebut ialah Musa @ Ismail Abdullah, 64; Noor Jismi Noordin, 25; Ng Kah Kit, 14; dan kakaknya, Ng Poh Ngoh, 23. Dakwaan terhadap Mohd. Kamil mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya serta lesen memandu digantung jika sabit kesalahan. Mohd. Kamil yang memakai kemeja syarikat bas berwarna merah dan berseluar gelap kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan. Mohamed Ruhizat menetapkan kes itu dibicarakan pada 3 Februari tahun depan. Berdasarkan kepentingan awam dan nahas yang mengorbankan banyak mangsa, majistret berkenaan menggenakan jumlah ikat jamin yang tinggi iaitu RM20,000 berserta seorang penjamin terhadap tertuduh. Selain itu, beliau memerintahkan lesen memandu Mohd. Kamil dirampas serta-merta sehingga kes selesai. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izalina Rajaai yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM15,000 ke atas tertuduh kerana kes itu melibatkan kepentingan awam. Tertuduh, tegasnya, sepatutnya berhati-hati ketika memandu dan dengan alasan itu, beliau meminta lesen memandu tertuduh digantung mengikut Seksyen 41(5) Akta Pengangkutan Jalan. Peguam S. Arumugam yang mewakili Mohd. Kamil pula memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan kerana tertuduh tidak pernah melakukan kesalahan trafik sebelum ini.‘‘Tertuduh mempunyai enam tanggungan iaitu ibu bapa, isteri dan tiga anak berumur sembilan tahun, tujuh tahun dan enam bulan,’’ katanya yang mewakili tertuduh bersama peguam Khairul Nisah Husnin. Mohd. Kamil dibebaskan kira-kira pukul 5 petang selepas dua wakil syarikat bas terbabit membayar wang jaminan tersebut. Sebelum itu, Mohd. Kamil telah dibawa ke mahkamah pada pukul 11.30 pagi bagi membolehkan pihak polis mendapatkan perintah melanjutkan tempoh reman sehingga Khamis ini. Bagaimanapun pada pukul 1 tengah hari, pihak media dimaklumkan bahawa tertuduh akan didakwa pada sebelah petangnya. Tertuduh muncul di mahkamah pada pukul 2.10 petang dengan dikawal oleh beberapa anggota polis. Dalam kejadian sehari selepas perayaan Krismas itu, 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah. Kejadian berlaku apabila bas berkenaan terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya tersebut menuju arah ke utara, iaitu kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan di sini. Kemalangan ngeri itu menyebabkan ada di antara penumpang putus kepala dan beberapa anggota badan lain.

Tujuh Maut, Empat Parah Bas Rempuh Lori Di Tol Jelapang

11 Disember 2007
IPOH, 11 Dis (Bernama) -- Tujuh orang terbunuh dan 28 cedera, empat daripadanya parah, apabila sebuah bas membawa rombongan Wanita Umno Bahagian Kuala Kedah, merempuh belakang sebuah lori tangki di Plaza Tol Jelapang menghala ke selatan awal hari ini.

Mereka yang meninggal dunia dalam nahas pada 4 pagi tadi ialah pemandu bas Lim Teh Lee, 49, pemandu kedua, Saad Salleh, 45, serta anggota rombongan, Siti Rosedah Ibrahim, 46, Puteh binti Mat Isa, Mohamad Hussin, 50,

Dahara Mohamad, (umur tidak dinyatakan) dan Nur Shuhadah Muhamad, 15.

Empat yang cedera parah di bahagian kepala dan badan ialah Che Som Yusoff, 51, Halijah Hanafiah, 52, Sipah Sulaiman, (umur tidak dinyatakan) dan seorang lelaki yang identitinya belum diketahui.

Seramai 16 lagi turut dimasukkan ke Hospital Ipoh manakala lapan dirawat sebagai pesakit luar, kata Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias.

Mereka yang menerima rawatan di wad dan dirawat sebagai pesakit luar ialah Fatihah Shafie, 14, Zurina Nayan, 47, Mohd Aminuddin Ramli, 20, Fatimah Rojaan, 40, Hakis, 8, Hasiah Lebai Cha, 53, Rohani Hashim, 56, Umi Kalsom Wan Dollah, 16, Mohd Shukri Hasin, 8, Haminah Nikmat, 56, Nurfazilah Abdullah, 14, Mohd Muhsi Ahmad, 11, Faridah Mohd Nor 44, Nurhashimah Mohd, 18, Shamshum Ishak, 52, Mastura Izzati Mat Isa, 17, Shahhasliza Hussein, 22, Habibah Yaakub, 33, Yom Wahab, 52, Assariza Derani, 38, Siti Aishah Saidin, 17, dan Normah Hanafi (umur tidak dinyatakan).

Dua lagi wanita yang identiti mereka belum dikenal pasti turut menerima rawatan.

Rombongan itu, yang dalam perjalanan untuk bercuti di Cameron Highlands, bertolak pada 12 tengah malam tadi dari Masjid Kubang Jawi di Kuala Kedah, yang menjadi tempat mereka berkumpul.

Seorang daripada penumpang yang cedera, Haminah Nikmat, berkata bas berkenaan dipandu laju ketika memasuki dan melepasi Terowong Menora yang terletak beberapa kilometer dari Plaza Tol Jelapang.

"Lepas sahaja terowong itu, bas memang laju. Bila nak dekat sampai (plaza tol) tiba-tiba orang depan menjerit...brek tak makan. Makcik duduk bahagian tengah, lepas bas rempuh lori depan, habis bahagian depan dan kusyen yang makcik duduk pun rapat dengan bumbung bas," katanya.

Beliau berkata semasa bas persiaran itu merempuh lori, semua penumpang berteriak meminta tolong manakala barang-barang mereka bertaburan.

Seorang lagi penumpang, Mastura Izzati, berkata beliau terjaga daripada tidur ketika penumpang lain menjerit meminta tolong.

"Saya tengok semua penumpang semuanya dah tertolak ke bahagian depan bas. Kerusi yang saya duduk pun patah. Keadaan dalam bas memang kelam-kabut dan penumpang panik sebab takut bas meletup selepas dengar bunyi enjin meletup dan ada asap," katanya.

Umi Kalsom Wan Dollah, dari Kampung Pida 2 1/2, Jitra, yang mengalami kecederaan di bahagian muka, berkata bas dipandu laju ketika menuruni cerun berbukit dari Terowong Menora menuju ke plaza tol.

-- BERNAMA













Khamis, 17 Disember 2009

Pesanan Penting Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din


Mendoakan orang lain tanpa di ketahui olehnya
Ikhtiar rawatan yang kita lakukan adalah dengan doa-doa dan ia lebih mustajab lagi apabila kita mendoakan mereka sedangkan mereka tidak mengetahui kita mendoakan untuk mereka sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya:-
Mafhumnya: Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdo’a) akan ada didekatnya seorang malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama (Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

Berdosa besar menyembunyikan Ilmu
Mempelajari ilmu pengubatan Islam adalah Fardu Kifayah dan ia dituntut supaya ada di kalangan kelompok masyarakat umat Islam mempelajarinya. Ilmu ini tidak boleh disimpan atau dirahsiakan. Adalah berdosa besar menyembunyikan ilmu sebagaimana di sebut oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sabdanya:-

Mafhumnya: Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian ia menyembunyikannya maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

Mengamalkan Ilmu Perubatan Islam sebagai dakwah
Mempelajari ilmu pengubatan Islam dan mengamalkannya juga merupakan sebahagian daripada dakwah. Dakwah yang paling besar ialah mengajak masyarakat supaya meninggalkan ilmu-ilmu pengubatan yang mengandungi unsur-unsur syirik yang tidak diakui sah oleh Islam seperti yang diamalkan oleh sebahagian daripada pengamal perubatan tradisional Melayu.

Perlu mendapat Ilmu terus daripada guru dan diijazahkan
Ilmu pengubatan Islam mesti dipelajari daripada guru secara terus, anak murid seboleh-bolehnya melihat muka tuan guru ketika menerima ilmu tersebut. Kemudian setelah selesai belajar, guru akan mengijazahkan dengan ilmu pengubatan Islam, sebagai tanda tamat belajar.

Jangan meninggalkan amalan Bacaan Asas 10
Saya ingin berpesan walaupun apa yang berlaku, apabila saudara hendak menjadi perawat atau pembantu perawat, menjadi pengajar, menjadi guru atau sebagainya, pesan saya ialah jangan tinggal langsung Bacaan Asas 10 Pertama dan Kedua. Sekurang-kurangnya itu yang saudara hafal dan amalkan.
Sebab musuh utama kita ialah syaitan dan dia tahu bahawa kita telah belajar ilmu yang boleh menyakiti dia atau tidak menyenangkan dia berada di dalam badan manusia, maka dia dengan sendirinya akan mencari dimana kelemahan yang ada pada kita.
Sebagai satu misalan orang yang belajar ilmu silat, apabila tidak mengamalkan ilmu silat tersebut, tidak berlatih menggunakan tenaganya, mengayakan balik buah-buah silat yang dipelajarinya maka dengan sendirinya lama kelamaan dia menjadi seperti orang yang tidak belajar juga. Saya menggunakan analogi ini untuk menyatakan bahawa dalam bacaan 10 pertama dan kedua itu terdapat ayat-ayat yang memang digunakan khas untuk membantu manusia bagi mengatasi masalah gangguan makhluk halus. Bila diamalkan selalu, insya-Allah ia menjadi senjata yang boleh digunakan sebagai perlindungan dari gangguan makhluk halus yang cuba merosakkan kita.

Bersabar menghadapi cubaan dan dugaan
Bila beramal dengan ilmu-ilmu pengubatan Islam ini, saudara pasti akan berjumpa dengan halangan-halangan kerana “Tidak ada suatu yang baik melainkan ada halangannya, itu adalah perkara biasa” kerana Setiap nikmat yang anda perolehi itu, jangan lupa bahawa ada yang mendengkinya seperti disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya:-
Mafhumnya: “Berahsialah ketika melaksanakan keperluan-keperluanmu, kerana sesungguhnya setiap yang mendapatkan nikmat ada yang hasad (kepadanya)”.
(Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Imam al-Thabrani).


Jangan menetapkan bayaran untuk rawatan
Prinsip kita memberikan rawatan adalah secara percuma, walaupun syariat Islam tidak menghalang kita menerima pemberian daripada pesakit. Janganlah menetapkan bayaran sebelum dan selepas merawat pesakit. Rawatan yang diberikan hendaklah dengan niat ikhlas kerana Allah SWT. Kita berserah kepada Allah SWT dan membiarkan-Nya memberikan balasan kepada kita. Yang manakah yang lebih baik balasannya? daripada manusia atau daripada Allah SWT? Kita perlu memahami bahawa manusia bersifat kedekut, suka berkira, suka mengungkit, kadang kala sifat manusia ini menyakitkan hati kita. Kita hanya meminta supaya Allah SWT sahaja yang membalas, kerana Dialah sahaja yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi.

Wajib menyimpan rahsia pesakit
Ketika dirawat, kadangkala pesakit menyebutkan perkara-perkara yang tidak benar dan juga perkara-perkara yang mengaibkan, justeru itu adalah wajib bagi kita merahsiakan cerita-cerita yang diberitahukan kepada kita oleh pesakit.

Jangan mengatakan “Buatan Orang atau Kena Sihir”
Ketika memberikan rawatan jangan menyebutkan perkara-perkara yang tidak betul umpamanya mengatakan penyakit itu adalah disebabkan sihir atau buatan orang. Kita tidak mengetahui semua itu, yang maha mengetahui hanya Allah SWT. Kerana perbuatan begini (mengatakan sebab sihir atau buatan orang) boleh memecah-belahkan sesama ahli keluarga pesakit dan inilah yang sangat disukai oleh syaitan.

Memberikan harapan kepada pesakit
Sepatutnya kita memberikan harapan kepada pesakit dengan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:-
Mafhumnya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari)

Allah SWT menurunkan setiap penyakit dan Allah juga yang menyediakan ubat bagi setiap penyakit. Sesuatu penyakit yang dihidapi oleh seseorang adalah salah satu ujian daripada Allah SWT. Ujian tersebut yang sebenarnya sangat kecil jika dibandingkan dengan rahmat Allah SWT yang diberikan kepada kita adalah sangat besar.

Elakkan daripada menawarkan diri untuk merawat
Kita akan bertemu dengan pelbagai masalah dan kerenah pesakit di dalam masyarakat, jangan menawarkan diri untuk memberikan rawatan sebaliknya berilah rawatan apabila diminta. Ini untuk mengelakkan kita daripada dipersalahkan apabila penyakit itu tidak sembuh atau merebak atau yang lebih buruk daripada itu jika pesakit itu kembali ke rahmatullah.

Berikhtiar dan berserah kepada Allah SWT.
Semua masalah penyakit, kita hanya merujuk kepada Allah SWT.
Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah SWT.
Kita hanya berikhtiar untuk membantu mereka, ada usaha kita dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah SWT tangguhkan, yang paling penting kita berikhtiar bersungguh-sungguh dengan ikhlas kerana Allah SWT.

Jadilah Hamba Allah yang terbaik
Sebaik-baik manusia ialah yang memberikan manfaat kepada orang lain, sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda:-

Mafhumnya:Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya (Hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani)

Saudara perlu mempunyai azam untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Tinggalkanlah segala yang haram dan ambillah yang halal sahaja. Berilah bantuan kepada masyarakat yang datang kepada kita dan memerlukan pertolongan kita.

Salam Maal Hijrah 1431


SALAM MAAL HIJRAH BUAT SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. SEMOGA DENGAN KEDATANGAN TAHUN 1431 INI AKAN MENINGKATKAN AMAL DAN KETAQWAAN KITA SEMUA

Isnin, 14 Disember 2009

Perubatan Tradisional- Satu ulasan terhadap tulisan Anak Komando Rejimen 1 Blog Cina Islam



Membaca tulisan di blog Cina Islam yang merupakan blog Y.B Drs Khalid Idham Lim terhadap tulisan berkenaan Perubatan Tradisional oleh penulis bernama 'Anak Komando Rejimen 1' membuatkan pihak Darussyifa' Perak ingin memperbetulkan sedikit kenyataan beliau. Sungguhpun diakhir tulisan tersebut menyatakan bahawa kesembuhan semuanya dari Allah sama ada ia menggunakan teknologi moden mahupun perubatan-perubatan lain, namun mengklasifikasikan perubatan selain daripada perubatan moden sebagai perubatan tradisional adalah satu fakta dan maklumat yang salah lagi terpesong. Perubatan moden sering dikaitkan orang dengan perubatan di klinik mahupun hospital yang teorinya berasaskan kepada kajian sains biologi, sains hayat dan segala bentuk penakulan berkenaan dengannya serta menjurus kepada perubatan yang lebih saintifik dan kritikal. Manakala perubatan tradisional pula lebih menjurus kepada perubatan yang diamalkan oleh sesuatu suku atau bangsa atau etnik mengikut kepercayaan kebudayaannya dimana ilmu perubatan ini sama ada diperolehi melalui mimpi mahupun melalui ilmu yang dipelajari secara turun-temurun yang biasanya disampailkan melalui mulut ke mulut tanpa ada sebarang asas dan catatan. Malah kadang-kala penuntut tidak boleh bertanya sedikitpun tentang mengapa dan kenapa sesuatu ritual itu dilaksanakan. Perubatan sebegini telah diamalkan sejak ribuan tahun dahulu malah telah wujud sejak sebelum kedatangan islam lagi. Sesunggunya selain perubatan moden, terdapat beberapa kaedah perubatan lain antaranya perubatan berunsurkan herba (sinseh), perubatan menggunakan besi panas, perubatan refleksiologi, perubatan akupunture dan perubatan menggunakan jampi.

Islam mengiktiraf perubatan-perubatan tersebut selagimana ia tidak bertentangan dengan perintahNya. Islam menyediakan garispanduan mengenai perubatan ini dimana hendaklah tidak mengandungi perubatan-perbuatan syirik dan khurafat kepada Allah.

Berdasarkan kenyataan diatas dimanakah pula perubatan Islam ? Perubatan Islam adalah perubatan yang bersumberkan al-Quran dan As-Sunnah. Perubatan ini berdasarkan kepada beberapa ayat al-Quran antaranya:-

"Dan Kami turunkan al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian"
"Dan apabila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan"


Malah perubatan ini juga bersumberkan petunjuk nabi berdasarkan maksud hadis berikut:-

"Hendaklah kamu semua melakukan dua kesembuhan, iaitu dengan menggunakan madu dan al-Quran"

Diriwayatkan oleh A'isyah r.a. Rasulullah s.a.w telah menghembuskan ke atas dirinya ketika sakit yang membawa kewafatan baginda dengan al mu' awwizat. Apabila sakitnya bertambah berat, aku menghembuskannya denga al mu' awwizat kemudian aku sapu dengan tangan baginda sendiri untuk mengambil barakah. Al Zuhri bertanya: Bagaimana cara dia menghembus? Jawabnya: Baginda menghembus ke atas dua tapak tangan kemudia menyapu mukanya dengan kedua-dua tapak tangan itu".

Dari Fatimah binti Muhammad s.a.w bahawasanya rasulullah tatkala ia (Fatimah) hampir bersalin, baginda telah menyuruh Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy datang menemui Fatimah. Maka kedua-duanya membaca ayat Kursi dan ayat inna Rabbukumu 'Llah hingga akhir ayat, disisinya dan mereka berdua meminta perlindungan baginya dengan mu 'awwidhatain.

Daripada A'isyah r.a dia berkata, adapun rasuluLlah s.a.w apabila salah seorang daripada kami mengadu, baginda menyapu dengan tangan kanannya, kemudian berdoa (bermaksud):

" Hilangkanlah kesusahan wahai Tuhan manusia dan sembuhkanlah, Engkau adalah penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhanMu, kesembuhan yang tidak diiringi sakit"


Kesemua tindakan serta ayat-ayat doa yang bersumberkan al-Quran, hadis serta tindakan-tindakan yang telah diputuskan harus oleh para ulama yang diamalkan oleh para perawat Darussyifa' serta para perawat lain tentunya tidak boleh dikatakan ianya perubatan tradisional. Darussyifa' bukan mengamalkan rawatan tradisional. Rawatan menggunakan al-Quran dan Hadis bukan rawatan tradisional sebaliknya ia merupakan rawatan Islam yang boleh dikategorikan sebagai rawatan al-Ruqyah al syariah iaitu jampi-jampi atau doa yang berasaskan syariah. Fahamilah sesungguhnya al-Quran bukan tradisi, al hadis juga bukan tradisi...ia adalah universal. Al-Quran adalah wahyu Allah sepanjang zaman dan ia bukan bersifat tradisi yang hanya sesuai dimasa-masa tertentu sahaja. Oleh kerana agama Islam ini bukan tradisi, maka mengklasifikasikan perubatan islam yang berasaskan doa-doa dari al-Quran, doa-doa dari al-hadis serta doa-doa amalan para salafussoleh yang meletakkan kepergantungan kepada Allah semata-mata sebagai perubatan tradisional adalah satu tindakan yang dangkal sekali.

Perlu difahami dan diyakini bahawa sesungguhnya segala penyakit adalah makhluk allah dan diturunkan untuk menguji keimanan mahupun sebagai penghapus dosa atau juga sebagai peningkatan kualiti di sisi Allah adalah merupakan satu rahsia yang hanya dimiliki oleh Allah. Sungguhpun kesembuhan itu boleh diperolehi melalui perbagai cara. Kesembuhan boleh diperolehi melalui bomoh siam, bomoh-bomoh yang syirik yang dapat menilik segala perlakuan ghaib. Namun tidakan sedemikian hanyalah mengadaikan aqidah semata-mata. Perbuatan mencari kesembuhan dengan jalan syirik sebegini amat dimurkai Allah. Islam punyai garispanduan dalam beribadah, garis panduan dalam berubat dan garispanduan dalam seluruh aktiviti di dunia ini. Melanggari garispanduan ini mengundang kepada neraka Allah. Mencari kesembuhan dengan jalan yang batil samalah seperti menghimpunkan kekayaan dengan jalan pelacuran, jalan penyembahan berhala, jalan mencuri dan merompak yang kesemuanya membawa kepada neraka Allah. Malah melakukan syirik adalah lebih buruk lagi berbanding perbuatan mencuri, merompak dan melacur kerana sesungguhnya dosa syirik adalah dosa besar yang tidak diampunkan Allah. Artikel blog ini bertajuk 'perbezaan antara jampi, mentera, serapah serta jampi mentera menurut al-Quran dan As Sunnah mungkin dapat membantu pembaca memahami perbezaan antaranya.


"Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat kecuali satu penyakit, iaitu tua."

"Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit, dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubat, kerana itu hendaklah kamu semua berubat dan jangan berubat dengan benda yang HARAM"


wallahua'lam


Naninu Sakun
PERUBATAN TRADISIONAL. Ya ia menjadi alternatif bagi rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dalam merawat sesuatu penyakit. Kadangkala kita juga menjadi sangsi dengan cara rawatan tersebut. Berbagai hukum telah dikeluarkan oleh para ulamak tentang rawatan tradisional ini namun ia tetap menjadi alternatif bagi merawatnya. Saya sendiri pernah mengalami penyakit yang amat pelik berasa kebas dan panas serta merasa bisa ditangan terutama waktu malam. Saya telah menjalani rawatan di hospital. Berbagai ujian telah dilakukan oleh para doktor untuk mengesan penyakit tersebut namun akhirnya pihak doktor kata saya sihat tidak ada apa2. Pelik, seorang jururawat telah memberi pandangan kepada saya mencuba rawatan tradisional pula. Pada mulanya saya tidak percaya tapi akhirnya saya akur mendapatkan rawatan tradisional.Berbagai tempat telah saya pergi dan akhirnya balik ke Melaka jumpa tok guru lama dan beliau memandikan saya dengan air yang telah dibaca ayat2 Al-Quran, Alhamdulillah saya telah sembuh. Setelah itu saya mula mengkaji rawatan2 tradisional ini seperti pusat perubatan Darul Syifak, Cakra Alam dan bermacam2 lagi hingga jumpa juga dengan bomoh2 yg mampu mengeluarkan barang2 yg ditanam untuk menganiaya orang.Santau, busung antara penyakit2 yang amat ditakuti kena pada setiap kita. Mungkin ada yang menidakkan perkara ini tapi bila dah keluar kaca, paku dari mulut ketika muntah, apakah jawapan doktor tentang perkara ini? Lazimnya, rawatan2 ini biasanya dilakukan oleh orang2 Melayu kita yang kadangkala kita panggil sebagai bomoh. Walau apapun pandangan dan hukumnya tentang perkara ini , hanya Allah Taala yang Maha Berkuasa atas segala2nya kerana Dialah yang menentukan sama ada boleh baik ataupun tidak......wallahuaklam......ANAK KOMANDO REJIMEN 1
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:10 AM

Rabu, 9 Disember 2009

Mangsa bomoh kebanyakan mahu kelihatan cantik, kaya


KUALA LUMPUR 8 Dis. - Wanita yang mahu kelihatan muda, jelita serta menikmati kekayaan antara yang sering mendapatkan khidmat bomoh walaupun perkhidmatan yang diberikan langsung tidak berkesan malah ramai yang ditipu dan diperkosa.
Ketua Biro Aduan dan Khidmat Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, bagi tahun ini sahaja, biro itu menerima aduan 17 kes membabitkan bomoh yang menipu sejumlah RM433,000 selain mencabul kehormatan mangsa berbanding lapan kes melibatkan RM260,000 tahun lepas.
Katanya, satu daripada aduan itu diterima dari gadis berusia 21 tahun yang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang menamenjadi hamba seks seorang bomoh lelaki terkenal.
Penuntut itu mendakwa dia berjumpa dengan bomoh berkenaan bagi mengubah nasib buruknya dan bomoh itu menyatakan keadaan dirinya hanya boleh diperbaiki dengan mengadakan hubungan seks dengannya.
Penuntut itu bersetuju untuk menjalinkan hubungan seks dengan bomoh berkenaan sebanyak 12 kali dan akibatnya, dia kini dijangkiti penyakit kelamin, kata Chong. - BERNAMA

Isnin, 7 Disember 2009

Toyol Dalam Masyarakat Melayu

Gambar : Beginikah gambaran toyol masyakat melayu (sekadar hiasan)


Toyol dikatakan sejenis makhluk bertubuh kecil mirip seorang kanak-kanak yang berkepala besar. Ia sering dikaitkan dengan kes-kes kecurian. Menurut cerita dari mulut ke mulut dalam masyarakat melayu, toyol dikatakan sering mencuri wang dengan bilangan tertentu. Contohnya sekiranya di dalam peti besi tersebut ada lima keping wang RM 50.00. Maka toyol tidak akan mengambil kesemuanya, sebaliknya hanya mengambil sebahagiannya sahaja iaitu mungkin tiga keping sahaja wang RM 50.00 yang ada di dalam peti besi tersebut. Ia melakukan pekerjaan tersebut tentunya atas arahan pemiliknya. Toyol mampu menghilangkan diri dengan sekelip mata kerana ia merupakan sejenis makhluk halus yang popular dalam masyarakat melayu.

Melihatkan pada gambaran toyol dan perlakuannya melalui cerita-cerita sebegini jelas menunjukkan toyol adalah merupakan jin atau makhluk halus yang juga merupakan makhluk ciptaan Allah. Perkataan toyol hanyalah nama yang diberi oleh masyarakat melayu semata-mata. Pengalaman merawat di Darussyifa' tentunya memberikan pengalaman perbagai dalam membantu masyarakat mengatasi perbagai masalah. Kes-kes kecurian sebegini kadang-kala berlaku dalam suasana yang bermusim. Baru-baru ini seorang pakcik memberitahu akan masalahnya bahawa duitnya sering hilang sama ada di dalam bilik, dalam peti besi yang berkunci mahupun di dalam poket seluarnya sendiri. Hari ini dilihatnya ada RM 100.00 esok sudah tiada lagi walaupun pakcik tersebut merasa penuh yakin bahawa dia tidak pernah membelanjakannya. Kejadian ini dikatakan mula berlaku pada bulan ogos lalu sehingga kini kejadian pelik ini terus menerus berlaku...Jika cerita toyol menunjukkan jin kecil ini mencuri wang dengan meninggalkan sebahagian...kes pakcik ini tidak demikian malah lebih buruk lagi kesemua duitnya dicuri tanpa meninggalkan sedikit pun. "Duit lima sen pun dia ambil ustaz!!!...duit satu sen jer dia tak ambil"...kata pakcik tersebut.. Ustaz tengok ni..saya terpaksa pinkan poket baju saya...takut duit saya hilang" sambil menunjukkan poket bajunya yang dipin.

Sebenarnya kemampuan jin melakukan kerja-kerja mencuri bukanlah satu yang pelik. Sama ada mencuri sepertimana tabiat toyol yang mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain atau mengambil kesemuanya sekali sepertimana kes pakcik diatas, kedua-duanya bukanlah satu perkara yang pelik untuk berlaku. Kajian Darussyifa' juga mendapati jin terlibat mencuri duit manusia dalam tindakan menjayakan kerja-kerja "turun duit" yang sering dilakukan oleh sesetengah bomoh. Penglibatan jin dalam kes-kes kecurian ini dirakamkan dalam sebuah hadis berikut:-
Dari Buraidah ia telah berkata: Aku mempunyai makanan. Maka aku dapati akan ia berkurangan. Lalu aku hendap pada waktu malam. Aku dapati ada lembaga padanya, lalu aku tangkap akan dia. Aku berkata: Aku tidak akan lepaskan dikau hingga aku bawa engkau kepada Nabi s.a.w. Lembaga tadi berkata: Sesungguhnya aku ini adalah seorang perempuan yang banyak keluarga. Aku tidak akan datang lagi. Begitulah yang dilakukan oleh lembaga tadi buat kali kedua dan ketiga. Tiap kali datang aku tangkap ...Akhirnya lembaga tadi berkata: Lepaskan aku...aku akan ajarkan dikau sesuatu apabila engkau baca akan dia nescaya salah satu daripada golongan kami tidak menghampiri barang-barang engkau. Apabila engkau baring di atas tempat tidur bacalah untuk diri dan harta engkau ayat al-Kursyi. Aku telah memberitahu nabi. Baginda telah berkata : Benarlah...walaupun dia pembohong.

Bagi mengatsi permasalahan kecurian dan sebagainya yang dikaitkan dengan tindakan jin seperti toyol dan sebagainya hendaklah dengan banyak memohon kepada Allah akan perlindungan serta banyakan mengamalkan ayatul Qursyi sebagai kaedah pencegahannya. Berjumpalah dengan mereka yang arif dalam membantu menanggani masalah tersebut. Wallahua'lam.