Khamis, 28 Mei 2009

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut:-

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut:-




Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut:-

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi

2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal

3. Berbahaya

4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan:-

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.

2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.

3. Selamat dari bahaya.

4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini Terhindar Daripada Bahaya.Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut:-

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

Ismail bin Abu Bakar

Sumber: Darussyifa Online

Selasa, 26 Mei 2009

Majlis Perasmian Penubuhan Cawangan Darussyifa' Negeri Kelantan dan Kelas Pengajian pengubatan islam Darussyifa' pengambilan pertama 2009/2010

PENGUMUMAN!!!

Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Darussyifa' Negeri Kelantan serta pengambilan pelajar pengubatan Islam kali pertama peringkat Negeri Kelantan akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 12 Jun 2009
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Pak Nik Lah, Kompleks Purnama , Pengkalan Chepa Kelantan
Perasmian Oleh : Y. A. B. Tuan Guru Dato' Nik Abd. Aziz bin Nik Mat Menteri Besar Kelantan.
Semua ahli Darussyifa' adalah dijemput hadir. Urusan perjalanan boleh berhubung dengan jawatankuasa masing-masing. Bagi urusan penginapan sila hubungi Us. Zaki b. Ya di 019-5786766

Jampi Mentera Menurut Al -Quran & Al Sunnah

Masyarakat Arab seringkali menggunakan ruqyah dalam kehidupan seharian mereka. Ruqyah ini juga diistilahkan sebagai jampi. Sesetengah orang yang menolak penggunaan jampi dengan mendakwa bahawa Islam tidak pernah menggunakan jampi adalah merupakan kelompok manusia yang tidak berhati-hati ketika membuat kenyataan. Ini kerana hadis nabi jelas menunjukkan baginda rasulullah sendiri pernah menggunakan jampi dalam peristiwa isra' mikraj ketika mana baginda diganggu oleh Jin Ifrit. Jampi yang digunakan baginda dikenali sebagai ruqayyah jibril. Malah beberapa peristiwa turut merakamkan penggunaan beberapa jampi sama ada yang bersumber hadis mahupun al-Quran itu sendiri. Penggunaan ayat al-Quran sebagai jampi yang paling mashur adalah ayat-ayat yang dikenali sebagai al-mu' awwizat. Sebuah hadis merakamkan :


" Auf bin Malik berkata, kami pernah menggunakan jampi mentera ketika jahiliyyah dahulu lalu kami bertanya: "Wahai rasulullah apakah pendapat kamu tentang perkara ini ?" Baginda menjawab: " Kemukakan padaku mentera kamu itu. Tidak mengapa jampi mentera itu selagi tidak mengandungi syirik".

Hadis daripada Abdullah b. Masud ia berkata: Ketika rasulullah s.a.w sedang sembahyang, ketika sujud jari baginda telah disengat oleh seekor kala jengking. Lalu baginda pun berpaling dan berkata:" Allah melaknat kala ini juga dilaknat oleh nabi dan tidak padanya yang lain. Kemudian baginda berdoa pada sebuah mangkuk yang berisi air dan garam. Baginda meletakkan tempat yang kena sengat dalam air garam dan membaca Qul huwa Llahu ahad dan al mu' awwizatain sehingga sembuh".

Aisyah r.a merakamkan saat-saat kewafatan baginda melalui hadis berikut:

Diriwayatkan oleh A'isyah r.a. Rasulullah s.a.w telah menghembuskan ke atas dirinya ketika sakit yang membawa kewafatan baginda dengan al mu' awwizat. Apabila sakitnya bertambah berat, aku menghembuskannya denga al mu' awwizat kemudian aku sapu dengan tangan baginda sendiri untuk mengambil barakah. Al Zuhri bertanya: Bagaimana cara dia menghembus? Jawabnya: Baginda menghembus ke atas dua tapak tangan kemudia menyapu mukanya dengan kedua-dua tapak tangan itu".

Fatimah r.a turut merakamkan peristiwa berikut:

Dari Fatimah binti Muhammad s.a.w bahawasanya rasulullah tatkala ia (Fatimah) hampir bersalin, baginda telah menyuruh Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy datang menemui Fatimah. Maka kedua-duanya membaca ayat Kursi dan ayat inna Rabbukumu 'Llah hingga akhir ayat, disisinya dan mereka berdua meminta perlindungan baginya dengan mu 'awwidhatain.

Hadis riwayat Ibn Abbas menyatakan:-

Rasulullah s.a.w membaca jampi melindungi Hassan dan Hussain dengan katanya (ertinya):-

"Aku memohon perlindungan kamu berdua dengan menyebut kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap penyakit, angkara syaitan, sekalian binatang berbisa dan daripada setiap mata yang memberi kecelakaan. Sabdanya lagi: Beginilah Nabi Ibrahim menjampi melindungi Ishak dan Ismail a.s"

Daripada Asma' Binti Umays, ia bertanya: Ya Rasulullah, bahawa anak Jafar terkena sakit pancaran mata jahat. Bolehkah aku membawa jampi bagi mereka? Baginda menjawab: Boleh. Kerana sesungguhnya jika ada sesuatu itu boleh mendahului takdir nescaya kesan daripada pancaran mata jahat itu akan mendahuluinya."

Sesungguhnya mengamalkan jampi yang bersumber daripada al-Quran mahupun al Hadis adalah lebih baik berbanding mengamalkan jampi yang bersumber daripada amalan orang tua dahulukala. Sungguhpun kandungan jampi yang digunakan tidak bertentangan Islam, namun penggunaan jampi dari al-Quran dan petunjuk rasulullah tentulah tidak akan dapat menandingi jampi-jampi sebaliknya. Selain mendapat keberkatan, jampi menggunakan ayat-ayat al-Quran dan hadis tentunya diberi ganjaran pahala yang amat besar darisegi pengamalannya sebagai sunnah serta pengamalannya dalam mendapatkan keberkatan dan keredhoan Allah dalam mendapatkan kesembuhan selain dapat meningkatkan keyakinan dan keimanan kepada Allah.

Wallahua'lam

Saiful Adli b. Samsudin


Jumaat, 22 Mei 2009

Konspirasi Wabak Selsema Babi

Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia. Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung.Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai “agenda tersembunyi” oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke. Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan.Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema.Pembinaan Senjata BiologiJika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut. Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin. Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini. Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan. Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York.Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt.Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai.Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam.Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak.Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai. Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya.Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan. Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapa peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger.Pembukaan Semula Program Senjata BiologiSemenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah “terrorism”. Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon.Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila.Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka.Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi. Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar.KesimpulanWalaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia.Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini. Amerika juga adalah antara negara pelik. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan..Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ;-Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003-Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk.-600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi.Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut:-

“Bioterrorism is a real threat to our country. It’s a threat to every nation that loves freedom.. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them…. It’s important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies.”


sumber: adhamlim.blogspot.com

Rabu, 20 Mei 2009

Perbezaan Antara Jampi, Mentera, Serapah & Jampi Mentera 3



Selain jampi dan mentera, serapah juga turut diungkapkan oleh sebahagian pengamal perubatan tradisional seperti bomoh, pawang, dukun dan bidan. Para pengkaji mendapati perkataan serapah berasal daripada perkataan hindu. Berbanding jampi dan mentera, serapah kandungan ungkapan didalannya didapati lebih banyak mengandungi unsur-unsur hindu seperti menyebut nama-nama dewa atau tuhan kepercayaan mereka serta perkataan-perkataan lain yang mempunyai pengaruh hindu. Selain itu, bahasa yang digunakan didalam serapah juga didapati lebih banyak memperlihatkan ayat kutukan, sumpahan atau ancaman dengan tujuan yang sama seperti tujuan penggunaan mentera terutamanya dalam rawatan melibatkan gangguan makhluk halus mahupun dalam penghasilan sihir.

Serapah juga digunakan untuk menghalau makhluk halus yang mendiami kawasan kediaman manusia. Kadang-kala upacara-upacara tertentu diadakan sambil ucapan serapah diungkapkan. Ungkapan kutukan atau sumpahan yang terkandung didalam serapah yang mengandungi kata-kata ancaman dan penderhakaan terhadap dewa, atau tuhan malah disebut juga kata-kata Allah atau nabi dengan tujuan kononnya makhluk-makhluk ini akan meninggalkan kawasan yang dihuninya sebaik sahaja ungkapan ancaman ini disebut oleh pawang, bomoh, dukun dan bidan.

Penggunaan nama Allah, malaikat dan rasulullah menunjukkan adanya pengaruh Islam terhadap serapah tersebut. Namun begitu ungkapan-ungkapan ini bukanlah sebagai bukti atau pengesahan bahawa serapah tersebut dibenarkan diguna dalam Islam. Ini kerana dikhuatiri penggunaan nama-nama Allah, malaikat dan nabi tersebut hanyalah sebagai ungkapan semata-mata untuk mengaburi orang Islam. Malah lebih buruk lagi penggunaan kata-kata tersebut dibimbangi akan menyekutukan Allah atau merendah-rendahkan Allah. Penggunaan sumpahan dan cercaan tentunya bertentangan sekali dengan ajaran Islam justeru, penggunaan serapah hendaklah dielakkan. Berikut diperturunkan contoh serapah yang digunakan untuk menghalau makhluk halus:
" As-salamu alaykum
Hei jin sahabat yang bertujuh
Sahabat pertama bernama Si Kupat
Kedua pula nama Si kapit, ketiga Si Awat,
Yang keempat nama Mawat, Kelima nama Diah,
Keenam Nama Deh dan Ketujuh nama Du,
Berkat nama Nabi Ibrahim
Pergilah Engkau ke tasik tidak ada hulu
Disana tempat kediaman engkau
Jangan engkau mari lagi
Kalau engkau mari lagi
Derhaka engkau pada Aku
Derhaka engkau pada Allah."

Berdasarkan beberapa artikel sebelum ini yang menjelaskan perihal jampi, mentera dan serapah penggunaan jampi mentera atau jampi serapah merupakan gabungan elimen antara jampi dengan serapah bagi membentuk jampi serapah dan elemen jampi mentera bagi membentuk jampi mentera.

wallahua'lam


Saiful Adli b. Samsidin

Perbezaan Antara Jampi, Mentera, Serapah & Jampi Serapah 2

Perkataan mentera berasal daripada perkataan sanskrit "mantra" yang bermaksud bentuk fikiran. Mentera asalnya merupakan ungkapan-ungkapan yang dianggap suci yang digunakan dalam pemujaan roh atau upacara magis. Perbezaan antara mentera berbanding jampi, mentera lebih banyak menyebut asal-usul sesuatu benda untuk tujuan yang sama seperti jampi. Adalah dipercayai kononnya dengan menyebut asal-usul sesuatu benda akan menyebabkan jin yang terlibat dalam pemujaan tersebut akan tunduk dan patuh terhadap setiap arahan tukang sihir tersebut. Sesetengah tukang sihir bukan sahaja menggunakan ungkapan asal-usul malah dalam mentera mereka malah terdapat juga yang turut menggunakan ancaman terhadap jin-jin tersebut agar melaksanakan tugas yang diberikan.
Berdasarkan pernyataan diatas, bolehlah disimpulkan bahawa kehadiran mentera dalam dunia perubatan tradisional melayu adalah berkait rapat dengan sejarah kehadiran agama di tanah melayu. Sejarah mencatatkan bahawa kelompok masyarakat awal di Tanah Melayu pernah melalui perbagai zaman. Bermula dari menyembah dengan berasaskan kepercayaan animisme kepada kepercayaan budha, hindu dan kedatangan Islam telah mengubah kepercayaan karut ini kepada kepercayaan yang sebenar. Namun, pengamalan Islam yang tidak menyeluruh menyebabkan amalan-amalan syirik sebegini sukar untuk dihapuskan yang akhirnya berlakulah asimilasi dalam pengamalan. Sebagaimana jampi, mentera juga tidak terkecuali mengalami asimilasi. Ungkapan-ungkapan mentera sebahagiannya digabungkan dengan unsur agama Islam yang mana kadang-kala ianya amat mengelirukan pengamalnya. Hasilnya wujudlah ungkapan mentera seperti dibawah:-


"Hei ulat bulu
Aku tahu asal usulmu
Engkau bulu hidung Nabi Adam
Makanan engkau daun sekam
Engkau keluar dari daging anak adam
Kalau engkau tidak mahu keluar dari daging Adam
Aku sumpah engkau dengan berkat Allah
Berkat Doa: La ilaha illa 'Llah
Muhammadu r-Rasulullah."


Mentera diatas merupakan contoh penggunaan kata-kata asal usul serta penggunaan kata ancaman digunakan. Mentera diatas dipercayai digunakan dalam merawat santau. Terdapat maklumat palsu digunakan didalam mentera diatas dengan mendakwa ulat bulu berasal daripada bulu hidung nabi Adam. Ini satu pembohongan keatas Nabi Adam dan merupakan satu dosa. Ungkapan asal-usulnya dan ancamannya kesemuanya tidak menunjukkan sebarang kebenaran. (ungkapan jampi diperolehi daripada :Santau Sebagai Satu Cabang Ilmu Sihir, 1995, Pencetakan Watan)
Melihat kepada maksud dan asal usul perkataan mentera yang berasal daripada bahasa sanskrit dengan sendirinya dapat memberitahu kita bahawa mentera merupakan ungkapan kata yang sudah tentunya bertentangan dengan syara'.
Saiful Adli b. Samsudin


Selasa, 19 Mei 2009

Perbezaan Antara Jampi, Mentera, Serapah & Jampi Mentera.

Artikel pada kali ini akan membawa para pembaca mengetahui erti jampi, mentera dan serapah serta perbezaan antaranya. Masyarakat Melayu dan masyarakat lain di asia amat sinonim dengan jampi, mentera dan serapah baik dalam rawatan penyakit malah ia menjadi amalan dalam masyarakat dahulu kala. Jampi, mentera dan serapah sebenarnya telah wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Malah kaedah pengubatan menggunakan jampi telah wujud sejak zaman jahiliyyah lagi. Konsep kepercayaan kepada 'semangat' dan roh jahat serta animisme merancakkan lagi penggunaan jampi, mentera dan serapah dimana melalui penggunaannya menunjukkan bahawa manusia perlu bergantung kepada kuasa luar yang dikatakan dapat membantunya.

Jampi merupakan susunkata yang dipercayai dapat memberi kesan keatas perkara tertentu yang dihajati. Contohnya untuk menyembuhkan penyakit, air, minyak atau bahan tertentu yang dijampikan dan digunakan sama ada dengan menyapukan ketempat yang sakit atau dimandikan untuk menyembuhkan penyakit. Jampi juga digunakan oleh orang dahulu kala dalam melakukan amalan harian seperti ketika mandi, ketika menyikat rambut, ketika keluar rumah dan sebagainya sama ada bertujuan untuk kecantikkan, keselamatan dan sebagainya.

Berikut diperturunkan contoh jampi bagi tujuan pengasih:-

"Hey panah ranjunaku
Panah ke langit langit runtuh
Ku panah ke bumi, bumi tembus,
Ku panah ke laut, laut kering
Ku panah hati engkau,
Hancur lebur mabuk kasih sayang padaku
Berkat doa La ilaha iLlah
Muhammadu 'r-Rasulullah".

Jampi diatas merupakan salah satu contoh jampi yang mengandungi unsur-unsur Islam. Malah terdapat penggunaan kata La ilaha iLlah, ungkapan bismillah, sebutan nama Allah, malaikat dan sebagainya menunjukkan adanya pengaruh Islam diadunkan dalam jampi tersebut sedangkan sebelum kedatangan Islam jampi yang diungkapkan tidak langsung menggunakan ungkapan tersebut sebaliknya menggunakan perkataan yang kadangkala tidak difahami. Sungguhpun jampi diatas diakhiri dengan kalimah tauhid kepada Allah, ianya bukanlah membuktikan jampi tersebut dapat diterima di sisi syara'. Terdapat jampi yang mengaitkan dengan kalimah-kalimah tertentu yang tidak difahami, nama-nama yang tidak pernah diketahui, ungkapan lucah dan jahat dan diakhiri dengan kalimah tauhid jelas menunjukkan jampi tersebut menyimpang dari hukum syara'. Malah penggunaannya juga yang bertujuan tidak baik merupakan satu bentuk tujuan yang amat bertentangan syara'.

Sebuah hadis rasulullah jelas menunjukkan keharusan penggunaan jampi selagi mana ia bertujuan kebaikan serta menggunakan bahasa yang difahami dengan tidak mengandungi perkara dan perbuatan syirik kepada Allah. Auf bin Malik berkata, kami pernah menggunakan jampi mentera ketika jahiliyyah dahulu lalu kami bertanya: "Wahai rasulullah apakah pendapat kamu tentang perkara ini ?" Baginda menjawab: " Kemukakan padaku mentera kamu itu. Tidak mengapa jampi mentera itu selagi tidak mengandungi syirik".

Setiap masyarakat mempunyai kepercayaannya tersendiri termasuk dalam penggunaan jampi. Orang kristian mempercayaai penggunaan bible dapat menyembuhkan penyakit yang diakibatkan oleh rasukan jin, demikian juga dengan golongan hindu dan budha yang turut mempunyai jampi tertentu dalam menanggani masalah seharian. Masyarakat orang asli, masyarakat eskimo di kutub utara turut mempunyai ritual dan jampi mereka sendiri dalam menghadapi masalah. Kesemua jampi ini dihukumkan harus selagimana ia tidak menyandarkan kesembuhan dan keberkesanan jampi selain Allah disamping penggunaan bahan yang halal, perkataan yang difahami tidak mengandungi ungkapan yang menyekutukan Allah serta tidak juga menggunakan perkataan lucah atau apa-apa nama mahupun sebutan yang tidak difahami maksudnya. Jampi juga boleh digunakan dalam apa-apa bahasa sekiranya bahasa tersebut difahami maksudnya serta tidak bercanggah dengan perkara diatas.

Atas dalil daripada hadis diatas, dapat disimpulkan bahawa jampi adalah harus disisi syara' sekiranya ia mempunyai ciri-ciri yang disebutkan diatas sebaliknya adalah haram disisi syara' sekiranya ia menggunakan ungkapan yang berikut:-


1. Menyebut perkataan yang tidak difahami maksudnya kerana dibimbangi perkataan yang digunakan merupakan kata-kata penyekutuan kepada Allah.

2. Memuja nama-nama jin dan syaitan mahupun nama-nama sembahan berhala

3. Menggunakan kata-kata lucah dan nista

4. Menggunakan bahan-bahan yang diharamkan seperti darah dan sebagainya serta sembelihan yang bukan kerana Allah.

5. Menyakini adanya kuasa lain selain Allah dalam menjayakan permintaan.

6. Penggunaa jampi dalam perkara kejahatan

Beberapa keterangan daripada hadis telah menjelaskan keharusan menjampi dengan bersandarkan kaedah yang dibenarkan syara' malah jampi juga turut boleh digunakan dengan menggunakan ayat al-Quran sebagaimana yang dijelaskan melalui kisah Abu Hurairah yang pernah menjampi ketua kampung yang disengat binatang berbisa dengan menggunakan al fatihah. Setelah dirujuk kepada rasulullah, baginda membenarkan tindakan Abu Hurairah dan meminta sebahagian daripada upah yang diberikan. Keharusan jampi ini juga dapat dilihat pada sebuah hadis dimana Abdullah b. Masud ia berkata ketika rasulullah S.A.W sedang bersolat, ketika sujud jari baginda telah disengat oleh seekor kala jengking. Lalu rasulullah s.a.w berkata:" Allah melaknat kala ini, juga dilaknat oleh nabi dan tidak pada yang lain. Kemudian baginda berdoa pada sebuah mangkuk yang berisi air dan garam. Baginda meletakkan tempat yang kena sengat dalam air garam dan membacakan Qul huwa' Llahu ahad dan al-mu' awwizatain sehingga sembuh.

Ulama' sepakat menyatakan keharusan menjampi terutamanya dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran. Ulama' meletakkan taraf jampi seperti berikut:-

1. Menjampi dengan menggunakan ayat al-Quran dan doa para nabi yang terdapat di dalam al-Quran. Inilah yang terbaik

2. Menjampi dengan menggunakan jampi dan doa yang bersumber daripada hadis nabi s.a.w

3. Menjampi dengan menggunakan jampi atau doa-doa yang diamalkan oleh salafussoleh

4. Menjampi dengan menggunakan jampi yang difahami maksudnya dimana ianya mestilah menepati syarat berikut:

a) Jampi yang digunakan hendaklah tidak menyekutukan Allah

b) Jampi yang digunakan tidak memuja nama-nama jin dan syaitan atau apa sahaja nama-nama kerana dibimbangi ianya nama-nama berhala.

c) Jampi yang digunakan tidak menggunakan sebutan yang langsung tidak difahami manusia

d) Jampi yang digunakan tidak mengandungi kata-kata lucah, nista serta pembohongan.

5. Menyakini hanya Allah sahajalah yang memberi bekas atas setiap perbuatan.

Wallahua'lam

Bersambung.....


Isnin, 18 Mei 2009

Bahaya Minuman Ringan

Minuman ringan seperti Coke, Pepsi, Fanta dan perbagai perisa lain amat popular dan mudah didapati dipasaran. Iklan-iklan dikaca televisyen dan majalah terutamanya pada bulan-bulan perayaan seringkali mengambarkan minuman ini amat bermakna. Hakikatnya minuman ringan sebenarnya boleh mengakibatkan perbagai masalah kesihatan seperti osteoporosis (kerapuhan tulang), kegemukan, kerosakan dan kakisan pada gigi serta boleh mengakibatkan kenser. Dr charles Best pernah menyatakan bahawa minuman ringan mempunyai banyak persamaan dengan minuman keras. Sirosis hati telah ditemui dikalangan remaja yang banyak meminum minuman ringan dan penagihan alkohol yang kronik. Minuman ringan 500ml didapati mengandugi kira-kira 15.5 sudu kecil gula. Kandungan ini merupakan dua kali ganda lebih besar berbanding kadar yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu antara 8 hingga 11 sudu kecil sahaja. Gula yang banyak boleh menyebabkan ketagihan dan kegemukan selain memberikan penyakit diabetis (kencing manis) kepada peminumnya. Seorang rakan penulis memberitahu bahawa anaknya amat gemar meminum minuman coke disekolah dan dirumah. Akibatnya, pada usia semuda 16 tahun anaknya telah disahkan mengidapi diabetis.

Pemanis tiruan merupakan antara bahan yang biasa didapati dalam minuman ringan antaranya aspartame, sakarin atau sukralos yang mana antara bahan pemanis tiruan ini menghasilkan 200 kali ganda lebih manis daripada gula. Pemanis tiruan boleh meninggalkan beberapa kesan sampingan seperti migrin, tekanan emosi, sakit kepala, lemah ingatan, kekejalan, loya, dan mengkaburkan penglihatan. Malah bagi sesetengah orang, bahan pemanis tiruan turut menyebabkan cirit-birit dan kegatalan pada kulit. Bahan lain seperti kafien tiruan juga boleh memudaratkan dimana bahan ini boleh mengakibatkan ransangan tubuh serta meningkatkan kadar denyutan jantung. Rancangan ini boleh menenangkan fikiran buat seketika namun ransangan berterusan akan menyingkirkan tenaga penting daripada tubuh badan yang membantu menyingkirkan racun yang mencerobohi sistemnya. Kafien dibubuh dalam minuman sebagai bahan penyedap rasa yang boleh menimbulkan ketagihan. Sebuah kajian menunjukkan bahawa minuman ringan terutamanya kola adalah berasid serta memerlukan 32 gelas air beralkali untuk meneutralkannya. Kajian di Britain pada tahun 1993 juga menunjukkan 20% kanak-kanak yang banyak meminum minuman ringan mengalami kakisan pada bahagian dentin (gigi) mereka. Kajian juga menunjukkan sekiranya sebatang gigi dicabut dan direndamkan kedalam minuman berkola, dalam masa dua hari gigi itu menjadi amat lembut akibat kehilangan kalsium. Hasil kajian juga mendapati minuman Pepsi merupakan minuman paling berasid (pH 2.10) diikuti Coke (pH 2.15), Scweppes Grapefruit (pH 2.19), Mirinda Orange (pH 2.35), F&N Anggur (pH 2.53), Sprite (pH 2.87), F&N Original Sarsi (pH 3.22) dan Fizzi Limau Bali (pH 3.69). Kandungan fosforus dalam asid fosforik boleh menganggu imbangan kalsium-fosfat dalam tubuh dan melarut keluar kalsium daripada tulang lalu menyebabkan penyakit kereputan tulang. Fosforus turut melawan asid hidroklorik semulajadi dalam perut sehingga menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik boleh mengakibatkan masalah penghadaman dan kembung perut. Penggunaan bahan pengawet seperti asid benzoik boleh menyebabkan serangan lelah, ruam kulit serta keadaan terlalu aktif bagi sesetengan orang. Perisa tiruan dan pewarna antara bahan yang sememangnya didapati didalam minuman ringan. Pewarna tiruan boleh menyebabkan alahan, tubuh membengkak serta kanser. Para penyelidik percaya pewarna karamel yang terdapat pada minuman kola dapat memberi kesan kepada genetik dan agen kanser.Kandungan natrium dalam sesetengan minuman ringan boleh mengakibatkan penyakit darah tinggi. Berdasarkan fakta diatas, sesungguhnya meminum minuman ringan boleh mendatangkan kemudharatan kepada peminumnya. Sebagai langkah memulakan hidup yang sihat, amat perlu bagi semua pengguna agar menjauhi minuman ringan sebagai mensyukuri nikmat pemberian Allah taala. Sebagai ummat Islam pula seruan boikot keatas barangan keluaran Yahudi dan Amarika juga termasuk dalam keluaran minuman ringan mereka bukan sahaja mendatangkan kesan keatas ekonomi mereka malah menjauhkan diri kita daripada kemudharatan akibat meminumnya. Sesungguhnya menjauhi yang mudharat itu adalah amat dituntut syara'

Wallahua'lam



Saiful Adli b. Samsudin

Rujukan : Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang



Penyakit G6PD

'GLUCOSE 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency' atau lebih dikenali sebagai G6PD adalah sejenis penyakit yang kerap berlaku. Dianggarkan 400 juta penduduk dunia mengalami masalah itu. G6PD sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kromosom X, justeru masalah ini lazimnya berlaku kepada lelaki. Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen). Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim itu.

Bagaimana masalah ini dikesan?
Penyakit ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan. Ujian darah itu akan mengesan keberkesanan enzim berkenaan. Melakukan ujian darah sebaik saja dilahirkan sudah diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Ini kerana masalah G6PD kerap berlaku di Malaysia dan boleh menyebabkan masalah di kalangan bayi baru lahir. Antara masalah yang mungkin timbul di kalangan bayi baru lahir adalah jaundis. Disebabkan kekurangan enzim itu, sel darah merah bayi mudah pecah. Ini menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi.
Kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik kepada otak. Jika tidak diubati boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi. Oleh kerana kemungkinan masalah besar yang mungkin timbul kepada bayi yang mengalami G6PD, kebanyakan institusi perubatan akan menahan bayi berkenaan di wad sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang. Selain itu, bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang. Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria. Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi. Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa komplikasi Ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh menyebabkan oksidasi sel darah merah. Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan dengan penggunaan ubat serangga.
Rawatan
Cara rawatan yang utama adalah mengelakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan acute hemolysis seperti yang dinyatakan di atas. Kadangkala sel darah merah yang pecah secara keterlaluan menyebabkan bayi itu pucat. Ini mungkin memerlukan pemindahan darah. Perlu diingatkan juga, masalah G6PD ini disebabkan kekurangan penghasilan enzim dan ini adalah masalah yang akan kekal buat selamanya.

Ahad, 17 Mei 2009

Fakta Penyakit: Hepatatais B


Virus Hepatitis B berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar. Ia adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV. Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk, pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau keseluruhan hati musnah. Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada cirrhosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling kerap dihidapi di dunia.
Hepatitis ini merebak melalui jangkitan samada secara:-

a) Virus ini dapat masuk ke dalam badan melalui salur darah jika pesakit menerima darah tercemar.
b) Boleh merebak melalui jangkitan seks kerana ia boleh hadir dalam air mani.
c) Merebak daripada si ibu kepada anak yang dikandungnya kerana virus ini melalui dinding uri

Tanda-Tanda Jangkitan

Antara tanda-tanda atau keluhan mangsa adalah mual, muntah, cirit-birit, hilang selera makan, sakit kepala, kelemahan dan tidak suka pada rokok.

Kesan selepas satu atau dua minggu menyebabkan:-

mangsa kelihatan kekuningan
kencing gelap
najis keputihan
hati membengkak

Langkah Pencegahan

Secara pasif
Jangan tercucuk jarum yang tidak selamat
Jangan lakukan seks dengan pembawa virus Hepatitis B
Beri ubat kepada anak di dalam kandungan ibu yang mengidap hepatitis B itu dan melahirkan anak secara pembedahan

Secara aktif
Pelalian boleh didapati di klinik kerajaan dan swasta pada kadar bayaran yang murah
3 kali suntikan, selamat secara umumnya
dapatkan booster selepas 5 tahun

Penyakit Meningitis

Meningitis ialah keradangan pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang. Ia terjadi akibat dari jangkitan virus atau bakteria yang berlaku pada selaput tisu membran yang menyelaputi otak dan cecair serebrospina. Meningitis meningokokal adalah radangan pada selaput sekeliling otak dan saraf tunjang dan boleh membawa kepada meningokokal septisemia (keracunan darah oleh bakteria meningokokus).
Penyakit meningokokal disebabkan oleh bakteria meningococcus Neisseria meningitides. Penyakit Meningokokal berjangkit secara langsung menerusi titisan rembesan respiratori dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.
Penyakit ini kebanyakkannya berlaku di kalangan kanak-kanak berumur bawah 5 tahun. Ia juga kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah dan rapat dengan pesakit, pelancong yang melawat ke kawasan endemik di dunia juga mempunyai risiko yang tinggi.
Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut:-

Sakit kepala yang teruk, demam, loya, muntah, sakit tengkuk, tidak boleh melihat cahaya, ruam dan lain-lain tanda seperti mengantuk dan kebingungan (drownsiness & confusion) Komplikasinya boleh menyebabkan kematian.
5 – 15 % kes dengan terapi sempurna 50% tanpa rawatan 20 % di kalangan pesakit yang selamat mengalami masalah saraf termasuk pekak dan lumpuh. Rawatan Antibiotik chemoprophylaxis (seperti pencegahan penyakit menggunakan antibiotik) adalah disyorkan kepada kontak rapat sahaja. Vaksinasi selepas jangkitan tidak berkesan.
Pencegahan Vaksin meningokokal:-

Vaksin ini dipanggil Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135 Disyorkan kepada pelancong / pelawat yang ke kawasan endemic seperti Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah termasuk Arab Saudi bagi mereka yang mengerjakan haji atau umrah. Diambil 2 minggu sebelum melancong / melawat dan boleh bertahan kira-kira 3 – 5 tahun Imunisasi secara rutin kepada kanak-kanak adalah tidak digalakkan. Boleh didapati di hospital kerajaan, klinik bergerak, poliklinik dan klinik swasta.

Sindrom Kurang Daya Melawan Penyakit (AIDS)

Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau lebih dikenali sebagai AIDS (bahasa Inggeris: Acquired Immune Deficiency Syndrome) ialah satu penyakit serius disebabkan oleh virus HIV (bahasa Inggeris: Human Immunodeficiency Virus). AIDS disebabkan oleh virus HIV yang menyerang dan memusnahkan daya ketahanan badan. Seseorang individu mendapat AIDS apabila virus HIV merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Sistem pertahanan badan yang tidak berfungsi menjadikan individu mudah dijangkiti bakteria dan virus-virus lain yang boleh menyebabkan sakit teruk.
Asal usul AIDS dan HIV telah menjadi tanda tanya saintis semenjak penyakit itu mula dikenalpasti pada awal tahun 1980an. Kes pertama yang dikenalpasti sebagai AIDS berlaku di Amerika Syarikat pada awal tahun 1980an apabila kebanyakan lelaki homoseksual di New York dan California menunjukkan jangkitan penyakit luar biasa dan kanser yang sukar dirawat. Pada masa itu, AIDS tidak mempunyai nama tetapi jelas pesakit-pesakit tersebut menunjukkan gejala sindrom yang sama. Pada tahun 1982, pegawai-pegawai kesihatan mula mengunakan istilah "acquired immunodeficiency syndrome" atau AIDS untuk menerangkan kejadian-kejadian jangkitan luar biasa ini seperti barah Karposi Sarcoma dan pneumonia di kalangan masyarakat yang sebelum ini sihat. Laporan dan pengesanan pesakit AIDS secara rasmi bermula pada tahun itu di Amerika Syarikat. Pada tahun 1983, para saintis menemui virus yang mengakibatkan AIDS. Virus ini pada mulanya dinamakan HTLV-III/LAV (human T-cell lymphotropic virus-type III/lymphadenopathy associated virus) oleh sekumpulan saintis antarabangsa. Nama ini kemudian ditukar kepada HIV (human immunodeficiency virus).

Bagaimana HIV Bertindak ?

Lazimnya, sistem pertahanan manusia bertindak sebagai perisai yang melindungi manusia daripada bakteria, virus dan sebagainya. Apabila virus HIV masuk dalam badan, ia mula merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil 'CD4 helper lymphocyte' (sel pembantu CD4). Sel CD4 bertindak sebagai utusan kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh badan yang lain, memberitahu mereka untuk melawan organisma yang menceroboh. HIV melekat dan menjangkiti sel CD4 dan mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam proses ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan lain.
Apabila perisai ini lemah atau hilang, individu terbabit dikatakan dijangkiti AIDS. Mereka yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma. AIDS boleh melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.

Tanda-Tanda Positif HIV

Seseorang yang positif HIV (HIV+) dikatakan mempunyai AIDS apabila daya pertahanan badannya telah dirosakkan oleh virus HIV dan ditimpa jangkitan HIV yang teruk. Tanda-tanda jangkitan HIV dan AIDS mungkin tidak jelas untuk beberapa tahun dan seseorang mungkin tidak mengetahui yang dia telah mendapat penyakit ini. Walaubagaimanapun individu terbabit masih boleh meyebarkan virus HIV kepada orang lain pada peringkat ini. Jangkamasa tanda-tanda ini timbul bergantung kepada individu. Jika individu yang positif HIV tidak mendapatkan rawatan, ia akan mengambil purata 8-10 tahun daripada HIV kepada AIDS.

Terlalu lemah dan lesu
Penurunan berat badan yang mendadak
Demam panas yang kerap
Peluh malam
Kelenjar limfa membengkak
Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut
Cirit-birit yang kronik
Batuk kronik
Hilang ingatan
Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat

Kaedah Sebaran HIV/AIDS

HIV/AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan:-

Perhubungan seks tanpa kondom
Penerimaan darah yang tercemar
Perkongsian jarum suntikan dadah
Dari ibu ke anak semasa mengandung atau pelahiran atau menyusu

HIV/AIDS tidak boleh disebarkan sekadar melalui:-

Perciuman atau berpeluk
Pergaulan harian di tempat awam seperti di sekolah atau tempat kerja
Makan di restoran atau membeli-belah di pasaraya
Berenang di kolam renang awam
Gigitan
nyamuk atau serangga lain

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HMFD)

Penyakit HFMD adalah penyakit berjangkit yang mudah berjangkit melalui sentuhan terus daripada kes. Ia boleh menjangkiti semua golongan umur tetapi majoritinya adalah pada kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Tempoh inkubasi jangkitan adalah antara 3 hingga 5 hari dengan disusuli tanda-tanda utama seperti demam, sakit tekak, ruam merah dengan blister pada tapak tangan, kaki dan mulut. Kanak-kanak yang dijangkiti juga boleh mengalami tanda-tanda muntah, cirit birit serta kurang selera makan. Kanak-kanak yang sedang dijangkiti HFMD boleh menjadi punca jangkitan sehinggalah ruamnya kering.
Berikut adalah amalan yang baik yang boleh mengelakkan jangkitan dan penularan HFMD. Para Ibubapa dan pengurus pusat jagaan kanak-kanak adalah diminta untuk mengambil perhatian dan kerjasama atas perkara ini:-

a) Sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Sentiasa amal tabiat baik mencuci tangan dengan sabun sebelum makan terutamanya selepas dari ke tandas.
b) Kanak-kanak yang ada tanda-tanda jangkitan HFMD hendaklah dibawa segera berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital yang berdekatan.
c) Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD hendaklah dielakkan daripada dibawa ke tempat awam atau pusat jagaan kanak-kanak sehinggalah ia sembuh.
d) Para pengusaha pusat jagaan kanak-kanak adalah diminta untuk memastikan kanak-kanak yang ada tanda-tanda jangkitan HFMD di bawa segera untuk rawatan ke klinik atau hospital berdekatan serta melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
e) Kanak-kanak yang sedang dijangkiti HFMD hendaklah dielakkan daripada menghadiri pusat jagaan kanak-kanak sehinggalah kanak-kanak tersebut sembuh.
Keadaan di seluruh negara untuk jangkitan HFMD adalah terkawal dan kita yakin dengan kerjasama para ibu bapa dan juga pengusaha pusat jagaan kanak-kanak di seluruh melalui pengamalan langkah-langkah yang disarankan pada perkara 4 di atas, penularan HFMD boleh dielakkan.

Penyakit Chikungunya

Penyakit Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah demam panas, rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan ruam. Chikungunya tidak menyebabkan kematian dan adalah ’self-limiting’ ataupun sembuh dengan sendiri. Pesakit cuma memerlukan rawatan simptomatik dan rehat secukupnya, namun gejala sakit sendi boleh berlarutan bagi pesakit yang telah berumur. Rawatan hospital hanyalah untuk keadaan tertentu sahaja. Pesakit kebiasaannya memperoleh imuniti sepanjang hayat. Sepertimana jangkitan virus lain, tiada ubat khusus atau vaksin untuk penyakit Chikungunya. Cara paling berkesan untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kita.

Disediakan oleh: Dr. Azlan Darus - Penolong Pengarah Kanan (CPBV), Bahagian Kawalan Penyakit ( 30 Julai 2008)

Disemak oleh : Ahmad Safri Bin Mokhtar - b/p Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit

Sumber: Blog Kementerian Kesihatan Malaysia

Sabtu, 16 Mei 2009

Selsema Babi H1N1: Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan

Situasi Semasa Wabak Swine Fludan langkah-langkah yang diambiloleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sehingga 27 April 2009, mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bertarikh 27 April 2009 berkaitan wabak Swine Influenza A (H1N1), terdapat 40 kes yang disahkan melalui ujian makmal di Amerika Syarikat dan 26 kes di Mexico dengan 7 kematian. Di Mexico juga sebanyak 1,840 kes yang disyaki Swine Influenza A/H1N1 dilaporkan dengan 104 kematian. Kes juga disahkan di Kanada (6 kes), Scotland (2 kes) dan Sepanyol(1 kes), tiada kematian dilaporkan di tiga negara berkenaan. Tiada kes dilaporkan di lain-lain negara. Sementara itu, New Zealand melaporkan sebanyak 25 kes disyaki Swine Influenza A/H1N1. Berdasarkan situasi terkini wabak Swine Influenza, WHO telah meningkatkan amaran Influenza Pandemik daripada Fasa 3 kepada Fasa 4. Peningkatan Fasa ini menunjukkan terdapat kemungkinan berlakunya Pandemik, tetapi ini tidak bermakna pandemik tidak dapatdibendung. WHO juga melaporkan Fasa ini boleh turun ke Fasa 3 atau meningkat ke Fasa yang lebih tinggi bergantung kepada situasi dan maklumat terkini.
Fasa 4 ini bermaksud berlaku penularan antara manusia ke manusia dan boleh menyebabkan wabak di kalangan komuniti. Walau bagaimanapun, WHO menyarankan TIADA sebarang tindakan sekatan dari segi kesihatan, perjalanan, dan perdagangan yang perlu dilakukan oleh setiap negara bagi perlindungan kesihatan antarabangsa.
Di Malaysia buat masa ini tiada kes yang disyaki memenuhi kriteria penyakit Swine Influenza. Berdasarkan survelan `influenza-like illness’, tiada peningkatan kes dan kes berkelompok (cluster) yang dilaporkan. Bermula pada 26 April 2009, Kementerian Kesihatan telah pun mengambil tindakan-tindakan persediaan yang seperti berikut;-

a) Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Swine Flu dengan pihak WHO bagi memastikantindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.

b) Meningkatkan pemantauan ‘influenza-like illness’ di semua peringkat kemudahan kesihatan termasuk kemudahan kesihatan swasta dan kerajaan.

c) Kementerian telah mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat Malaysia yang ingin melawat Mexico, USA, Kanada dan negara-negara lain yang terlibat dengan penyakit Swine Flu.

d) Saringan tanda-tanda jangkitan Swine Flu di pintu masuk KLIA telah dimulakan pada 27 April 2009 di mana sejumlah 428 penumpang dan krew syarikat penerbangan dari negara/kawasan yang dilanda wabak Swine Flu telah disaring dan diberi Health Alert Card dan Health Declaration Form. Sehingga kini tiada kes yang disyaki dikesan. Saringan kesihatan di semua pintu masuk antarabangsa akan berkuatkuasa mulai 28 April 2009.

e) Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Swine Flu untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.
f) Satu mesyuarat Jawatankuasa Teknikal yang melibatkan beberapa agensi yang berkaitan akan diadakan pada 29 April 2009 bagi membincangkan dengan lebih lanjut mengenai langkah pencegahan dan kawalan yang bersepadu.

Memandangkan WHO telah meningkatkan tahap wabak daripada Fasa 3 kepada Fasa 4, Kementerian Kesihatan ingin menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan lawatan antarabangsa keluar negara terutamanya ke negara yang sedang dilanda wabak sekiranyatidak perlu dan keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Individu yang jatuh sakit semasa dalam perjalanan antarabangsa dikehendaki mendapatkan rawatan doktor.
Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Swine Flu ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat. Maklumat terkini boleh dicapai di laman web Kementerian (www.moh.gov.my).
Sekian dan terima kasih.


TAN SRI DATO’ SERI DR. HAJI MOHD ISMAIL MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan MalaysiaTarikh: 28 April 2009


Ahad, 10 Mei 2009

Media Mempromosi & Menyuburkan Budaya Syirik,Khurafat

Sejak akhir-akhir ini, kita sering kelihatan media mula mempromosikan budaya dan amalan karut marut sehingga membawa kepada perkara syirik dan khurafat. Penonton dibuaikan dengan segala macam kisah kehidupan yang dikaitkan dengan aktiviti pembomohan, penggunaan jin serta kisah-kisah seram yang dikaitkan dengan pembalasan dendam roh simati diatas penganiayaan yang dilakukan keatasnya. Kesemua kisah tersebut kononnya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata dengan beralasankan bahawa kononnya masyarakat kini sudah bijak menilai antara baik dan buruk serta antara realiti dan fantasi. Sikap sebegini tanpa disedari telah menanam satu kefahaman syirik dan tahyul dalam masyarakat kononnya roh bebas bergerak seolah-olah dapat berhubung dengan mudah dengan alam realiti sedangkan hakikatnya al-Quran merakamkan sebaliknya. Sesungguhnya manusia hanya diberitakan perihal roh dengan pengetahuan yang amat sedikit. Firman Allah:

" Mereka bertanya kepada engkau tentang roh! Katakanlah (Wahai Muhammad) bahawa roh itu adalah dari urusan Tuhanku dan kamu tiada diberikan pengetahuan mengenainya melainkan sedikit sekali" (al Isra': 85)

Sesungguhnya perjalanan hidup manusia yang akan melalui beberapa peringkat alam dimana diantara satu alam dengan alam yang lain amat sukar untuk ditembusi. Perjalanan roh dari alam barzakh ke alam dunia hanya boleh terjadi atas izin Allah sebaliknya filem yang dipaparkan oleh media menunjukkan betapa mudahnya roh kembali kedunia hanya semata-mata untuk membalas dendam. Media sama ada media cetak mahupun media elektronik kini sering melariskan jualan mereka dengan filem atau kisah hantu serta perbagai kisah mistik yang mana sebagiannya menyelitkan upacara-upacara ritual pembomohan yang secara tidak langsung telah mempromosikan aktiviti syirik dan khurafat. Terdapat juga filem-filem yang diimpot dari negara jiran yang menggambarkan seorang imam atau ahli dalam agama yang handal merawat kes-kes berkaitan sihir namun kaedah rawatan dan cara imam tersebut menanggani masalah tersebut didapati tidak selaras dengan hukum syarak. Imam digambarkan mempunyai kuasa luar biasa malah kadangkala ia handal bersilat serta menggunakan keris serta peralatan tertentu yang kadang-kala dilihat mirip kepada upacara pembomohan. Hanya gelaran dan pakaian yang membezakan semata dan ini tentunya mengelirukan lagi masyarakat erti pengubatan Islam sebenar. Filem dari negara jiran didapati banyak unsur-unsur Islam Liberal yang mencampuradukkan amalan Islam dengan perbuatan yang bertentangan dengannya. Solat dan ibadah lain dilakonkan seolah-olah boleh dipermain-mainkan. Doa sambil menitis air mata tak ubah seperti melihat filem-filem bollywood yang bermohon dihadapan berhala. Agama ini dipermain-mainkan dalam lakonan sedang pelakonnya sendiri tidak dapat dipastikan apakah agamanya Islam atau sebaliknya. Filem tempatan kini nampaknya kian meniru filem yang diimpot dari negara jiran mungkin disebabkan sambutan filem begini yang kian mendapat tempat. Filem yang memaparkan penggunaan sihir dan ilmu hitam dalam merebut kekasih hati, perniagaan dan sebagainya menyebabkan amalan sebegini mula subuh kembali setelah ianya hampir-hampir pupus akibat kematian pengamalnya serta kurang pendedahan masyarakat mengenainya.

Rancangan dokumentari yang menyelongkar misteri pendukunan dan pembomohan turut membantu mempromosikan amalan syirik dan khurafat tanpa disedari turut menyumbang kepada suburnya amalan tersebut di Malaysia. Sungguhpun diakhir rancangan, penerbit turut menyiarkan pesanan daripada ustaz-ustaz agar penonton menjauhi pembomohan, namun kebanyakan penonton biasanya hanya tertarik kepada kisah dan kehebatan bomoh yang dipaparkan sehinggakan sangup mencari lokasi pengambaran dokumentari tersebut. Usaha para ulama' dahulu sehingga kini yang menentang amalan ini hampir berjaya namun kewujudan filem, cerita dan dokumentari berkaitan telah menyebabkan berlakunya sebaliknya. Adalah tidak patut sama sekali negara kita yang sedang menuju ke arah negara maju yang mana pemikiran masyarakatnya lebih kepada logik dan sains yang mana sepatutnya amalan sebegini tidak wujud sama sekali namun ianya adalah sebaliknya. Sebahagian ahli politik negara mendapat khidmat bomoh hanya kerana untuk mendapatkan undi dan tempat atau sebagainya maka berlakulah kes-kes pelik sepertimana di Negeri Pahang suatu ketika dahulu. Demikian juga kes para artis yang dikatakan memakai susuk untuk kelihatan cantik selamanya serta mudah mendapatkan tawaran. Penggunaan tangkal untuk mat-mat rempit serta penggunaan tangkal, azimat, wafaq dan sebagainya untuk tujuan pendinding serta pelaris perniagaan. Bomoh pada hari ini tidak malu dan segan lagi mengiklankan diri mereka dengan perbagai gelaran seperti Mahaguru, Raja Bomoh dan perbagai gelaran lain sambil menunjukkan kehebatan mereka sama ada di akbar, majalah dan flyers yang dihantar dari rumah ke rumah. Malah ada yang berselindung dengan mendakwa diri sebagai Ustaz, Tok Kiyai, Dato', Professor dan sebagainya yang kononnya mereka menawarkan khidmat perubatan tradisional islam sedangkan kaedah yang digunakan adalah sebaliknya. Kesemua perbuatan ini adalah syirik dan khurafat serta menjerumuskan pengamalnya kepada dosa dan neraka Allah S.W.T. Firman Allah:

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa selain Syirik bagi orang-orang yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah membuat dosa yang besar"

( an Nisa: 48)

" Seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan"

(al An am: 88)

Wallahua'lam

-Saiful Adli b. Samsudin



Sabtu, 9 Mei 2009

Tanda-Tanda Gangguan Makhluk Halus

Umumnya gangguan makhluk halus boleh terjadi keatas sesiapa sahaja dengan izin Allah. Kesemua jenis gangguan yang melibatkan jin sama ada berbentuk perlakuan sihir mahupun tindakan jin yang sengaja dilakukan keatas manusia dikategorikan sebagai gangguan makhluk halus kerana simptom atau tanda-tanda yang terdapat pada pesakit tersebut biasanya sama. Antara tanda-tanda penyakit gangguan makhluk halus adalah seperti berikut:-

1. Perasaan takut tanpa sebab-sebab yang dapat dipastikan. Perasaan takut kadangkala merasa seolah-olah diri diperhatikan dari satu arah tentu.
2. Perasaan takut pada masa-masa tertentu terutamanya pada waktu malam bermula selepas maghrib sehingga tengah malam. Sesetengah pesakit mula merasa sejuk pada kedua-dua tangan dan kaki setiap kali waktu malam.

3. Seringkali mendengar bisikan-bisikan tertentu.

4. Sukar tidur malam. Sebahagian pesakit tidak merasa mengantuk, sebagian pesakit meras mengantuk bersangatan namun tidak mampu tidur. Terdapat juga pesakit yang tertidur tetapi tidak dapat melelapkan mata disebabkan seringkali dikejutkan dengan mimpi-mimpi yang menakutkan. Malah sesetengah pesakit tidak dapat tidur disebabkan terasa diri dikejutkan seseorang sedangkan perkara tersebut tidak berlaku.

5. Seringkali dihimpit setiap kali tidur berseorangan.

6. Mimpi yang menakutkan seperti melihat haiwan berbisa (ular) haiwan ganas (harimau, buaya dsb) Biasanya haiwan-haiwan ini berwarna gelap/hitam.

7. Bermimpi orang yang telah meninggal dunia atau bermimpi seolah-olah diri akan mati/berada dalam kubur.

8. Bermimpi jatuh ditempat yang tinggi

9. Bermimpi menyusukan bayi/anak kecil

10. Bermimpi mendapat amalan tertentu dari sumber yang tidak dapat dipastikan

11. Bermimpi melakukan pekerjaan tertentu sehingga kepenatan melakukan kerja tersebut dapat dirasakan sebaik sahaja bangun tidur.

12. Fikiran sentiasa runsing tanpa dapat dikawal
13. Seringkali terlihat kelibat tertentu dan halusinasi.

14. Seringkali lupa atau merasa malas untuk mengerjakan solat dan kewajipan agama

15. Berasa was-was ketika solat atau berwudhuk

16. Merasa marah tanpa sebab-sebab yang munasabah.

17. Jantung sentiasa berdebar-debar tanpa sebab.

18. Merasa benci kepada suami atau isteri serta merasa marah bersangatan tanpa sebab atau disebabkan perkara yang kecil.

19. Melihat wajah suami atau wajah isteri seolah-olah hodoh.

20. Tiada bernafsu setiap kali ingin bersama isteri atau suami.

21. Seringkali terhidu bau wangi atau busuk.

22. Merasa sakit-sakit dibahagian tertentu seperti sendi dan dibahagian belakang badan.

23. Terdapat bonjolan yang menyakitkan dan kadangkala bonjolan ini berubah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Rawatan dengan ayat-ayat al-Quran keatas pesakit ini biasanya akan menimbulkan riaksi berikut:-

1. Kepala atau tangan pesakit akan menggeletar dan menggigil.

2. Mata pesakit mula melilau

3. Pesakit menjerit dan meronta sedangkan perawat hanya memegang dan membacakan ayat al-Quran.

4. Pesakit meracau dan dialog mula berlaku.

5. Pesakit pengsan.

Terdapat juga kes gangguan dimana pesakit tidak menunjukkan tanda diatas ketika proses rawatan dijalankan. Ini bukanlah kerana perawat tidak mampu untuk merawat pesakit. Tetapi ia adalah disebabkan jin yang ada dalam diri pesakit telah lama melakukan tugas jahatnya. Sekiranya ini berlaku, perawat hendaklah istighfar dan berserah kepada Allah dengan membekalkan air doa untuk diminum dan dimandi. Insyaallah pesakit akan sembuh pada rawatan yang akan datang. Perlu diingat, tugas perawat Darussyifa' hanyalah sebagai perawat dan bukan bersifat penyembuh. Jangan sekali-kali merasa takjub ketika merawat sekiranya dialog berlaku dan jangan pula merasa rendah diri sehingga merasakan diri tidak layak untuk merawat hanya kerana tiada respon diberikan pesakit gangguan ketika dirawat kerana sesungguhnya tipu daya jin dan syaitan amat licik sekali. Perawat dilarang sama-sekali mempercayai kata-kata jin ketika proses rawatan dijalankan. Jin akan cuba melaga-lagakan pesakit dengan sahabat handainya atau jirannya atau keluarganya dengan menyatakan dia dibuat oleh sipulan bin sipulan atau orang yang duduk berhadapan rumahnya atau sebagainya. Jin akan berusaha untuk melemahkan usaha perawat sama ada melalui memperleceh perawat, menahan sakit dengan tidak menunjukkan reaksi dan sebagainya dan kadangkala jin cuba sedaya upaya merosakkan ibadah perawat dengan menjerit setiap kali berjumpa perawat tentu dengan tujuan menimbulkan rasa ego, ujub dan riyak keatas diri perawat supaya merasakan dirinya seorang perawat yang bagus dan hebat. Inilah sifat jin yang harus diketahui semua perawat agar sentiasa berwaspada dan merendah diri agar segala usaha rawatan dinilai dengan ganjaran pahala disisi Allah S.W.T.

Para perawat Darussyifa' juga seringkali diingatkan agar tidak melakukan perbuatan kasar yang boleh menyakitkan fizikal pesakit. Jin adalah makhluk yang bersifat tidak berjirim seperti manusia. Oleh itu tindakan perawat yang merawat dengan memicit jari atau dibahagian tertentu, menunjal jari pada mata, menggunakan bahan untuk menekan mana-mana anggota pesakit adalah tindakan bodoh dan sia-sia kerana hanya akan mendatangkan sakit keatas fizikal pesakit serta tindakan ini amat dilarang keras oleh Darussyifa' Pusat serta mengingkari arahan Tuan Guru sendiri. Membaca dan memegang sudah cukup dan memadai untuk menyakitkan jin kerana jin sakit dengan bacaan atas izin Allah dan bukan dengan keganasan fizikal. Terdapat perawat yang cuba mempertahankan tindakannya dengan menyatakan dia hanya memicit dengan pelahan. Perlu dinyatakan ada perawat yang mulanya memicit dengan perlahan. Namun tindakan geram dan marah keatas jin yang degil tanpa disedari perawat berkenaan telah memicit jari pesakit dengan kuat sehingga mendatangkan kesan fizikal. Jauhilah perbuatan yang dilarang wahai para perawat semua.

Wallahua'lam


Saiful Adli b. Samsudin


Bersama Tn Guru Dato' Dr Haron Din: Tips Elak Histeria

Tn Guru Dato' Dr Haron Din
Kejadian histeria adalah fenomena yang sering berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah, amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit. Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama mahupun orang awam, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat.
Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus. Demikian saranan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din ketika diminta mengulas berhubung kejadian histeria di sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat kejadian Histeria. Beliau turut menjelaskan beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku 'breakdown' pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) belajar yang terlalu tinggi di samping kelemahan seseorang mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria. "Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus," katanya yang kini berada di Langkawi ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. "Selain itu, akibat manusia yang menceroboh kawasan 'mereka' hingga mereka datang 'membalas' pula. "Dan fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah-sekolah agama, sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di kilang-kilang serta tempat orang berkenduri kendara," kata pengamal perubatan Islam itu.

'Pindahkan' makhluk halus ke kawasan lain Ini menjelaskan lagi katanya bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia sahaja malah turut dihuni oleh makhluk-mahkluk lain juga yang dikenali dengan pelbagai nama dan oleh yang demikian manusia sewajarnya tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan 'mereka' atau lebih baik lagi berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari dari gangguan jin syaitan mahupun makhluk halus.
"Sebaik-baiknya sebelum buat bangunan atau sekolah di satu-satu kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun 'memindahkan' makhluk tersebut ke kawasan yang lain," katanya. Beliau turut menjelaskan bahawa Rasullulah juga turut berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada diganggu oleh makhluk yang mendiami alam ghaib ini.

Doa tersebut katanya berbunyi begini: "Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka."
Sebelum itu, Mufti Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abd Wahid, yang turut mengulas kejadian terbabit dilaporkan berkata bahawa apabila seseorang takut kepada syaitan dan makhluk halus seperti jin, ia hanya akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak. Jangan tinggal solat. "Kita ambil contoh, kadang-kadang pelajar yang tinggal di asrama, khususnya pelajar perempuan, sering ditakut-takutkan dengan kewujudan 'penunggu' di bilik air dan disuruh berhati-hati sehingga akhirnya mereka percaya," katanya. Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar di sekolah berkenaan tidak meninggalkan solat dan menjaga disiplin dan apabila seseorang meninggalkan solat, amat mudah syaitan mengganggu menyebabkan kejadian seperti histeria.

Mohd Tamyes yang mempunyai pandangan yang sama dengan Haron Din berkata, mahkluk halus seperti jin berada di sekeliling manusia, cuma ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Seperti manusia, katanya, ia memiliki tempat tinggal dan selalunya menghuni rumah yang ditinggalkan kosong. "Semua pelajar perlu berhati-hati dan mempunyai kekuatan diri supaya tidak mudah dirasuk serta tidak mudah takut dengan gangguan syaitan dan iblis",katanya

-Sumber : Harakahdaily.net





Etika Pengubatan Islam (Darussyifa')





Setiap perawat Darussyifa' hendaklah menghayati dan mematuhi etika pengubatan Islam yang telah ditetapkan iaitu:-


1. Setiap penyakit ada ubat. Usaha adalah ikhtiar manusia, manakala kesembuhan adalah hak Allah


2. Setiap pesakit berhak mendapatkan rawatan tanpa batasan waktu.


3. Ikhlas adalah sifat utama yang mesti dimiliki, manakala kesabaran, keyakinan, kejujuran, berakhlak mulia dan amanah memantapkan kemustajaban doa.


4. Usaha rawatan adalah ibadah. Segala perlaksanaaan mesti selaras dengan hukum syarak.


5. Elakkan fitnah ketika melakukan rawatan dan berinteraksi. Pesakit perempuan mesti menutup aurat dan ditemani oleh waris.


6. Konsep dan pemahaman kaedah rawatan perlu dihayati dengan jujur dan yakin. Sandarkan segala harapan kepada Ihsan Ilahi semata-mata.


7. Penonjolan diri adalah dilarang, manaka rawatan hanya diberi ketika diminta.


8. Perawat mesti amanah memelihara kepercayaan pesakit, keluarga dan masyarakat. Elakkan perlakuan yang melibatkan kepentingan peribadi manaka rawatan dilakukan tanpa perbezaan jantina dan martabat diri.


9. Rahsia pesakit adalah satu amanah dan sulit dan hanya perlu untuk kepentingan rawatan sahaja. Jauhkan penerangan yang tidak jelas/samar bagi mengelakkan kekeliruan.

Jumaat, 8 Mei 2009

Bersama Tn Guru Dato' Dr Haron Din : Banyak Kesan Negatif Penyiaran Filem Seram

SOALAN: Akhir-akhir ini, siaran televisyen, banyak menyiarkan filem atau drama yang menyeramkan seperti Susuk, Rafik, Puaka Nian, Jangan Pandang Belakang, Pontianak Harum Sundal Malam dan The Seekers. Apakah filem-filem ini membawa kebaikan kepada masyarakat umum, terutama sekali kanak-kanak? Mohon pandangan Dato'. - MOHD NIZAM ZAKARIA Rawang
JAWAPAN: Secara peribadi, saya jarang sangat menonton filem atau drama yang anda nyatakan. Bagaimanapun, apabila mendengar nama-nama filem yang anda sebutkan, maka dapatlah saya bayangkan apa bentuk hidangan oleh penerbit kepada masyarakat, terutama orang Melayu-Islam.
Setiap filem pasti ada mesejnya. Mesej filem-filem tersebut, adalah hendak menarik penonton terperap di hadapan TV, melalui cerita-cerita rekaan hantu dan dongengan menakutkan.
Filem-filem sebegini, ramai yang tidak mahu menontonnya. Tetapi ada yang hendak tengok juga, terutama golongan remaja dan kanak-kanak.
Akhirnya, hasil daripada menonton cerita-cerita sebegini, yang tinggal dalam fikiran mereka adalah ketakutan, kegerunan, kerisauan dan perasaan berkecamuk.
Kanak-kanak terutamanya akan takut ke bilik air seorang diri tanpa ditemani.
Tidur malam takut apabila keseorangan. Keluar rumah pada malam hari akan gerun dan takut.
Meskipun ada baiknya perasaan takut itu wujud, bagi mendidik insan mengetahui kelemahan dirinya.
Kadang-kadang ibu bapa juga menggunakan cara mudah untuk melarang anak-anak dengan menakut-nakutkan mereka, kononnya nanti dicekup hantu atau disembunyikan puaka dan sebagainya.
Tetapi jika difikirkan secara jangka panjang, masyarakat kita akan menjadi insan yang bersifat negatif, diselebungi ketakutan yang tidak menentu, pasif dan sentiasa dalam kebingungan.
Cerita-cerita rekaan mengenai makhluk halus, khususnya hantu dengan pelbagai nama, itulah sebenarnya yang menghantui masyarakat Melayu.
Berbagai-bagai tahyul direka cipta seolah-olahnya seperti suatu realiti. Untuk mengatasinya pula, direka pelbagai cara untuk menghindarinya seperti adat bersemah, berancak, berjamu makan kapada hantu, menjampi mantera yang dilarang syarak seperti minta tolong kepada hantu.
Atur cara pengubatan yang direka-reka ini merupakan perkara-perkara yang boleh melanggar syariat, sehingga membawa kepada syirik terhadap Allah SWT.
Perihal manusia meminta pertolongan kepada makhluk halus akibat ketakutan kepada mereka, bukannya perkara baru.
Dalam al-Quran Allah berfirman (mafhumnya):
"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia (daripada kalangan lelaki), menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." (Surah al-Jin, ayat 6)

Dalam ayat ini, amat jelas Allah menyatakan, bahawa makhluk halus seperti jin, syaitan dan ifrit sememangnya wujud dan wajib dipercayai adanya mereka.
Alam mereka sama dengan alam kita. Sebahagian mereka tinggal di atas muka bumi.
Jin-jin ini sebenarnya tidak berupaya untuk memberi perlindungan kepada manusia.
Sekadar menggertak atau menakut-nakutkan mungkin boleh.
Cuma manusia yang terlebih takut kepada mereka, sehingga menyebabkan pelbagai musibah, berlaku ke atas mereka.
Pada zaman sebelum TV wujud, pada zaman media massa tidak menyebarkan cerita-cerita makhluk halus, telah pun ada kalangan ibu bapa yang menakutkan anak-anak dengan hantu dan jembalang, kerana hendak memudahkan anak-anak tidur atau menghalang mereka keluar malam.
Cuba anda tanya diri anda sendiri dan buatlah sedikit penyelidikan dengan bertanya kawan. Ajukan soalan kepada mereka, pernahkah mereka terserempak atau melihat jin-jin (makhluk halus) dengan mata kepala mereka?
Cuba tanyakan lagi, pernahkah mereka benar-benar diganggu oleh mahluk halus dan apa bentuk gangguan mereka?
Pada saya, saya yakin anda sukar menemui mereka yang benar-benar melihat jin dan mengalami kerasukan. Ini menunjukkan realitinya jarang berlaku.
Yang wujud hanyalah rekaan dan khalayan semata-mata. Ia adalah ilusi dan gambaran yang sengaja dibuat. Tetapi ia tetap memberi kesan yang buruk kepada masyarakat.
Suatu ketika, apabila suatu klip video yang tersebar di internet mengenai seksa kubur dengan mayat yang meraung kesakitan akibat terseksa hebat, menjadi heboh seketika, sehingga Kementerian Pelajaran melarang klip video itu ditayangkan atas alasan menakutkan kanak-kanak. Lalu ia diberhentikan serta merta.
Anehnya, apabila sesuatu yang berhubung dengan alam kubur, sedangkan seksa kubur itu benar dan wajib diimani, kesannya baik dan positif dari segi hukum syarak, malangnya diberhentikan tayangan atas alasan ia menakutkan.
Apakah tidak baik untuk kanak-kanak atau masyarakat umumnya, takut kepada seksa kubur yang pasti berlaku? Pada saya bagi orang Islam, wajib ditanamkan pada minda mereka bahawa seksa kubur sedang menunggu anda, yang fasik, berakhlak sumbang, berzina, mencuri atau merompak, yang meminum arak, akan menghadapi seksa kubur tersebut.
Dengannya akan terdidik semua kepada mencintai kebaikan dan menjauhi keburukan, bagi mengelak seksa kubur.
Apakah alasan tidak boleh ditayangkan kerana menakutkan hanya kepada hal-hal keagamaan yang mendidik ke arah kebaikan, sedangkan cerita-cerita tahyul tadi direkaciptakan, ia menakutkan, tetapi oleh kerana tiada kaitan dengan agama, ia dibolehkan.
Maka renungilah sedalam-dalamnya. Sekian, wallahua'lam.

Sabtu, 2 Mei 2009

DARUSSYIFA' CAWANGAN IPOH



 Pusat Rawatan Darussyifa' Cawangan Ipoh
Darussyifa' Cawangan Ipoh mula ditubuhkan sejak tahun 1990-an lagi. Perawat Darussyifa' Ipoh terdiri daripada beberapa orang ustaz, guru dan perbagai profession lain. Antara perawat yang awal adalah S.F Dato' Sheikh Mohammad Nor b. Mansur al Hafiz  (bekas Pengarah JAIP), A.F Tuan Hj Che Leh b. Che Ali, Almarhum Us Roslan b. Shahrom (Bekas Pengarah Sumber Manusia PKNP, Ahli Parlimen Bukit Gantang), A.F Us Najib b. Mat Lazim, Ush Khatijah, Ush Kamariah, A.F Us. Abdul Mutalib, Tuan Haji Zainal (Bekas Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh) dan ramai lagi. AF. Us. Che Leh b. Che Ali, Us Najib b. Mat Lazim, Us. Roslan b. Shahrom, Usth Khadijah dan Ush Kamariah antara kumpulan awal yang aktif melaksanakan rawatan. Selain itu Darussyifa' Ipoh turut mendapat bantuan daripada seorang perawat terawal Darussyifa' Bangi iaitu En Mazlan b. Mat Jai atau lebih dikenali sebagai Us Mazlan @ abang Lan. Sepertimana Darussyifa' lain, Darussyifa' Ipoh juga pernah mengalami masalah dalam menentukan lokasi rawatan.  Sebahagian besar bangunan tersebut di,manfaatkan sebagai Ma'had Tahfiz al-Quran wal Qiraat, dewannya pula digunakan sebagai Pusat Pengajian Taffaqquf Fi Deen anjuran Persatuan Ulama' dan sebahagian kecilnya pula sebagai Klinik Darussyifa'. Persatuan Ulama' Malaysia mendapat sebidang tanah beserta rumah yang diinfaqkan oleh seorang hamba Allah menyebabkan aktiviti Pengajian Taffaqquf Fi Deen yang dilaksanakan telah dipindahkan ke sana. Ma'ahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat pula telah memindahkan operasinya ke bangunan baru yang lebih lengkap di Intitut Tadbir Islam (INTIM) di Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh. Perjalanan kebajikan yang dilaksanakan oleh Darussyifa' dalam memberi rawatan kepada masyarakat telah dipermudahkan oleh Allah apabila Jawatankuasa Masjid memberi keizinan kepada Darussyifa' untuk meneruskan operasinya tanpa dikenakan apa-apa bayaran sebagai satu kebajikan bersama dari pihak Jawatankuasa Masjid Jalan Lapangan Terbang. Jawatankuasa Awal Darussyifa' Cawangan Ipoh terdiri daripada Dato' Sheikh Mohamad Nor b. Mansur al Hafiz sebagai Pengerusi, AF. Us Roslan Shahrom sebagai Penolong Pengerusi, AF. Us Che Leh b. Che Ali sebagai Bendahari dan A.F Us Najib b. Mat Lazim sebagai Setiausaha.

Perkembangan dan sambutan terhadap Darussyifa' makin meningkat menyebabkan keahlian Darussyifa' perlu diramaikan. Pengambilan pelajar kali ke dua yang diadakan di Masjid Sultan Idris Shah 2 (Masjid Negeri) telah menyaksikan seramai hampir 60 orang telah diijazahkan pada tahun 2001. Seramai empat orang daripada 60 orang yang diijazahkan telah tampil ke Klinik Darussyifa' Ipoh untuk membantu merawat para pesakit. Mereka ialah A.F Us Mokti b. Uri (bekas pensyarah Institut Perguruan Ipoh), Tn Hj Tajul Ariffin, Tn Hj Raja Ahmad dan En Saiful Adli b. Samsudin. Sepanjang tahun perkhidmatannya, purata pesakit yang mendapatkan rawatan dari tahun 1990-an hingga ke hari ini (2009) adalah sekitar 40 hingga 70 orang pesakit setiap minggu. Rawatan dilakukan pada setiap hari Ahad bermula jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang. Zikir bulanan pula dilakukan pada hari Sabtu minggu kedua dan keempat.Pada awal tahun 2014 Darussyifa Ipoh berpindah ke Masjid al Aulia, Jalan Kuala Kangsar bagi menyediakan tempat yang lebih selesa.







JADUAL RAWATAN DARUSSYIFA' IPOH
Hari : Ahad Jam : 9.00 pagi - 2.00 petang
JADUAL MAJLIS ZIKIR & SOLAT HAJAT
Hari Sabtu (Minggu Kedua & Keempat)
Solat Maghrib Berjemaah
Solat Sunnat Hajjat
Yaasin
Zikir
Solat Isyak Berjemaah
Bersurai

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI : US. NAJIB B. MAT LAZIM (012-5201140)

Jumaat, 1 Mei 2009

DARUSSYIFA' CAWANGAN KEMUNTING





Darussyifa' Cawangan Kemunting
Darussyifa' Cawangan Kemunting diasaskan oleh Ustaz Zakaria b. Nasirudin @ Din dan Ustaz Abdul Rahim. Pada mulanya Ustaz Zakaria dan Ustaz Rahim hanya melakukan rawatan di Masjid. Atas permintaan ramai, ustaz kemudiannya mula menyewa sebuah rumah kedai di Taman Lela, Kemunting untuk dijadikan sebagai Darussyifa' Cawangan.

Membuka Klinik Rawatan apatahlagi membuka Cawangan Darussyifa' memerlukan pengorbanan dan kesanggupan yang tinggi. Seperti Cawangan lain, biasanya usaha untuk melakukan kerja-kerja sebegini seringkali dilanda perbagai ujian. Masalah tempat rawatan merupakan antara cabaran besar yang perlu dihadapi. Sunguhpun Ustaz telah mendapat tempat (iaitu sebuah rumah kedai yang disewakan) namun kadangkala timbul beberapa masalah (tidak perlu dinyatakan) sehingga memaksa Ustaz mencari tempat lain yang lebih sesuai. Sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat serta pesanan Tuan Guru agar setiap Klinik atau Cawangan yang dibuka hendaklah dipastikan terus beroperasi menyebabkan Ustaz Zakaria dan Ustaz Rahim mula berikhtiar untuk mendapatkan tempat yang lebih baik. Akhirnya, atas bantuan dan pertolongan Allah, Ustaz telah diberi kemudahan untuk membeli sebuah rumah kedai di Taman Lela untuk dijadikan Cawangan Darussyifa' Kemunting.

Keahlian Darussyifa' Kemunting yang pada mulanya hanya 2 orang (Us. Zakaria dan Us Abdul Rahim) kini mula bertambah. Pada tahun 2001, Darussyifa Cawangan Kemunting mula mempunyai tiga orang perawat baru iaitu Us Rais, Us Zaki dan Us. Khairul. Tahun 2006 menyaksikan pertambahan perawat dengan beberapa Ustazah yang dikhususkan untuk merawat pesakit wanita. Kini, Darussyifa' Cawangan Kemunting terus berkembang dengan pertambahan ahli yang kian ramai serta kejayaan menubuhkan beberapa Klinik Darussyifa' seperti Klinik Darussyifa' Parit Buntar (2006), Klinik Darussyifa' Bertam (2008), Klinik Darussyifa' Selama (2008), Klinik Darussyifa' Kuala Kangsar (2006), Klinik Darussyifa' Kulim (2006) dan Klinik Darussyifa' Setiawan. Pertambahan Klinik Darussyifa' ini penting bagi memberi perubatan alternatif yang berasaskan al-Quran dan Hadis agar masyarakat dapat menghindari perubatan yang syirik dan khurafat.


Darussyifa Cawangan Kemunting.


Waktu Rawatan:-


Isnin (Malam- Lepas Maghrib ; 7.00 malam - 11.30 malam)

Selasa (Lepas Asar; 5.30 petang - 7.00 malam)


Jadual Aktiviti Rawatan Pada Hari Isnin:-

7.20* - Solat Maghrib Berjemaah

- Solat Hajat

- Bacaan Yaasin
- Zikir Asas 10

-Solat Isyak Berjemaah

- Tazkirah

- Rawatan Bermula

* Tertakluk pada perubahan waktu solat semasa

Jadual Aktiviti Rawatan Pada Hari Selasa:-

5.30 petang - Rawatan















A

MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI: A.F US ZAKARIA B. NASIRUDDIN @ DIN : 012-4315349