Rabu, 10 Ogos 2011

Tuan Guru Dato Dr. Haron Din Keluar Dari IJN

Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Guru Dato' Dr Haron Din telah pun keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) dan pulang kerumah. Berikut adalah mesej daripada Tuan Guru:-
Assalamualaikum, saya sudah keluar dari IJN dan pulang ke rumah. Selama ditahan di CCU IJN, saya telah melalui tiga prosedur rawatan 1) angiogram, 2) ultrasound angiogram, 3)MRI Laporan pemeriksaan masih dibawah penelitian doktor. Saya dibenarkan pulang untuk berehat dan akan melalui temujanji susulan dengan doktor di IJN. Doktor telah menasihati saya supaya berehat, dan saya akan bercuti beberapa hari. Pulang dari IJN dan berehat di rumah, saya sempat melayari laman web dan facebook Darussyifa'. Saya juga membaca emel-emel dalam google group ahli Darussyifa' Membaca komen yang jumlahnya mencecah ratusan, saya sangat teruja dan terharu dengan ingatan, doa dan kata-kata perangsang daripada tuan-tuan/puan-puan. Saya ucapkan jutaan terima kasih dan Allah sahajalah yang layak membalasnya.

Haron Din 4 Ogos 2011

(dipetik daripada Darussyifa Online)

0 ulasan:

Catat Ulasan