Jumaat, 1 Mei 2009

DARUSSYIFA' CAWANGAN KEMUNTING





Darussyifa' Cawangan Kemunting
Darussyifa' Cawangan Kemunting diasaskan oleh Ustaz Zakaria b. Nasirudin @ Din dan Ustaz Abdul Rahim. Pada mulanya Ustaz Zakaria dan Ustaz Rahim hanya melakukan rawatan di Masjid. Atas permintaan ramai, ustaz kemudiannya mula menyewa sebuah rumah kedai di Taman Lela, Kemunting untuk dijadikan sebagai Darussyifa' Cawangan.

Membuka Klinik Rawatan apatahlagi membuka Cawangan Darussyifa' memerlukan pengorbanan dan kesanggupan yang tinggi. Seperti Cawangan lain, biasanya usaha untuk melakukan kerja-kerja sebegini seringkali dilanda perbagai ujian. Masalah tempat rawatan merupakan antara cabaran besar yang perlu dihadapi. Sunguhpun Ustaz telah mendapat tempat (iaitu sebuah rumah kedai yang disewakan) namun kadangkala timbul beberapa masalah (tidak perlu dinyatakan) sehingga memaksa Ustaz mencari tempat lain yang lebih sesuai. Sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat serta pesanan Tuan Guru agar setiap Klinik atau Cawangan yang dibuka hendaklah dipastikan terus beroperasi menyebabkan Ustaz Zakaria dan Ustaz Rahim mula berikhtiar untuk mendapatkan tempat yang lebih baik. Akhirnya, atas bantuan dan pertolongan Allah, Ustaz telah diberi kemudahan untuk membeli sebuah rumah kedai di Taman Lela untuk dijadikan Cawangan Darussyifa' Kemunting.

Keahlian Darussyifa' Kemunting yang pada mulanya hanya 2 orang (Us. Zakaria dan Us Abdul Rahim) kini mula bertambah. Pada tahun 2001, Darussyifa Cawangan Kemunting mula mempunyai tiga orang perawat baru iaitu Us Rais, Us Zaki dan Us. Khairul. Tahun 2006 menyaksikan pertambahan perawat dengan beberapa Ustazah yang dikhususkan untuk merawat pesakit wanita. Kini, Darussyifa' Cawangan Kemunting terus berkembang dengan pertambahan ahli yang kian ramai serta kejayaan menubuhkan beberapa Klinik Darussyifa' seperti Klinik Darussyifa' Parit Buntar (2006), Klinik Darussyifa' Bertam (2008), Klinik Darussyifa' Selama (2008), Klinik Darussyifa' Kuala Kangsar (2006), Klinik Darussyifa' Kulim (2006) dan Klinik Darussyifa' Setiawan. Pertambahan Klinik Darussyifa' ini penting bagi memberi perubatan alternatif yang berasaskan al-Quran dan Hadis agar masyarakat dapat menghindari perubatan yang syirik dan khurafat.


Darussyifa Cawangan Kemunting.


Waktu Rawatan:-


Isnin (Malam- Lepas Maghrib ; 7.00 malam - 11.30 malam)

Selasa (Lepas Asar; 5.30 petang - 7.00 malam)


Jadual Aktiviti Rawatan Pada Hari Isnin:-

7.20* - Solat Maghrib Berjemaah

- Solat Hajat

- Bacaan Yaasin
- Zikir Asas 10

-Solat Isyak Berjemaah

- Tazkirah

- Rawatan Bermula

* Tertakluk pada perubahan waktu solat semasa

Jadual Aktiviti Rawatan Pada Hari Selasa:-

5.30 petang - Rawatan















A

MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI: A.F US ZAKARIA B. NASIRUDDIN @ DIN : 012-4315349

2 ulasan:

intan_anuar berkata...

salam..saya nak minta alamat klinik di setiawan..terima kasih

Darussyifa' Perak berkata...

Maaf, tiada Klinik Darussyifa' di Setiawan yang ada cuma di Pantai Remis. Untuk makluman, DSOnline sedang menjejaki klinik-klinik yang dibuka seluruh negeri Perak untuk kesahihan statusnya memandangkan terdapatnya klinik yang menggunakan nama DARUSSYIFA' sedangkan ia bukan perawat Darussyifa' mahupun anak murid Us Haron Din. Untuk maklumat Klinik di Pantai Remis hubungi Us Mokti b. Huri 013-5212706

Catat Ulasan