Ahad, 17 Mei 2009

Penyakit Meningitis

Meningitis ialah keradangan pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang. Ia terjadi akibat dari jangkitan virus atau bakteria yang berlaku pada selaput tisu membran yang menyelaputi otak dan cecair serebrospina. Meningitis meningokokal adalah radangan pada selaput sekeliling otak dan saraf tunjang dan boleh membawa kepada meningokokal septisemia (keracunan darah oleh bakteria meningokokus).
Penyakit meningokokal disebabkan oleh bakteria meningococcus Neisseria meningitides. Penyakit Meningokokal berjangkit secara langsung menerusi titisan rembesan respiratori dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.
Penyakit ini kebanyakkannya berlaku di kalangan kanak-kanak berumur bawah 5 tahun. Ia juga kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah dan rapat dengan pesakit, pelancong yang melawat ke kawasan endemik di dunia juga mempunyai risiko yang tinggi.
Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut:-

Sakit kepala yang teruk, demam, loya, muntah, sakit tengkuk, tidak boleh melihat cahaya, ruam dan lain-lain tanda seperti mengantuk dan kebingungan (drownsiness & confusion) Komplikasinya boleh menyebabkan kematian.
5 – 15 % kes dengan terapi sempurna 50% tanpa rawatan 20 % di kalangan pesakit yang selamat mengalami masalah saraf termasuk pekak dan lumpuh. Rawatan Antibiotik chemoprophylaxis (seperti pencegahan penyakit menggunakan antibiotik) adalah disyorkan kepada kontak rapat sahaja. Vaksinasi selepas jangkitan tidak berkesan.
Pencegahan Vaksin meningokokal:-

Vaksin ini dipanggil Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135 Disyorkan kepada pelancong / pelawat yang ke kawasan endemic seperti Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah termasuk Arab Saudi bagi mereka yang mengerjakan haji atau umrah. Diambil 2 minggu sebelum melancong / melawat dan boleh bertahan kira-kira 3 – 5 tahun Imunisasi secara rutin kepada kanak-kanak adalah tidak digalakkan. Boleh didapati di hospital kerajaan, klinik bergerak, poliklinik dan klinik swasta.

0 ulasan:

Catat Ulasan