Khamis, 26 Mac 2020

Hidupkan Majlis Zikir, Solat Hajat dan Qiamullail Dalam Menghadapi COVID-19

Darussyifa' Batu Gajah menyeru masyarakat agar bersama-sama menghidupkan Majlis Zikir, Solat Hajat dan Qiamullail di rumah dengan bermunajjat dan bermohon kepada Allah agar wabak COVID-19 yang melanda negara segera diangkat serta dikurniakan kesembuhan kepada para pengidapnya. Ahli-ahli Darussyifa' di seluruh Malaysia amat digalakkan untuk  turut serta bersama-sama menjayakan di rumah masing-masing dengan dimulai puasa sunat pada hari khamis (26.03.2020) dan diteruskan dengan solat sunat hajjat (selepas berbuka dan solat maghrib) serta menghidupkan majlis zikir dirumah. Semoga usaha bersama ini menjadi asbab kepada kesembuhan dari Allah seterusnya menghilangkan wabak COVID-19 di Malaysia dan seluruh dunia

Rabu, 25 Mac 2020

Program Khidmat Bantu kepada Barisan Hadapan Pasukan Perubatan Dan Keselamatan Menghadapi COVID19

Ahad, 15 Mac 2020

Penutupan Sementara Operasi Darussyifa’ Seluruh Malaysia

Darussyifa’ Batu Gajah akan menutup sementara operasi rawatan sepertimana arahan daripada Darussyifa’ Pusat bagi mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membendung penularan wabak Covid-19. Darussyifa’ Batu Gajah akan beroperasi semula setelah mendapat arahan berbuat demikian daripada Darussyifa’ Pusat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Segala kesulitan amatlah dikesali. Marilah kita bersama-sama berdoa dan bertaubat agar wabak Covid-19 dapat dihindari di Malaysia tercinta. Moga Allah sentiasa memelihara kita