Sabtu, 2 Mei 2009

DARUSSYIFA' CAWANGAN IPOH



 Pusat Rawatan Darussyifa' Cawangan Ipoh
Darussyifa' Cawangan Ipoh mula ditubuhkan sejak tahun 1990-an lagi. Perawat Darussyifa' Ipoh terdiri daripada beberapa orang ustaz, guru dan perbagai profession lain. Antara perawat yang awal adalah S.F Dato' Sheikh Mohammad Nor b. Mansur al Hafiz  (bekas Pengarah JAIP), A.F Tuan Hj Che Leh b. Che Ali, Almarhum Us Roslan b. Shahrom (Bekas Pengarah Sumber Manusia PKNP, Ahli Parlimen Bukit Gantang), A.F Us Najib b. Mat Lazim, Ush Khatijah, Ush Kamariah, A.F Us. Abdul Mutalib, Tuan Haji Zainal (Bekas Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh) dan ramai lagi. AF. Us. Che Leh b. Che Ali, Us Najib b. Mat Lazim, Us. Roslan b. Shahrom, Usth Khadijah dan Ush Kamariah antara kumpulan awal yang aktif melaksanakan rawatan. Selain itu Darussyifa' Ipoh turut mendapat bantuan daripada seorang perawat terawal Darussyifa' Bangi iaitu En Mazlan b. Mat Jai atau lebih dikenali sebagai Us Mazlan @ abang Lan. Sepertimana Darussyifa' lain, Darussyifa' Ipoh juga pernah mengalami masalah dalam menentukan lokasi rawatan.  Sebahagian besar bangunan tersebut di,manfaatkan sebagai Ma'had Tahfiz al-Quran wal Qiraat, dewannya pula digunakan sebagai Pusat Pengajian Taffaqquf Fi Deen anjuran Persatuan Ulama' dan sebahagian kecilnya pula sebagai Klinik Darussyifa'. Persatuan Ulama' Malaysia mendapat sebidang tanah beserta rumah yang diinfaqkan oleh seorang hamba Allah menyebabkan aktiviti Pengajian Taffaqquf Fi Deen yang dilaksanakan telah dipindahkan ke sana. Ma'ahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat pula telah memindahkan operasinya ke bangunan baru yang lebih lengkap di Intitut Tadbir Islam (INTIM) di Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh. Perjalanan kebajikan yang dilaksanakan oleh Darussyifa' dalam memberi rawatan kepada masyarakat telah dipermudahkan oleh Allah apabila Jawatankuasa Masjid memberi keizinan kepada Darussyifa' untuk meneruskan operasinya tanpa dikenakan apa-apa bayaran sebagai satu kebajikan bersama dari pihak Jawatankuasa Masjid Jalan Lapangan Terbang. Jawatankuasa Awal Darussyifa' Cawangan Ipoh terdiri daripada Dato' Sheikh Mohamad Nor b. Mansur al Hafiz sebagai Pengerusi, AF. Us Roslan Shahrom sebagai Penolong Pengerusi, AF. Us Che Leh b. Che Ali sebagai Bendahari dan A.F Us Najib b. Mat Lazim sebagai Setiausaha.

Perkembangan dan sambutan terhadap Darussyifa' makin meningkat menyebabkan keahlian Darussyifa' perlu diramaikan. Pengambilan pelajar kali ke dua yang diadakan di Masjid Sultan Idris Shah 2 (Masjid Negeri) telah menyaksikan seramai hampir 60 orang telah diijazahkan pada tahun 2001. Seramai empat orang daripada 60 orang yang diijazahkan telah tampil ke Klinik Darussyifa' Ipoh untuk membantu merawat para pesakit. Mereka ialah A.F Us Mokti b. Uri (bekas pensyarah Institut Perguruan Ipoh), Tn Hj Tajul Ariffin, Tn Hj Raja Ahmad dan En Saiful Adli b. Samsudin. Sepanjang tahun perkhidmatannya, purata pesakit yang mendapatkan rawatan dari tahun 1990-an hingga ke hari ini (2009) adalah sekitar 40 hingga 70 orang pesakit setiap minggu. Rawatan dilakukan pada setiap hari Ahad bermula jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang. Zikir bulanan pula dilakukan pada hari Sabtu minggu kedua dan keempat.Pada awal tahun 2014 Darussyifa Ipoh berpindah ke Masjid al Aulia, Jalan Kuala Kangsar bagi menyediakan tempat yang lebih selesa.







JADUAL RAWATAN DARUSSYIFA' IPOH
Hari : Ahad Jam : 9.00 pagi - 2.00 petang
JADUAL MAJLIS ZIKIR & SOLAT HAJAT
Hari Sabtu (Minggu Kedua & Keempat)
Solat Maghrib Berjemaah
Solat Sunnat Hajjat
Yaasin
Zikir
Solat Isyak Berjemaah
Bersurai

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI : US. NAJIB B. MAT LAZIM (012-5201140)

1 ulasan:

Dlubuk berkata...

salam, saya dari tapah ingin makluman lanjut mengikuti aktiviti di ipoh, terima kasih

Catat Ulasan