Selain jampi dan mentera, serapah juga turut diungkapkan oleh sebahagian pengamal perubatan tradisional seperti bomoh, pawang, dukun dan bidan. Para pengkaji mendapati perkataan serapah berasal daripada perkataan hindu. Berbanding jampi dan mentera, serapah kandungan ungkapan didalannya didapati lebih banyak mengandungi unsur-unsur hindu seperti menyebut nama-nama dewa atau tuhan kepercayaan mereka serta perkataan-perkataan lain yang mempunyai pengaruh hindu. Selain itu, bahasa yang digunakan didalam serapah juga didapati lebih banyak memperlihatkan ayat kutukan, sumpahan atau ancaman dengan tujuan yang sama seperti tujuan penggunaan mentera terutamanya dalam rawatan melibatkan gangguan makhluk halus mahupun dalam penghasilan sihir. Serapah juga digunakan untuk menghalau makhluk halus yang mendiami kawasan kediaman manusia. Kadang-kala upacara-upacara tertentu diadakan sambil ucapan serapah diungkapkan. Ungkapan kutukan atau sumpahan yang terkandung didalam serapah yang mengandungi kata-kata ancaman dan penderhakaan terhadap dewa, atau tuhan malah disebut juga kata-kata Allah atau nabi dengan tujuan kononnya makhluk-makhluk ini akan meninggalkan kawasan yang dihuninya sebaik sahaja ungkapan ancaman ini disebut oleh pawang, bomoh, dukun dan bidan. Penggunaan nama Allah, malaikat dan rasulullah menunjukkan adanya pengaruh Islam terhadap serapah tersebut. Namun begitu ungkapan-ungkapan ini bukanlah sebagai bukti atau pengesahan bahawa serapah tersebut dibenarkan diguna dalam Islam. Ini kerana dikhuatiri penggunaan nama-nama Allah, malaikat dan nabi tersebut hanyalah sebagai ungkapan semata-mata untuk mengaburi orang Islam. Malah lebih buruk lagi penggunaan kata-kata tersebut dibimbangi akan menyekutukan Allah atau merendah-rendahkan Allah. Penggunaan sumpahan dan cercaan tentunya bertentangan sekali dengan ajaran Islam justeru, penggunaan serapah hendaklah dielakkan. Berikut diperturunkan contoh serapah yang digunakan untuk menghalau makhluk halus: " As-salamu alaykum Hei jin sahabat yang bertujuh Sahabat pertama bernama Si Kupat Kedua pula nama Si kapit, ketiga Si Awat, Yang keempat nama Mawat, Kelima nama Diah, Keenam Nama Deh dan Ketujuh nama Du, Berkat nama Nabi Ibrahim Pergilah Engkau ke tasik tidak ada hulu Disana tempat kediaman engkau Jangan engkau mari lagi Kalau engkau mari lagi Derhaka engkau pada Aku Derhaka engkau pada Allah." Berdasarkan beberapa artikel sebelum ini yang menjelaskan perihal jampi, mentera dan serapah penggunaan jampi mentera atau jampi serapah merupakan gabungan elimen antara jampi dengan serapah bagi membentuk jampi serapah dan elemen jampi mentera bagi membentuk jampi mentera. wallahua'lam |
Rabu, 20 Mei 2009
Perbezaan Antara Jampi, Mentera, Serapah & Jampi Mentera 3
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan