Sabtu, 9 Mei 2009

Tanda-Tanda Gangguan Makhluk Halus

Umumnya gangguan makhluk halus boleh terjadi keatas sesiapa sahaja dengan izin Allah. Kesemua jenis gangguan yang melibatkan jin sama ada berbentuk perlakuan sihir mahupun tindakan jin yang sengaja dilakukan keatas manusia dikategorikan sebagai gangguan makhluk halus kerana simptom atau tanda-tanda yang terdapat pada pesakit tersebut biasanya sama. Antara tanda-tanda penyakit gangguan makhluk halus adalah seperti berikut:-

1. Perasaan takut tanpa sebab-sebab yang dapat dipastikan. Perasaan takut kadangkala merasa seolah-olah diri diperhatikan dari satu arah tentu.
2. Perasaan takut pada masa-masa tertentu terutamanya pada waktu malam bermula selepas maghrib sehingga tengah malam. Sesetengah pesakit mula merasa sejuk pada kedua-dua tangan dan kaki setiap kali waktu malam.

3. Seringkali mendengar bisikan-bisikan tertentu.

4. Sukar tidur malam. Sebahagian pesakit tidak merasa mengantuk, sebagian pesakit meras mengantuk bersangatan namun tidak mampu tidur. Terdapat juga pesakit yang tertidur tetapi tidak dapat melelapkan mata disebabkan seringkali dikejutkan dengan mimpi-mimpi yang menakutkan. Malah sesetengah pesakit tidak dapat tidur disebabkan terasa diri dikejutkan seseorang sedangkan perkara tersebut tidak berlaku.

5. Seringkali dihimpit setiap kali tidur berseorangan.

6. Mimpi yang menakutkan seperti melihat haiwan berbisa (ular) haiwan ganas (harimau, buaya dsb) Biasanya haiwan-haiwan ini berwarna gelap/hitam.

7. Bermimpi orang yang telah meninggal dunia atau bermimpi seolah-olah diri akan mati/berada dalam kubur.

8. Bermimpi jatuh ditempat yang tinggi

9. Bermimpi menyusukan bayi/anak kecil

10. Bermimpi mendapat amalan tertentu dari sumber yang tidak dapat dipastikan

11. Bermimpi melakukan pekerjaan tertentu sehingga kepenatan melakukan kerja tersebut dapat dirasakan sebaik sahaja bangun tidur.

12. Fikiran sentiasa runsing tanpa dapat dikawal
13. Seringkali terlihat kelibat tertentu dan halusinasi.

14. Seringkali lupa atau merasa malas untuk mengerjakan solat dan kewajipan agama

15. Berasa was-was ketika solat atau berwudhuk

16. Merasa marah tanpa sebab-sebab yang munasabah.

17. Jantung sentiasa berdebar-debar tanpa sebab.

18. Merasa benci kepada suami atau isteri serta merasa marah bersangatan tanpa sebab atau disebabkan perkara yang kecil.

19. Melihat wajah suami atau wajah isteri seolah-olah hodoh.

20. Tiada bernafsu setiap kali ingin bersama isteri atau suami.

21. Seringkali terhidu bau wangi atau busuk.

22. Merasa sakit-sakit dibahagian tertentu seperti sendi dan dibahagian belakang badan.

23. Terdapat bonjolan yang menyakitkan dan kadangkala bonjolan ini berubah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Rawatan dengan ayat-ayat al-Quran keatas pesakit ini biasanya akan menimbulkan riaksi berikut:-

1. Kepala atau tangan pesakit akan menggeletar dan menggigil.

2. Mata pesakit mula melilau

3. Pesakit menjerit dan meronta sedangkan perawat hanya memegang dan membacakan ayat al-Quran.

4. Pesakit meracau dan dialog mula berlaku.

5. Pesakit pengsan.

Terdapat juga kes gangguan dimana pesakit tidak menunjukkan tanda diatas ketika proses rawatan dijalankan. Ini bukanlah kerana perawat tidak mampu untuk merawat pesakit. Tetapi ia adalah disebabkan jin yang ada dalam diri pesakit telah lama melakukan tugas jahatnya. Sekiranya ini berlaku, perawat hendaklah istighfar dan berserah kepada Allah dengan membekalkan air doa untuk diminum dan dimandi. Insyaallah pesakit akan sembuh pada rawatan yang akan datang. Perlu diingat, tugas perawat Darussyifa' hanyalah sebagai perawat dan bukan bersifat penyembuh. Jangan sekali-kali merasa takjub ketika merawat sekiranya dialog berlaku dan jangan pula merasa rendah diri sehingga merasakan diri tidak layak untuk merawat hanya kerana tiada respon diberikan pesakit gangguan ketika dirawat kerana sesungguhnya tipu daya jin dan syaitan amat licik sekali. Perawat dilarang sama-sekali mempercayai kata-kata jin ketika proses rawatan dijalankan. Jin akan cuba melaga-lagakan pesakit dengan sahabat handainya atau jirannya atau keluarganya dengan menyatakan dia dibuat oleh sipulan bin sipulan atau orang yang duduk berhadapan rumahnya atau sebagainya. Jin akan berusaha untuk melemahkan usaha perawat sama ada melalui memperleceh perawat, menahan sakit dengan tidak menunjukkan reaksi dan sebagainya dan kadangkala jin cuba sedaya upaya merosakkan ibadah perawat dengan menjerit setiap kali berjumpa perawat tentu dengan tujuan menimbulkan rasa ego, ujub dan riyak keatas diri perawat supaya merasakan dirinya seorang perawat yang bagus dan hebat. Inilah sifat jin yang harus diketahui semua perawat agar sentiasa berwaspada dan merendah diri agar segala usaha rawatan dinilai dengan ganjaran pahala disisi Allah S.W.T.

Para perawat Darussyifa' juga seringkali diingatkan agar tidak melakukan perbuatan kasar yang boleh menyakitkan fizikal pesakit. Jin adalah makhluk yang bersifat tidak berjirim seperti manusia. Oleh itu tindakan perawat yang merawat dengan memicit jari atau dibahagian tertentu, menunjal jari pada mata, menggunakan bahan untuk menekan mana-mana anggota pesakit adalah tindakan bodoh dan sia-sia kerana hanya akan mendatangkan sakit keatas fizikal pesakit serta tindakan ini amat dilarang keras oleh Darussyifa' Pusat serta mengingkari arahan Tuan Guru sendiri. Membaca dan memegang sudah cukup dan memadai untuk menyakitkan jin kerana jin sakit dengan bacaan atas izin Allah dan bukan dengan keganasan fizikal. Terdapat perawat yang cuba mempertahankan tindakannya dengan menyatakan dia hanya memicit dengan pelahan. Perlu dinyatakan ada perawat yang mulanya memicit dengan perlahan. Namun tindakan geram dan marah keatas jin yang degil tanpa disedari perawat berkenaan telah memicit jari pesakit dengan kuat sehingga mendatangkan kesan fizikal. Jauhilah perbuatan yang dilarang wahai para perawat semua.

Wallahua'lam


Saiful Adli b. Samsudin


22 ulasan:

Zaleha Z berkata...

Assalamualaikum. Saya mengalami beberapa simptom seperti yang dinyatakan di atas dusah lama. Saya selalu bermimpi ular, dikejar ular hitam, anjing hitam dan gagak hitam. Selain tu, saya selalu bermimpi jatuh dari bangunan tinggi sejak dari kecil lagi dan ada 2 hingga 3 kali bermimpi menyusukan bayi. Apa yang boleh saya lakukan. Saya juga selalu berdebar-debar sepanjang masa. Saya kini berusia 27 tahun dan mengalami semua ini semenjak bersekolah rendah lagi.

iCAMsTUDiO berkata...

assalamualaikum... antara tanda2 seperti diatas turut dirasai oleh saya sejak akhir2 ini, sejak saya menduduki rumah baru (kini sudah lebih kurang 6 bulan diduduki..) saya juga setakat ini tinggal berseorangan.. pengalaman hari pertama saya duduk..saya begitu sukar melelapkan mata..sehingga ke subuh...walaupun terasa mengantuk. hari kedua saya boleh melelapkan mata tetapi bermimpi perkara menyeramkan antaranya saya bermimpi tido dan terjaga dikawasan perkuburan serta bermimpi berada di tempat gelap lagi suram dan menakutkan. hari ketiga selepas itu (kemuncaknya..) saya mengalami demam seram sejuk selama seminggu..walaupun sudah mendapat ubat demam di klinik... dan kini saya ada juga berasa sakit2 dibelakang...jika tidur masih sukar lelapkan mata.. tapi bila dah lelap.. selalu susah nak bangun (seperti malas nak bangun)..ada kah ada jin dirumah saya? alhamdulillah setakat ini saya xpernah melihat pulak hantu atau lembaga menakutkan..harap pihak Darussyifa` boleh bagi pandangan dan ulasan..

kenu berkata...

assalaimualikum .saya selalu bermimpi ular sejap kecil,dan selalu mimpi ayat2 mentera siam, dan seseorg berckp tp saya tidak faham apa yg org tu ckp

Darussyifa' Perak berkata...

Semua tanda-tanda yang saudara sebutkan tadi merupakan antara tanda-tanda gangguan makhluk halus. Namun demikian, saya tidak dapat menyatakan secara putus. Namun saya menasihatkan saudara agar mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan Zikir bagi melindungi diri dan keluarga.

liha berkata...

Assalamualaikum. Bagaimana kalau bermimpi orang selalu mengekori bayi kita? meminta2 anak kt sehingga kt bersembungi untuk melindungi bayi itu. dan sy selalu rasa nak marah dengan suami saya. selalu juga bermimpi bersetubuh dengan orang yang tidak dikenali.

what the fatin berkata...

Asslamualaikum. Saya sudah dua kali terkena gangguan mahluk halus sejak duduk di asrama. yg pertama kali, seperti yg pihak tuan katakan, perawat menekan-nekan badan saya dan juga menunjal jari pd mata saya. selain itu dia ada juga mggunakan lidi dan mencucuk tapak kaki saya sehingga mninggalkan kesan. sluruh badan saya sakit dan lemah2 selepas rawatan. kali kedua saya kena dalam dua minggu yg lepas. perawat tu juga menekan-nekan dengan kuat dikedua-dua belah pinggang saya hingga lebam dan sampai sekarang saya masih terasa sakit.dia juga ada menyebut saya ada saka tetapi saya tahu dia hanya memandai sahaja. saya berasa terkilan kerana kurangnya ilmu mereka dan menyebabkan saya kesakitan ketika rawatan.

iya nadieyya berkata...

salam..
saya juga mengalami semua tanda2 yang disebut. kadang2 saya ingat itu semua hanya perasaan sy. kadang kala saya nak menunaikan solat namun bagaikan ada sesuatu yang buat saya malas untuk mengerjakan solat. fikiran saya selalu meracau dan tidak tenteram...apakah yang perlu saya lakukan bagi menjauhi gangguan2 itu semua. kerana sampai saat ini saya perlu tidur berteman dan tidur dalam keadaan diterangi cahaya lampu sampai siang...

danial berkata...

Tuan, saya baru memulakan perniagaan agensi pelancongan di Ampang, Sel. Baru sekitar hampir 2 tahun. Sejak itu saya sering sakit, berdebar-debar, kandang kala terasa takut yg tak bersebab dan juga terasa ada kelibat yg sedang memerhati di belakang saya. Saya telah mendapatkan rawatan di klinik biasa dan juga di Ampang Puteri. Namun masih dalam keadaan begini. Semua perasaan ini akan hilang sebentar ketika saya mendengar alunan Al-Quran terutamanya Ayatul Kursi dan Doa menghindar Syaitan. Namun ia akan kembali seketika kemudian. Mohon bantu saya. Terima kasih. Email: mohddanial@delleven.com

Hamba ALLAH berkata...

Assalamualaikum,saya pernah medengar suara orang sedang berdenkur ... waktu itu saya sedang berbual-bual dengan adik saya, pada 11 malam.kami sangat takut ketika kami terdengar suara itu . kami tidak menegurnya.esokkan harinya saya memberitahu ibu saya... tetapi ibu saya tidak tahu apa yang patut dibuat... jadi saya mahu menaya ustaz... adakah itu berbuatan orang atau memang benda itu berada di bilik saya???

umayr berkata...

salamu'alayk..,

menurut cara perubatan darussyifa', perawat adalah dilarang utk melakukan sesuatu yang menyakiti pesakit sewaktu proses rawatan. saya ada seorang sahabat yang mendapatkan rawatan islam kerana dipercayai mempunyai saka.., saya turut menghadiri proses rawatan tersebut, dan saya melihat sendiri perawat menekan anggota sahabat saya dengan sebatang besi (seperti pen), sehingga meninggalkan kesan lebam-lebam. soalan saya, adakah sahabat saya perlu teruskan dengan perawat yang sama.., atau berhenti daripada mendapat rawatan daripada perawat berkenaan?

Raudhatul Mardhiah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Raudhatul Mardhiah berkata...

assalamua'laikum wbt..

saya memiliki 17 drpd 23 tanda gangguan di atas. tanda 1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 9, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 22 dan 23.

saya jg selalu terasa seperti ditindih, terlalu mudah terjaga ketika sedang tidur, bermimpi ular ingin mematuk, bermimpi mendukung bayi, bermimpi jatuh drpd tempat tinggi, bermimpi ahli keluarga menjadi dracula n pelbagai mimpi lain yg menakutkan n tidak masuk akal.

ketika jaga, sy selalu rasa sakit pd tulang belikat, cepat lesu, sering berdebar2 tanpa sebab, terfikir pkr2 remeh shingga jd runsing n terasa sgt benda bergerak2 di perut (spt angin) ketika membaca ayat2 suci quran.

kini, saya jg sangat cepat marah n malangnya tidak mampu mengawal kemarahan tersebut kpd orang yg paling sy sayangi. namun, jauh di sudut hati..sy x berniat menyakitinya n sering menangis krn rasa bersalah terhadapnya. sy bimbang beliau tidak mampu menahan sabar lg dgn sy.

mohon ulasan n pandangan antum. jazakallahu khair..

eida berkata...

Assalamualaikum wbh...

Saya ingin bertanya dgn pihak Darul Syiffa' berkenaan dgn permasalahan yg dihadapi oleh ibu dan adik saya. Ibu saya mengadu semenjak dua minggu ini, badannya sering berasa sakit dan dadanya berasa sgt panas...Selera makannya juga sudah hilang...Adik saya pula sering mengalami sakit pada anggota badan sehinggakan jika dia mendengar azan atau suara orang membaca Al-Quran, sakitnya akan bertambah. Ibu dan adik saya telah pun mendapatkan rawatan daripada seorg ustaz yg mereka kenali. Penyakit mereka hanya hilang buat sementara kemudian datang balik...Apakah yg sebenarnya terjadi ke atas mereka?
Saya amat berharap sekiranya pihak Darul Syiffa' dpt membantu saya.

afi eja berkata...

SALAM..
saya ingin membuat pertanyaan, saya mempunyai seorang adik lelaki. Dia mengadu demam sudah 2 hari dan selama dua hari tidak tidak boleh bangun dan makan,bila makn dia akan muntah semula. Kami sekeluarga telah bawa dia ke klinik dan doktor mengesahkan dia demam biasa. Semalam saya dapat panggilan dari rumah mengatakan dia meracau dan berperangai seperti kebudak-budakan. Kami bawa ke klinik dan doktor kata tidak ada apa2...Apakah sebenarnya yang terjadi pada adik saya, apa langkah utama sekali yg patut kami sekeluarga lakukan sekarang....

Mintak bantuan dan berharap pihak Darussyifak dapat berikan cadangan yg baik untuk menyelesaikan masalah saya ini.

Mr Wit berkata...

Salam..
Saya pernah 2 kali bermimpi harimau putih datang mencari saya..pernah bermimpi seorang yg memakai jubai hijau serban putih melihat saya lalu hilang..dan sy pernah bermimpi ternampak kelibat seseorg yg memakai serban di awan..bermimpi 3 org datang ingin beradu kekuatan ilmu sihir dgn saya.apabila sy bc ayat kursi mereka trus ilang.sdangkan sy tiada amalkn ilmu apa apa pun.atau sy byk tgk movie..adakah ini gangguan jin?

hairan hanisah berkata...

Assalamualaikum..wbh ,kesemua tanda sya pernah alami. Sya pernah ikhtiar berubat dngan bbrpa individu. Skrng berubat sendiri dngan minum air yg di baca 30 juzuk Quran. Mulanya kudis di kepala sembuh, namun berkudis semula bila sya berhenti skejap ambil air trsebut. Rambut sya banyak gugur, dan tidak dpat tinggal satu2 tempat lama (sering berpindah) kerna pilihan sendiri atau tn rumah.2 minggu lepas, sya bermmpi muntah darah dn lendir yg bnyak. Anak bongsu sya juga agak nakal dan tdk fokus belajar. Hbungan dngan teman baru bnyak halangan, wlaupun dah plan berkahwin sejak 3 tahun lalu. wallahu alam..

BidaDaRi LaiCy berkata...

assalamualaikum... sy nak bertanya..sy xpasti samada tnda2 di atas saya pernah rasa cume stkt ni setiap kali malam lebih2 lagi tengah malam saya berasa sejuk sampai mengigil2.. lepas tu saya terjaga sbb kepanasan teramat pulak.. dalam mimpi sy asyik mimpi yg bercampur aduk.sy bgn ase sakit kepala sgt2. ni kire tanda2 dignggu makhluk halus jugak ker?

SAMSURI berkata...

assalamulaikum....gangguan jin yang jahat ..yang bertapak lama didalam tubuh...bagaimana untuk dipulihkan..atau perlu rawatan berterusan...atau bagaimana??/.

SAMSURI berkata...

kesinambungan diatas,,,,
sejauh mana yang berbahagia dr,Dato tuan guru hj harun din,,macam saya ni,sejak remaja...dahulu pernah buat rawatan ,2.,3 orang tok bomoh melayu..kini dah berusia..46tahun ...apabila stress baru-baru ni..penyakit yang lama tu datang kembali..menganggu solat..sampai was-was bilangan rakaat..dalam solat..

shakinah amin berkata...

assalammualaikum.....
saya juga telah banyak kali dirasuk.setelah banyak berubat akhir sekali saya diberitahu bahawa ada orang yang telah menghantar jin ini kepada saya kerana sakit hati .semasa saya dirasuk saya dapat mengenali semua orang,saya juga dapat mendengar apa yang mereka bercakap tetapi mulut , dan angota lain seakan dikunci dan saya tidak dapat berbuat apa2.

amira myra berkata...

assalam...
sy ada mengalami simpton2 sprti diatas..tp tak smua..dlu mase sy kcil sy sllu mmpi benda hitam bergolek mengejar sy..smp skrag bnde tu dah tak ada..tp 2mggu lpas sy ada mmpi bnde yg sma tp swktu dalam jga..slpas dri tu sy trus dganggu ..sy jd ssah nk tido..mmpi jatuh dri tmpat yg tinggi..2kli sy mmpi bermain dgn ular hitam,,dgar bnyi yg plek2..dah 3 ari sy ssuh nk tdo mlm..pdhal sy rse gntuk.. ble sy nk tdo xboleh tido..smp la ke pgi bru sy dpt tdo..bgun dri tdo kple sy rse pening..mlm td sy rse bdebar sgt2..muka sy bpeluh,.bdn sy rse pnas swktu sy selawat dan baca ayt qursi..ape mkne ye ustaz..??yg sy plek sy jd ssah nk tdo swktu di asrma kolej..bila dirumah sy boleh tdo..ape yg perlu sy lkukan..??

Darussyifa' Perak berkata...

Bayakkan zikir dan mohon perlindungan kpd Allah. Amalkan ayat kursyi, zikir dan elok juga supaya tempat tinggal di asrama kolej diubah ke asrama yang lain sebagai ikhtiar untuk mengelakkan gangguan tersebut.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.