Malah perubatan ini juga bersumberkan petunjuk nabi berdasarkan maksud hadis berikut:-
"Hendaklah kamu semua melakukan dua kesembuhan, iaitu dengan menggunakan madu dan al-Quran"
Diriwayatkan oleh A'isyah r.a. Rasulullah s.a.w telah menghembuskan ke atas dirinya ketika sakit yang membawa kewafatan baginda dengan al mu' awwizat. Apabila sakitnya bertambah berat, aku menghembuskannya denga al mu' awwizat kemudian aku sapu dengan tangan baginda sendiri untuk mengambil barakah. Al Zuhri bertanya: Bagaimana cara dia menghembus? Jawabnya: Baginda menghembus ke atas dua tapak tangan kemudia menyapu mukanya dengan kedua-dua tapak tangan itu".
Dari Fatimah binti Muhammad s.a.w bahawasanya rasulullah tatkala ia (Fatimah) hampir bersalin, baginda telah menyuruh Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy datang menemui Fatimah. Maka kedua-duanya membaca ayat Kursi dan ayat inna Rabbukumu 'Llah hingga akhir ayat, disisinya dan mereka berdua meminta perlindungan baginya dengan mu 'awwidhatain.
" Hilangkanlah kesusahan wahai Tuhan manusia dan sembuhkanlah, Engkau adalah penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhanMu, kesembuhan yang tidak diiringi sakit"
Kesemua tindakan serta ayat-ayat doa yang bersumberkan al-Quran, hadis serta tindakan-tindakan yang telah diputuskan harus oleh para ulama yang diamalkan oleh para perawat Darussyifa' serta para perawat lain tentunya tidak boleh dikatakan ianya perubatan tradisional. Darussyifa' bukan mengamalkan rawatan tradisional. Rawatan menggunakan al-Quran dan Hadis bukan rawatan tradisional sebaliknya ia merupakan rawatan Islam yang boleh dikategorikan sebagai rawatan al-Ruqyah al syariah iaitu jampi-jampi atau doa yang berasaskan syariah. Fahamilah sesungguhnya al-Quran bukan tradisi, al hadis juga bukan tradisi...ia adalah universal. Al-Quran adalah wahyu Allah sepanjang zaman dan ia bukan bersifat tradisi yang hanya sesuai dimasa-masa tertentu sahaja. Oleh kerana agama Islam ini bukan tradisi, maka mengklasifikasikan perubatan islam yang berasaskan doa-doa dari al-Quran, doa-doa dari al-hadis serta doa-doa amalan para salafussoleh yang meletakkan kepergantungan kepada Allah semata-mata sebagai perubatan tradisional adalah satu tindakan yang dangkal sekali.
"Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat kecuali satu penyakit, iaitu tua."
"Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit, dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubat, kerana itu hendaklah kamu semua berubat dan jangan berubat dengan benda yang HARAM"
wallahua'lam
Naninu Sakun
PERUBATAN TRADISIONAL. Ya ia menjadi alternatif bagi rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dalam merawat sesuatu penyakit. Kadangkala kita juga menjadi sangsi dengan cara rawatan tersebut. Berbagai hukum telah dikeluarkan oleh para ulamak tentang rawatan tradisional ini namun ia tetap menjadi alternatif bagi merawatnya. Saya sendiri pernah mengalami penyakit yang amat pelik berasa kebas dan panas serta merasa bisa ditangan terutama waktu malam. Saya telah menjalani rawatan di hospital. Berbagai ujian telah dilakukan oleh para doktor untuk mengesan penyakit tersebut namun akhirnya pihak doktor kata saya sihat tidak ada apa2. Pelik, seorang jururawat telah memberi pandangan kepada saya mencuba rawatan tradisional pula. Pada mulanya saya tidak percaya tapi akhirnya saya akur mendapatkan rawatan tradisional.Berbagai tempat telah saya pergi dan akhirnya balik ke Melaka jumpa tok guru lama dan beliau memandikan saya dengan air yang telah dibaca ayat2 Al-Quran, Alhamdulillah saya telah sembuh. Setelah itu saya mula mengkaji rawatan2 tradisional ini seperti pusat perubatan Darul Syifak, Cakra Alam dan bermacam2 lagi hingga jumpa juga dengan bomoh2 yg mampu mengeluarkan barang2 yg ditanam untuk menganiaya orang.Santau, busung antara penyakit2 yang amat ditakuti kena pada setiap kita. Mungkin ada yang menidakkan perkara ini tapi bila dah keluar kaca, paku dari mulut ketika muntah, apakah jawapan doktor tentang perkara ini? Lazimnya, rawatan2 ini biasanya dilakukan oleh orang2 Melayu kita yang kadangkala kita panggil sebagai bomoh. Walau apapun pandangan dan hukumnya tentang perkara ini , hanya Allah Taala yang Maha Berkuasa atas segala2nya kerana Dialah yang menentukan sama ada boleh baik ataupun tidak......wallahuaklam......ANAK KOMANDO REJIMEN 1
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:10 AM
1 ulasan:
Hanya Allah yang menyembuh...carilah kesembuhan dengan kesembuhan yang diredhoiNya.
Catat Ulasan