Isnin, 7 Disember 2009

Toyol Dalam Masyarakat Melayu

Gambar : Beginikah gambaran toyol masyakat melayu (sekadar hiasan)


Toyol dikatakan sejenis makhluk bertubuh kecil mirip seorang kanak-kanak yang berkepala besar. Ia sering dikaitkan dengan kes-kes kecurian. Menurut cerita dari mulut ke mulut dalam masyarakat melayu, toyol dikatakan sering mencuri wang dengan bilangan tertentu. Contohnya sekiranya di dalam peti besi tersebut ada lima keping wang RM 50.00. Maka toyol tidak akan mengambil kesemuanya, sebaliknya hanya mengambil sebahagiannya sahaja iaitu mungkin tiga keping sahaja wang RM 50.00 yang ada di dalam peti besi tersebut. Ia melakukan pekerjaan tersebut tentunya atas arahan pemiliknya. Toyol mampu menghilangkan diri dengan sekelip mata kerana ia merupakan sejenis makhluk halus yang popular dalam masyarakat melayu.

Melihatkan pada gambaran toyol dan perlakuannya melalui cerita-cerita sebegini jelas menunjukkan toyol adalah merupakan jin atau makhluk halus yang juga merupakan makhluk ciptaan Allah. Perkataan toyol hanyalah nama yang diberi oleh masyarakat melayu semata-mata. Pengalaman merawat di Darussyifa' tentunya memberikan pengalaman perbagai dalam membantu masyarakat mengatasi perbagai masalah. Kes-kes kecurian sebegini kadang-kala berlaku dalam suasana yang bermusim. Baru-baru ini seorang pakcik memberitahu akan masalahnya bahawa duitnya sering hilang sama ada di dalam bilik, dalam peti besi yang berkunci mahupun di dalam poket seluarnya sendiri. Hari ini dilihatnya ada RM 100.00 esok sudah tiada lagi walaupun pakcik tersebut merasa penuh yakin bahawa dia tidak pernah membelanjakannya. Kejadian ini dikatakan mula berlaku pada bulan ogos lalu sehingga kini kejadian pelik ini terus menerus berlaku...Jika cerita toyol menunjukkan jin kecil ini mencuri wang dengan meninggalkan sebahagian...kes pakcik ini tidak demikian malah lebih buruk lagi kesemua duitnya dicuri tanpa meninggalkan sedikit pun. "Duit lima sen pun dia ambil ustaz!!!...duit satu sen jer dia tak ambil"...kata pakcik tersebut.. Ustaz tengok ni..saya terpaksa pinkan poket baju saya...takut duit saya hilang" sambil menunjukkan poket bajunya yang dipin.

Sebenarnya kemampuan jin melakukan kerja-kerja mencuri bukanlah satu yang pelik. Sama ada mencuri sepertimana tabiat toyol yang mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain atau mengambil kesemuanya sekali sepertimana kes pakcik diatas, kedua-duanya bukanlah satu perkara yang pelik untuk berlaku. Kajian Darussyifa' juga mendapati jin terlibat mencuri duit manusia dalam tindakan menjayakan kerja-kerja "turun duit" yang sering dilakukan oleh sesetengah bomoh. Penglibatan jin dalam kes-kes kecurian ini dirakamkan dalam sebuah hadis berikut:-
Dari Buraidah ia telah berkata: Aku mempunyai makanan. Maka aku dapati akan ia berkurangan. Lalu aku hendap pada waktu malam. Aku dapati ada lembaga padanya, lalu aku tangkap akan dia. Aku berkata: Aku tidak akan lepaskan dikau hingga aku bawa engkau kepada Nabi s.a.w. Lembaga tadi berkata: Sesungguhnya aku ini adalah seorang perempuan yang banyak keluarga. Aku tidak akan datang lagi. Begitulah yang dilakukan oleh lembaga tadi buat kali kedua dan ketiga. Tiap kali datang aku tangkap ...Akhirnya lembaga tadi berkata: Lepaskan aku...aku akan ajarkan dikau sesuatu apabila engkau baca akan dia nescaya salah satu daripada golongan kami tidak menghampiri barang-barang engkau. Apabila engkau baring di atas tempat tidur bacalah untuk diri dan harta engkau ayat al-Kursyi. Aku telah memberitahu nabi. Baginda telah berkata : Benarlah...walaupun dia pembohong.

Bagi mengatsi permasalahan kecurian dan sebagainya yang dikaitkan dengan tindakan jin seperti toyol dan sebagainya hendaklah dengan banyak memohon kepada Allah akan perlindungan serta banyakan mengamalkan ayatul Qursyi sebagai kaedah pencegahannya. Berjumpalah dengan mereka yang arif dalam membantu menanggani masalah tersebut. Wallahua'lam.
















0 ulasan:

Catat Ulasan