Ahad, 14 Jun 2009

PENGUMUMAN !!!

Klinik Darussyifa' Batu Gajah di Kg Changkat Larang akan dibuka dua kali sebulan


Changkat Larang-15 Jun: Klinik Darussyifa' Changkat Larang mengorak langkah setapak kehadapan dengan menambah waktu rawatan daripada sekali sebulan kepada dua kali sebulan. Klinik Darussyifa' yang mula dibuka di awal tahun 2009 ini akan memulakan operasinya dua kali sebulan iaitu pada setiap hari jumaat minggu pertama dan jumaat minggu ketiga setiap bulan mulai 19 Jun 2009 ini. Jurucakap Darussyifa' Cangkat Larang menyatakan penambahan waktu rawatan ini dilakukan atas permintaan ramai. Klinik Darussyifa' Changkat Larang berkemungkinan akan melakukan rawatan setiap minggu apabila kesemua perawatnya bersedia. Pada awal pembukaannya Klinik Darussyifa' Changkat Larang hanya beroperasi sebulan sekali. Pembukaan sebanyak dua kali sebulan dilihat dapat memudahkan para pesakit mendapatkan rawatan tanpa perlu menunggu pada bulan berikutnya.


0 ulasan:

Catat Ulasan