Seorang pesakit datang mengadu hal kepada saya perihal isterinya yang mula mencari lelaki lain. Isterinya dikatakan mula bercinta dengan seorang lelaki yang jauh muda darinya. Kes ini bukanlah kes pertama malah sebelumnya seorang pesakit yang lain turut mengadu masalah yang hampir sama. Keluarganya hampir bercerai-berai hanya kerana kehadiran orang ketiga. Seorang jejaka yang muda belia!! Jika dulu, isu begini seringkali dilontarkan oleh isteri yang resah gelisah melihat suami mula mencari ganti, kini berlaku sebaliknya. Seorang pesakit datang memberitahu dia sangup lakukan apa sahaja untuk memenangi hati isterinya kembali. Perbagai cara penyelesaian dibuat, namun isterinya tetap dengan tindakannya meneruskan perhubungan dengan lelaki lain. Akibatkan peristiwa itu, kebajikan dan kewajiban terhadap anak-anak mula diabaikan. Pesakit yang datang memberitahu saya, dia pernah meminta ilmu pengasih dari seorang 'ustaz' untuk mempastikan isterinya kembali kepangkuannya! Saya menanyakan apakah ilmu pengasih tersebut? Pesakit itu memberitahu bahawa 'ustaz' tersebut memintanya agar mengamalkan selawat nabi sebanyak 300 kali, ayatul kursyi sebanyak 300 kali dan al-ikhlas sebanyak 300 kali. Selepas mandi junub (mengangkat hadas besar) air yang telah digunakan untuk mandian tadi di ambil dan ditakungkan semula untuk dibuat air minuman dan dicampur dalam masakan untuk diberi kepada siisteri. Pesakit itu menanyakan kepada saya: Boleh ke ustaz buat macam tu ? Saya agak terkejut dengan pertanyaannya serta kaedah pelik daripada bomoh yang bergelar 'ustaz' tersebut!! Saya menjawab: Perbuatan itu haram lagi berdosa kerana memberikan siisteri air sisa daripada mandian tubuh badan. Ia seolah-olah satu penganiayaan keatas siisteri. Bacaan dan amalan yang terdiri daripada al-Quran sengaja dicampur-adukkan agar masyarakat melihat ia sebagai amalan yang tidak bercanggah dengan Islam. Sedangkan Islam tidak pernah mengizinkan perbuatan sedemikian. Sememangnya al-Quran adalah mukjizat dan mampu melembutkan hati manusia. Mampu membuatkan manusia mengasihi dan mencintai sebagaimana kisah Umar al Khattab yang lembut hatinya serta jatuh cinta pada agama ini hanya kerana alunan dan maksud yang dinyatakan oleh al-Quran sebagai kalamullah. Penggunaan al-Quran dalam ilmu pengasih tidak lebih hanya satu bentuk amalan dan permohonan kepada Allah semata-mata. Penggunaan bahan-bahan yang kotor seperti sisa air dibadan, kotoran-kotoran dan sebagainya dicampur aduk bersama bacaan al-Quran adalah merupakan salah satu bentuk sihir yang didatangkan oleh syaitan dalam usaha menyesatkan manusia. Seorang perempuan menelefon saya mengkhabarkan bahawa dirinya baru mendirikan rumahtangga. Dalam usia 18 bulan, dirinya sentisa menjadi mangsa pukulan suaminya. Lebam-lebam akibat pukulan suaminya itu menyebabkan sanak saudara memintanya agar melaporkan kepada pihak berkuasa akan tindakan ganas suaminya. Namun, setiap kali mengigatkan suaminya, dirinya tiba-tiba jatuh kasih dan kasihan sehinggakan terasa seronok amat sangat untuk tinggal bersama suaminya sungguhpun dirinya menderita akibat dipukul tanpa sebab yang khusus. Setiap kali bersama suami dia seolah tidak mampu berkata apa-apa melainkan akan mengikut segala kehendak suaminya. Suatu hari, siisteri telah terjumpa satu mentera yang tertulis namanya dibintikan nama ibunya. Mentera yang membawa erti pengasih itu mengandungi ungkapan kata yang tidak difahami disamping meminta pengamalnya agar mengamalkan beberapa surah al-Quran terlebih dahulu untuk mendapatkan keberkesanannya. Ini semua merupakan contoh-contoh sihir yang diharamkan oleh Islam malah perbuatan ini adalah perbuatan syirik yang menjejaskan aqidah pengamalnya. Menurut Sheikh Wahid Abdul Salam Bali, antara sihir yang seringkali juga digunakan ialah dengan menulis kalimah ayatuk kursyi dalam kalimah yang diterbalikkan dengan menggunakan darah haid. Demikian juga terdapat amalan masyarakat melayu yang menggunakan surah al-ikhlas yang ditulis secara songsang atau diamalkan secara songsang untuk mendapat hajat tertentu. Kesemua ini adalah sihir yang pastinya dijanjikan dengan balasan neraka Allah yang amat dahsyat. Perbuatan mengubah ayat Allah dengan menyongsangkannya seolah-olah Allah silap dalam menurunkan wahyu satu tindakan yang terang-terangan menghina Allah selaku zat yang Maha Mengetahui. Penggunaan bahan-bahan kotor seperti darah haid mahupun sisa-sisa dibadan juga merupakan satu bentuk perbuatan yang menghina ayat-ayat Allah. Hendaklah manusia keseluruhannya meninggalkan amalan-amalan batil tersebut dan rujuklah kepada mereka yang mengetahui sebelum melakukan sesuatu tindakan agar kita selamat di dunia dan di akhirat. Wallahua'lam Saiful Adli b. Samsudin |
Ahad, 14 Jun 2009
Jampi & Mentera: Tipu Daya Jin & Syaitan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan