Sabtu, 24 Januari 2015

Program Zikir Dan Solat Hajat Bulanan Darussyifa' Batu Gajah

Darussyifa' Batu Gajah bersama tuan rumah premis Darussyifa' Batu Gajah telah menganjurkan Majlis Solat Hajat dan Zikir bulanan. Mulai tahun ini, sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat Darussyifa' Batu Gajah yang lalu, program zikir ini akan disertai dengan menjemput anak-anak yatim dari rumah anak-anak yatim berdekatan atau mana-mana sekolah tahfiz di negeri Perak. Sebagai pembukaan pada bulan Januari tahun ini, program ini disertai dari seramai 25 orang anak-anak yatim Darul Salam beserta pengiring. Program bermula dengan makan petang jam 6.30 disusuli dengan solat maghrib berjemaah, solat hajat, majlis zikir dan solat isyak berjemaah. Semoga majlis sebegini dapat memberi manfaat kepada kita semua.



0 ulasan:

Catat Ulasan