Isnin, 25 Julai 2011

Cerita Atau Fitnah Baru Yang Menggelikan

Perbagai tindakan cuba mempopularkan diri dengan perbagai cara. Ada yang melakukan tindakan dengan berceramah ada yang menulis artikel di akhbar, majalah tidak kurang juga di web site, blog dan perbagai lagi. Namun, tindakan mempopularkan diri dan perkumpulan jika dilakukan dengan faktar yang benar barangkali tidak menjadi salah tetapi tindakan sesetengah makhluk yang menggunakan kaedah fitnah dan cerita dogeng yang direka-reka semata-mata untuk meraih simpati dan populariti adalah satu tindakan yang jahat dan penuh dengan sikap kejahilan. Ingatlah dosa memfitnah yang diakitkan antara manusia sesama manusia adalah dosa besar yang hanya diampunkan apabila ia telah memohon ampun dan maaf terhadap orang yang difitnahnya.
Lihat sahaja entri dari Tranungkite Online dengan tajuk "Batu Geliga Ustaz Haron Din Beranak Jadi 2" jelas menunjukkan cubaan pihak-pihak tertentu cuba memburuk-burukkan ulama' yang terkenal dalam bidang syariah, spritual dan pengubatan Islam itu. Aqidah Ustaz Haron Din jelas berdasarkan aqidah yang sebenar. Aqidah yang tidak menyekutukan Allah sepertimana dalam setiap kuliah dan kuliah-kuliah pengubatan yang beliau sampaikan demikian juga jelas sepertimana dalam artikel dan tulisan-tulisan di dalam majalah dan buku-buku khususnya yang diterbitkan oleh pihak Darussyifa'. Justeru Darusstifa Perak Online meminta agar para pembaca berhati-hati dalam menerima setiap artikel berkaitan Ustaz Haron Din dan menilainya dengan sumber yang shahih daripada pihak Darussyifa' mahupun pihak Ustaz Haron Din sendiri. Jika sebelum ini penulis telah paparkan satu contoh fitnah dari sebuah pertubuhan malah tidak mustahil banyak lagi fitnah dilemparkan oleh BOMOH-BOMOH JAHIL kepada ulama' tersebut memandangkan sememangnya para BOMOH yang mengamalkan kaedah Syirik dan Jin amat memusuhi kaedah pengubatan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.
Semoga Tuan Guru Dato Dr Haron Din senantiasa dilindungi dan dikurniakan kesihatan berterusan dalam membantu masyarakat. Semoga kita semua senantiasa dilindungi dan diampunkan Allah.

1 ulasan:

Mr feckry berkata...

tak ape la, mereka nak ckp ape pun..teringat akan doa nabi isa a.s, segala yag di sekeliling ini adalah aset kita untuk mendekatkan diri dengan ALLAH.

Catat Ulasan