
Satu ketika dahulu, di negara kita sering kedapatan di sana-sini oarang menjual kayu kokka dengan beranggapan bahawa kononnya kayu kokka ini dapat menghindarkan pemakainya daripada terkena sihir hanya dengan memakainya. Bukankah tindakan sedemikian juga merupakan satu bentuk pemakainan tangkai? Ingatlah setiap pemakaian tangkai adalah syirik dan sesungguhnya dosa syirik adalah dosa besar yang Allah tidak akan ampunkan. Sebuah hadis menjelaskan perihal tangkal ini seperti berikut:-

Masyarakat Melayu dahulu, apabila ada anak kecil, maka dililitnya benang hitam pada pergelangan tangan atau pada pinggang mahupun pada lehir. Benang hitam ini telah dijampikan terlebih dahulu oleh tok mudim atau bomoh dengan harapan dapat memelihara sibayi yang comel daripada diganggu jin. Sebenarnya tindakan ini amat ditentang oleh Nabi besar kita Muhammad S.A.W sepertimana hadis berikut:-


Masalah gangguan ke atas kanak-kanak yang baru lahir sememangnya diakui nabi. Namun Islam mengajarkan untuk kaedah terbaik untuk keluar dari masalah sebegini adalah dengan bermohon dan bermunajat kepada Allah s.w.t. Malah digalakkan juga menemui mereka-mereka (para ustaz dan perawat Islam) yang memahami kaedah-kaedah yang betul yang tidak bertentangan Islam untuk mengatasi masalah-masalah gangguan sebegini. Jangan sesekali menemui bomoh mahupun 'ustaz' yang menggunakan tangkal atau wafaq atau apa-apa barang seumpamanya kerana sesungguhnya nabi besar kita bersabda:-

Justeru itu hendaklah kita fahami bahawa sesungguhnya dalam mencari kesembuhan mahupun dalam menghadapi masalah, baik disudut perniagaan, keselamat mahupun kesihatan mestilah dipastikan agar sumber dalam mendapatkan kesembuhan tersebut mestilah selaras dengan kehendak Allah serta menjauhi perbuatan-perbuatan yang menjurus kepada Syirik terhadap Allah. Semoga artikel ringkas ini dapat memberi manfaat buat kita semua.
Wallahua'lam
4 ulasan:
salam,
baru2 ini kami didatangi oleh warga pakistan yang menjual mangkuk daripada besi tahan karat (stainless steel) yang diukir dengan ayat-ayat Al-Quran seperti 3 Qul, Yaasin, ayatul Kursi & Asma'ul Husna. Beliau juga mendakwa bahawa air yang dituang ke dalam mangkuk tersebut mampu menyembuhkan penyakit & menghalau makhluk halus dengan izin Allah. Apakah beramal dengannya? bolehkah dijadikan perhiasan? TQ
Mangkuk yang tertulis dengan ayat-ayat al-Quran dengan menggunakan pena zakfaran serta dilarutkan merupakan amalan para ulama dahulu kala dan ianya sememangnya diharuskan. Bagi mangkuk yang di ukirkan dengan ayat-ayat al-Quran dengan tujuan kesembuhan mahupun untuk menghalau makhluk halus dikhuatiri mendatangkan unsur syirik kepada pengamalnya. wallahua'lam
Mangkuk yang tercetak ayat al-Quran hendaklah diletakkan ditempat yang mulia kerana cetakan ayat al-Quran itu. Sama ada ia disimpan untuk perhiasan samalah hukumnya mengangtung ayat-ayat al-Quran didinding yang sering dilakukan orang pada ketika ini. Sesungguhnya al-Quran bukanlah bahan hiasan semata-mata tetapi apa yang lebih penting adalah mengamalkan seluruh isi kandungannya. Wallahua'lam
bagaimana kah kalau tidak meletakkan syirik di tempat pertama tetapi meletakkan Allah SWT kerana kepaksaan ibu bapa
Catat Ulasan