Selasa, 30 Disember 2014

Darussyifa' Batu Gajah Menyumbang Kepada Mangsa Banjir

Darussyifa' Batu Gajah turut membantu mangsa banjir dengan memberi sedikit sumbangan kepada mangsa banjir di Negeri Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan melalui akaun tabung bantuan banjir yang diwujudkan oleh NGO-NGO Islam. Bantuan kewangan ini bagi memanjangkan sumbangan ikhlas para pesakit ketika mendapatkan rawatan. Menurut Pengerusi Darussyifa Batu Gajah, Darussyifa' seluruh Malaysia menawarkan rawatan perubatan berasaskan doa secara percuma kepada para pesakit. Pesakit yang datang biasanya akan memberikan sumbangan ikhlas kepada Darussyifa'. Sebahagian daripada sumbangan inilah yang digunakan oleh Darussyifa' untuk membantu orang ramai sama ada ketika bencana banjir baru-baru ini atau pun kepada pihak-pihak yang memerlukan seperti Pusat Kebajikan, Rumah Anak-anak Yatim, Sekolah Tahfiz mahupun surau yang telah uzur. Melalui konsep sebegini, pesakit yang mendapatkan rawatan bukan sahaja diajar berdoa, bertakarrub kepada Allah dengan amalan sunnat yang dibekalkan, malah turut mendapat pahala dengan bersedekah. Pihak Darussyifa' bergerak atas kebajikan. Para perawat Darussyifa' tidak mengambil keuntungan bersifat keduniaan daripada sumbangan ikhlas tersebut, sebaliknya hanya merawat kerana Allah. Apabila merawat kerana Allah, hanya ganjaran pahala dan keuntunggan ukhrawi lebih diberi perhatian. Darussyifa' Batu Gajah masih belum mampu untuk mengadakan skuad khas yang menghantar sendiri kepada mangsa banjir memandangkan sumber kewangan yang masih terhad. Insyallah skuad khas seperti di Darussyifa' Pusat lakukan baru-baru ini akan diwujudkan apabila sumber dan keadaan mengizinkan kelak. Insya Allah
Skuad Darussyifa' Pusat menghantar sumbangan banjir Pantai Timur

Antara barangan sumbangan