Ahad, 27 September 2015

Pemakluman

Sepanjang Tahun 2015 Darussyifa PRK Batu Gajah telah berjaya melaksana lebih sepuluh (10) program. Namun kesibukan admin telah menyebabkan laporan berkenaan program tersebut tidak dapat dimuatkan di dalam blog Darussyifa' Batu Gajah ONLINE. Program seperti rawatan Khidmat Masyarakat, Majlis Sambutan Aidil Fitri dan perbagai aktiviti lain tidak dapat dikongsikan. Darussyifa' Batu Gajah ONLINE akan cuba mengatasi masalah tersebut agar segala maklumat dan aktiviti Darussyifa' Batu Gajah dapat dikemaskini.

Pusat Rawatan Kecil Darussyifa' Batu Gajah telah berjaya melaksanakan program lawatan mahabbah ke Darusysyfa Waraffahah Negara Brunei Darussalam. Ini merupakan lawatan pertama Pusat Rawatan Kecil Darussyifa' dari Semenanjung Malaysia ke Negara Brunei. Lawaatan disertai Pengerusi PRK Batu Gajah serta beberapa ahli jawatankuasa bagi mengenali lebih dekat Darusysyfa Waraffahah, menghubungkan silaturrahim serta perbincangan berkaitan aktiviti dan rawatan.
Pihak Darussyifa' Batu Gajah berkesempatan menghadiri zikir bulanan serta turut serta dalam program rawatan yang dijalankan selain bertukar-tukar fikiran berkenaan program-program yang dilaksanakan.

Jumaat, 27 Mac 2015

Program Khidmat Masyarakat Di Kg Changkat Ibol


Darussyifa' Batu Gajah telah mengadakan Progran Khidmat Masyarakat di Kampung Changkat Ibol pada 17 Mac 2015. Program bermula jam 3.30 petang dimulai dengan ceramah berkaitan Pengubatan Islam yang disampaikan oleh A.F Ust Shamsul Jamil diikuti dengan program rawatan. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai perubatan Islam. Seramai kira-kira 80 orang hadir untuk mendapatkan rawatan percuma daripada 4 bilik rawatan yang disediakan, Program tamat sekitar jam 6.00 petang.  

Sabtu, 21 Februari 2015

Majlis Zikir dan Solat Hajat Bulan Febuari



Darussyifa' Batu Gajah meneruskan majlis zikir bulanan dan solat hajat bersama pelajar-pelajar tahfiz al quran dari Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat ad Deen, Manjoi. Semoga mendapat keberkatan

Rabu, 18 Februari 2015

Mesyuarat Agung Darussyifa' Negeri Perak


Mesyuarat Agung Darussyifa Perak telah diadakan pada 14.02.2015 bertempat di Dewan Terbuka Hutan Lipur Papan, Batu Gajah. Mesyuarat diraamikan oleh Pengerusi Darussyifa' Malaysia A.F Tn Hj Abdul Rahman b. Ahmad. Antara kandungan mesyuarat termasuk pemakluman SOP Darussyifa' Malaysia serta pelantikan jawatankuasa Darussyifa' Perak. A.F Us Zakaria b. Nasiruddin@Din dilantik sebagai Pengarah Darussyifa' Negeri manakala A.F Us Najib b. Mat Lazim kekal sebagai Timbalan Pengarah. Jawatan Setiausaha diberikan kepada Us Norsid dari Pusat Rawatan Kecil Manjung. Selain perlantikan, turut dimaklumkab mengenai Kelas Perubatan Islam bagi Negeri Perak tahun 2015 yang tutup pengambilannya pada 26.02.2015

Sabtu, 24 Januari 2015

Program Zikir Dan Solat Hajat Bulanan Darussyifa' Batu Gajah

Sabtu, 17 Januari 2015

Pengambilan Pelatih Darussyifa' Negeri Perak Tahun 2015

Program Latihan Amali Rawatan Resdung

Khamis, 1 Januari 2015

Misi Bantuan Mangsa Banjir Darussyifa' Pusat

Selasa, 30 Disember 2014

Darussyifa' Batu Gajah Menyumbang Kepada Mangsa Banjir

Darussyifa' Batu Gajah turut membantu mangsa banjir dengan memberi sedikit sumbangan kepada mangsa banjir di Negeri Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan melalui akaun tabung bantuan banjir yang diwujudkan oleh NGO-NGO Islam. Bantuan kewangan ini bagi memanjangkan sumbangan ikhlas para pesakit ketika mendapatkan rawatan. Menurut Pengerusi Darussyifa Batu Gajah, Darussyifa' seluruh Malaysia menawarkan rawatan perubatan berasaskan doa secara percuma kepada para pesakit. Pesakit yang datang biasanya akan memberikan sumbangan ikhlas kepada Darussyifa'. Sebahagian daripada sumbangan inilah yang digunakan oleh Darussyifa' untuk membantu orang ramai sama ada ketika bencana banjir baru-baru ini atau pun kepada pihak-pihak yang memerlukan seperti Pusat Kebajikan, Rumah Anak-anak Yatim, Sekolah Tahfiz mahupun surau yang telah uzur. Melalui konsep sebegini, pesakit yang mendapatkan rawatan bukan sahaja diajar berdoa, bertakarrub kepada Allah dengan amalan sunnat yang dibekalkan, malah turut mendapat pahala dengan bersedekah. Pihak Darussyifa' bergerak atas kebajikan. Para perawat Darussyifa' tidak mengambil keuntungan bersifat keduniaan daripada sumbangan ikhlas tersebut, sebaliknya hanya merawat kerana Allah. Apabila merawat kerana Allah, hanya ganjaran pahala dan keuntunggan ukhrawi lebih diberi perhatian. Darussyifa' Batu Gajah masih belum mampu untuk mengadakan skuad khas yang menghantar sendiri kepada mangsa banjir memandangkan sumber kewangan yang masih terhad. Insyallah skuad khas seperti di Darussyifa' Pusat lakukan baru-baru ini akan diwujudkan apabila sumber dan keadaan mengizinkan kelak. Insya Allah
Skuad Darussyifa' Pusat menghantar sumbangan banjir Pantai Timur

Antara barangan sumbangan

Ahad, 19 Oktober 2014

Majlis Zikir Bulanan Darussyifa Batu Gajah

Sabtu, 18 Oktober 2014

Program Solidariti Untuk Gaza

Isnin, 2 September 2013

Program Rawat Histeria Di Gunung Rapat

Darussyifa' Perak telah dijemput untuk mengadakan program rawatan kerasukan/histeria yang sering berlaku di Gunung Rapat. Program rawatan ini dipimpin oleh Pengerusi Darussyifa' Perak A.F Us Zakaria b. Nasiruddin. Program dimulai dengan solat maghrib berjemaah, bacaan yaasin, zikir, solat hajat dan solat isyak berjemaah. Diakhir program, Us Zakaria memberikan ceramah kepada para peserta berkaitan kaedah menghadapi masalah kerasukan dan histeria.

Rabu, 8 Februari 2012

Program Hari Keluarga Darussyifa' Ipoh 2011

Aktiviti sukan air kelihatan para perawat ustaz-ustaz yang berendam dalam perlawanan bola tampar
Acara muslimat



Kambing Bakar


Majlis zikir


Solat berjemaah




Darussyifa' Ipoh telah melaksanakan program hari keluarga pada 6 hingga 7 Febuari 2012. Program hari keluarga ini telah dihadiri seramai 14 buah keluarga dengan jumlah penyertaan melebihi 50 Orang. Tahniah diucapkan kepada Darussyifa' Ipoh serta jawatankuasa yang telah bekerjasama menjayakan program tersebut. Tahniah kepada Us Saiful selaku Pengarah Program Hari Keluarga yang dilantik sebanyak empat kali berturut-turut. Turut tahniah kepada Us Najib yang bersusah-payah merealisasikan program pada kali ini serta Us Adib yang menjayakan aktiviti sukaneka. Terima kasih dan tahniah juga atas para peserta yang turut sporting menjayakannya...

Isnin, 5 Disember 2011

PENGUMUMAN !! : Asraf Muslim Tiada Kaitan Dengan Darussyifa'



Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam (Darussyifa') menafikan kenyataan daripada blog-blog tertentu yang menyatakan kononnya pelakon terkenal tanahair Asraf Muslim membuka klinik Perubatan Islam Darussyifa' di Selangor. Darussyifa' ingin menegaskan disini bahawa Asraf Muslim tidak pernah belajar di Darussyifa' serta tidak mempunyai kaitan dengan Darussyifa'. Darussyifa' juga turut tidak terlibat dengan rawatan yang dilakukan oleh Asraf Muslim. Sekian.

Khamis, 15 September 2011

Himpunan Perawat Darussyifa Perak

Adalah dimaklumkan Darussyifa Perak akan menganjurkan program Himpunan Perawat Darussyifa Perak pada 1 hingga 2 Oktober 2011. Program ini akan diadakan di Kem Intan Suraya, Sungai Siput Utara, Kuala Kangsar, Perak. Aturcara program adalah seperti berikut:-
1/10/2011
2.00 ptg - Check In
3.00 ptg ke 4.30 ptg - Kaedah Urut & Refleksiologi
8.00 mlm - Solat Hajat & Zikir
9.30 mlm - 10.30 mlm - Praktikal Urut

2/10/2011
5.45 - Solat Subuh/Tazkirah Subuh
8.30 pg - 10.00 pg - Taklimat Pengerusi Darussyifa' Malaysia
Tn Hj Abdul Rahman b. Ahmad
10.30 pg - 12.30t/h - Ceramah Oleh Us Razak
12.30 T/hari - Makan Tengahari
- Bersurai


*Program adalah khas dan diwajibkan kepada semua perawat Darussyifa' Perak

Jumaat, 9 September 2011

Mesyuarat Agong dan Sambutan Hari Raya Fitrah Darussyifa' Malaysia

Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Fitrah Darussyifa' Malaysia, Bandar Baru Bangi. Kelihatan orang ramai memenuhi ruang di Bangunan Darussyifa' Malaysia.
Ahli-ahli Darussyifa' dan para perwakilan dari seluruh Malaysia hadir dalam Mesyuarat Agong Darussyifa' Malaysia pada hari yang sama jam 9.00 pagi



S.F Tuan Guru Dato' Dr Haron Din sedang menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agong Tahunan Darussyifa' Malaysia. Kelihatan juga saf kepimpinan Darussyifa' Malaysia.






Selasa, 30 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Fitrah (AidilFitri) 1432H

Selamat Hari Raya Fitrah (Aidul Fitri ) 1432H Dari Darussyifa' Perak Online

Jumaat, 26 Ogos 2011

Notis Mesyuarat Agung Darussyifa' Pusat Kali Ke 22



Adalah dimaklumkan Mesyuarat Agung Darussyifa' Kali ke 22 akan diadakan pada tarikh dan masa berikut:-


Tarikh: 4 September 2011 (Ahad)

Tempat: Bangunan Darussyifa' Bandar Baru Bangi


Aturcara Majlis :-

8.00 pg : Pendaftaran dan sarapan pagi

9.00 pg - 12.30 t/hari : Mesyuarat Agung

12.30 t/hari : Jamuan Hari Raya Aidul Fitri



Semua ahli Darussyifa' (Seumur Hidup) dan yang membayar yuran keahlian dijemput hadir.

Mesyuarat insyallah akan dirasmikan oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Selasa, 23 Ogos 2011

Tazkirah Ramadhan:Bersama Tuan Guru Dato' Dr Haron Din



Sabda rasulullah s.a.w mafhumnya: "Alangkah hairannya bagi orang yang telah sampai umurnya kepada bulan ramadhan, apabila habis ramadhan dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya". (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)



Allah S.W.T sangat suka mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya di bulan Ramadan. Maka kedatangan bulan ramadan ini merupakan satu peluang kepada hamba-hambanya yang beriman untuk mendapatkan keampunan daripada Allah.



Banyakkan Beribadat Di Bulan Ramadan



Sesiapa sahaja yang mengambil peluang di bulan ramadan dengan syarat dia beriman dan patuh kepada perintah Allah S.W.T serta mengharapkan ganjaran pahala dan keredhoan Allah S.W.T insya Allah dosa-dosanya yang terdahulu akan diampunkan sebagaimana sabda rasulullah S.A.W mafhumnya Dari Abu Hurairah radiallahu anhu Bahawa Rasulullah Sallahlahualayhi wasallam bersabda: " Barangsiapa melakukan ibadah ramadan kerana iman dan mengharapkan redho-Nya, maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu".



Perbanyakkanlah beribadat di bulan ramadan ini dengan bersedekah kepada fakir miskin, menunaikan zakat, menjamu orang untuk berbuka puasa dan kalau mampu mengerjakan umrah. Menjamu orang berbuka puasa dan mengerjakan umrah di bulan ramadan sangat besar pahalanya sebagaimana sabda rasulullah S.A.W mafhumnya :



"Apabila tiba bulan ramadan maka berumrahlah kamu, sesungguhnya umrah pada bulan tersebut (pahalanya) setanding dengan (pahala) haji". (hadis riwayat Muslim)



"Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperolehi pahala orang yang berbuka itu dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun". (Hadis riwayat Tirmidzi)



Peluang untuk mendapat ganjaran pahala dan mendapat keampunan Allah S.W.T dibulan ramadan sangat jelas. Alangkah ruginya jika kita mengabaikan peluang tersebut.



Lakukan Ibadah Semata-mata Kerana Allah



Bulan Ramadan adalah bulan rahmah, sudahkah perasaan kita, hati sanubari kita sampai kepada menikmati Rahmah Allah itu? Jika amal ibadat yang kita lakukan di bulan Ramadan ini masih terasa tertekan, maka Rahmah Allah masih tidak sampai lagi kepada kita. Beribadatlah semata-mata mencari keredhoan Allah, janganlah melakukan ibadat untuk mendapatkan kepujian manusia kerana jika ini ada dalam hati kita maka akan termasuklah kita dalam golongan munafiqun. Orang-orang munafiq zahirnya sahaja Islam tetapi hatinya tidak sedikitpun beriman kepada Allah S.W.T. Sebagaimana Allah S.W.T menjelaskan perbuatan mereka, mafhumnya firman Allah dalam surah an nisa' ayat 142:-



"Sesungguhnya orang-orang munafiq itu menjalankan tipu-daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan berpura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafiq) Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas, mereka (hanya bertujuan) riyak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang beriman), dan mereka pula tidak mengigati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)" (an-Nisa' :142)



Dua Kebimbangan



Mukmin yang sebenar pasti akan melalui dua kebimbangan. Kebimbangan yang pertama ialah bimbang umur yang telah lalu dan yang kedua ialah bimbang umur yang sekarang hingga akan datang.



a) Adakah kita berasa bimbang dengan amalan-amalan kita yang lepas tidak diterima oleh Allah ? Jika ada perasaan begini, ada baiknya supaya kita agar selalu berdoa dan beristighfar kepada Allah S.W.T



b) Adakah kita pernah diuji dengan ujian yang berat dimasa lampau oleh Allah S.W.T ? Adakah kita merasa bimbang jika diuji oleh Allah pada masa sekarang dan akan datang ? Kebimbangan begini ada baiknya supaya kita sentiasa menjadi orang yang sabar menerima bala dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita.



Jangan gembira dan ketawa melihat orang yang jatuh sepatutnya kita bersyukur kerana kita tidak jatuh. Ujian daripada Allah S.W.T bukan kesusahan sahaja kadangkala kita diuji dengan kesenagan. Ramai yang kadangkala kecundang dengan ujian kesenangan ini. Allah tidak mensyariatkan sesuatu syariat itu tanpa ada kebaikannya.