Rabu, 29 Jun 2011

Seminar Pengubatan Islam

Adalah dimaklumkan bahawa satu Seminar Pengubatan Islam akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:-

Tarikh : 3 Julai 2011 (Ahad)
Tempat : Kolej Multimedia, Kemunting, Taiping
Masa : 8.30 pg hingga 12.30 T/hari
Bayaran : RM 10.00

Pembentang kertas kerja terdiri daripada:-

1. S.F Tuan Guru Dato' Dr Haron Din (Pengasas & Penasihat Darussyifa')
Tajuk : "Sejauh Mana Makhluk Halus Mampu Menyakiti Manusia"

2. Dr Jamnul Azhar b. Mulkan (Pendakwah & Pengamal Perubatan Alophaty)
Tajuk : "Perubatan al-Quran Melengkapi Perubatan Moden"

Seminar akan dirasmikan oleh Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan,
A.F Ustaz Zambri b. Hashim.

Semua dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut hubungi urusetia Ustaz Zakaria b. Nasiruddin di talian 012- 4315349.

Sekian harap maklum.

Rabu, 22 Jun 2011

PENGUMUMAN !!

ADALAH DIMAKLUMANKAN BAHAWA MAJLIS KONVOKESYEN DARUSSYIFA' NEGERI PERAK KALI KE 4 AKAN DIADAKAN DI KOLEJ MULTIMEDIA, TAIPING PADA 3 JULAI 2011. DARUSSYIFA' PERAK MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA GRADUAN YANG BERJAYA MEMPEROLEHI SIJIL IJAZAH PENGUBATAN ISLAM. SEMOGA DENGAN KEJAYAAN INI DAPAT MENINGKATKAN AMAL ISLAMI DALAM MEMBANTU MASYARAKAT SERTA MENDAPAT KEREDHOAN ALLAH HENDAKNYA

Khamis, 9 Jun 2011

PENGUMUMAN !!



PENGUMUMAN!!


MAJLIS PERASMIAN PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA' KEDAH




Adalah dimaklumkan pihak Darussyifa' Negeri Kedah menjemput seluruh ahli-ahli Darussyifa' Perak ke Majlis Perasmian dan Rawatan Bersama Tuan Guru Dato' Dr Haron Din pada 10 Jun 2011 (Jumaat) bertempat di 229 Taman Malaysia, Alor Merah, Kedah Darul Aman.

Isnin, 9 Mei 2011

Tahniah Kepada Para Pelatih Yang Lulus Ujian Tasmi' Darussyifa'



Darussyifa' Perak ingin merakamkan tahniah kepada para pelatih yang telah lulus dan berjaya dalam ujian tasmi' Darussyifa'. Kuliah Pengubatan Islam Darussyifa' bagi ambilan untuk para perawat di negeri Perak ini telah dilaksanakan di PAKAT, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. Kelas pengajian secara mingguan ini memakan masa selama enam belas bulan iaitu setahun setengah untuk ditamatkan melibatkan lima buah buku teks. Para pelatih yang berjaya dalam ujian tasmi' ini berpeluang dicalonkan sebagai perawat pengubatan Islam Darussyifa' yang sah melalui satu Majlis Pengijazahan yang bakal diadakan di Kolej Multimedia, Taiping. Sebanyak 3 ayat asas pengubatan Islam Darussyifa' diwajibkan dihafaz dan diperdengarkan seorang demi seorang dihadapan penguji. Para pelatih yang berjaya menyebutkan setiap ayat dengan betul sebutan, makhraj dan tajwid adalah layak dipertimbangkan untuk menerima ijazah asas pengubatan Islam Darussyifa'. Kuliah Pengubatan Islam Darussyifa' merupakan antara kuliah pengubatan paling sistematik yang pernah diadakan. Sibus pengajiannya mendapat pujian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini kerana antara kandungan kuliah bukan sahaja menekankan kes-kes melibatkan gangguan makhluk halus, malah turut menekankan pengubatan penyakit-penyakit fizikal seperti barah, lelah, sawan, dan sebagainya yang menggunakan doa-doa dari al-Quran, hadis nabi, amalan salafussoleh serta doa-doa yang diijmakkan harus oleh para ulama' untuk diamalkan. Penggunaan bahan herba sebagai medium tambahan dalam kesembuhan juga telah meletakkan Darussyifa' sebagai badan bukan kerajaan yang telah banyak membantu masalah masyarakat. 5 buku teks yang diajarkan banyak menekankan kepentingan kualiti rohani yang tinggi dalam usaha mengharapkan kesembuhan dari Allah. Tenaga pengajar Darussyifa' pula terdiri daripada mereka-mereka yang berpengalaman luas dalam ilmu herba, perubatan spritual dan perubatan moden. Terdapat para pengajarnya merupakan Pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi Awam termasuk di Universiti Putra Malaysia selain pengamal perubatan moden dari Hospital terkemuka di Malaysia. Gabungan ilmu dan kemahiran yang dimiliki para pengajar diharap dapat memberikan keyakinan dan kualiti para pelajar yang diijazahkan kelak. Dari jumlah pelajar yang berdaftar hampir separuh sahaja pelajar yang lulus dalam ujian tasmi' tersebut. iaitu kira-kira 120 pelajar. Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan dan keredhoan Allah di dunia dan akhirat.

Selasa, 26 April 2011

MAKLUMAN !!

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa perubahan/pindaan terhadap senarai klinik rawatan Darussyifa' di Negeri Perak yang pihak Darussyifa' Pusat masih belum dikemaskini. Antaranya ialah Us Saiful Adli b. Samsudin sudah tidak merawat di Darussyifa' Parit Buntar kerana telah bertukar ke Ipoh sejak tahun 2007 lagi. Us. Saiful Adli kini merawat di Klinik Darussyifa' Ipoh di Jalan Lapangan Terbang dan Klinik Darussyifa' Changkat Larang. Untuk maklumat rawatan di Klinik Darussyifa' Parit Buntar, sila hubungi Pengerusi Klinik Darussyifa' Parit Buntar iaitu A.F Us Zulkifli b. Zainon al-Hafiz ditalian 012-3852428. Untuk makluman para pesakit dan pelawat juga, Klinik Darussyifa' di Tambun telah ditutup dan digantikan dengan Sekolah Ma'had Tahfiz al-Quran. Tiada klinik diwujudkan di Tambun buat masa kini dan semua rawatan di Ipoh dan kawasan sekitarnya hanya dilaksanakan di Darussyifa' Jalan Lapangan Terbang pada setiap hari ahad jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Perawat bernama Tn Hj Raja Ahmad sudah tidak berkhidmat di Darussyifa' dan pusat rawatan di Tambun yang menggunakan nama Darussyifa' adalah tiada kaitan dengan Darussyifa' yang diasaskan oleh Tn Guru Dato' Dr Haron Din atau Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia. Harap maklum

Khamis, 21 April 2011

Hadis Rasulullah Tentang Kelebihan Bersedekah



Berikut dinyatakan hadis perihal kelebihan bersedekah yang boleh dihayati:-





Mafhumnya: "Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibadarat berjihad di jalan Allah dan ibarat orang yang bersolat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang yang berpuasa yang tidak pernah berbuka."


(Riwayat Bukhari)




Rabu, 20 April 2011

Keratan Akhbar: Harakah 16-30 Jun 2006 m/s 30



Jumaat, 7 Januari 2011

Hari Keluarga Darussyifa' Ipoh Tahun 2010


Tahniah kepada Jawatankuasa Hari Keluarga Darussyifa' Ipoh 2010 kerana telah berjaya melaksanakan Program Hari Keluarga Darussyifa' Ipoh buat kali ketiga. Untuk pertama kalinya program Hari Keluarga pada kali ini dilaksanakan selama tiga hari dua malam sejak 24 hingga 26 Disember 2010.

Bertempat di Kem Cinta Alam Kelimat, Sungai Siput Utara, Daerah Kuala Kangsar, program pada kali ini telah berjaya mengumpulkan 10 buah keluarga khususnya para perawat yang aktif.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran sekitar jam 3.00 ptg hingga 7.00mlm diikuti dengan program solat maghrib serta zikir berjemaah. Pada hari berikutnya program diserikan dengan qiamullail, solat subuh berjemaah serta tazkirah yang disampaikan oleh A.F Us Anuar yang bertajuk "Penyatuan Fikrah dalam Rawatan". Program Sukaneka Keluarga pula diceriakan dengan suasana kekeluargaan melalui program mencari harta karun yang dirancang dan dilaksanakan pada jam 9.00 pg-1.00 ptg.

Selepas solat Asar, A.F Us Mokthi b. Uri menyampaikan ceramah bertajuk "Komunikasi Berkesan". Program Selepas Maghrib diteruskan dengan Tazkirah oleh A.F Us. Che Leh b. Che Ali yang bertajuk "Peranan Perawat Dalam Konteks Dakwah".

Majlis kemuncak pada malam kedua ini diserikan dengan aktiviti gotong-royong para muslimat dalam menyediakan BBQ serta perasmian Laman Blog serta Face Book Darussyifa' Perak oleh A.F Us. Che Leh b. Che Ali.

Program Hari terakhir diteruskan dengan Solat Subuh berjemaah serta program Usrah yang dikendalikan oleh naqib yang dilantik: A.F Us Mokhti b. Uri. Pernagai input yang disampaikan serta perbincangan dan kata putus yang dapat diambil dalam Usrah yang dilaksanakan. Sukaneka kanak-kanak dan keluarga turut diteruskan sekitar jam 9.00pg hingga 11.00 pg dimana majlis penutup telah disempurnakan oleh Us Mokhti b. Uri.

Majlis diakhiri dengan program gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Program Hari Keluarga serta para peserta bersurai pulang setelah selesai makan tengahari. Sesungguhnya kerjasama yang diberikan antara jawatankuasa yang dilantik merupakan tonggak utama kejayaan Hari Keluarga pada kali ini. Jawatankuasa Induk Hari Keluarga mengucapkan teriama kasih kepada semua peserta dan jawatankuasa serta mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakannya. Tidak lupa juga buat semua peserta dan ahli keluarga masing-masing dalam memeriahkan lagi program tersebut. Semoga hubungan kekeluargaan antara kita sentiasa kekal erat berpanjangan...InsyaAllah.
Buat semua peserta Hari Keluarga Darussyifa' Ipoh tahun 2010, gambar untuk semua peserta telahpun disediakan dalam bentuk CD. Harap maklum


Senarai J/K Program Hari Keluarga Darussyifa' Ipoh Tahun 2010

Pengarah Projek : Akh Saiful
Setiausaha : Us Najib
J/K Pendaftaran & Penginapan : Us Zul
J/K Keselamatan : Us. Kamarul
J/K Makanan : Tn Hj Tajul
J/K Fotografi : Akh Rashidie
J/K Sukaneka : Akh Adib
J/K Siaraya : Akh Saiful
J/K Hadiah : Us. Najib
J/K Kerohanian : Us Mokhti

Selasa, 4 Januari 2011

Beberapa Fatwa Ulama Semasa Mengenai Perubatan Oleh A.F Dr Rushdi Ramli



Soalan 1:

Apakah hukumnya menggunakan ubat-ubatan yang bertujuan untuk menghilangkan atau mengurangkan rasa sakit seperti ubat bius, pelali dan sebagainya?


Jawapan:

Mengambil ubat-ubat tertentu yang bertujuan untuk memberikan rasa tenang dan kerehatan kepada diri pesakit atau yang bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit adalah harus dan tidak berdosa. Ubat-ubatan seperti ini boleh diambil samada sebelum proses rawatan dilakukan atau sebaliknya. Walaubagaimanapun sekiranya ubat-ubatan tersebut termasuk dalam kategori 'bahan yang boleh memabukkan atau menghilangkan akal' maka pengambilannnya adalah tidak dibenarkan iaitu berdasarkan sabda nabi yang bermaksud : "Apa sahaja bahan yang boleh memabukkan maka pengambilannya walaupun dengan kadar yang sedikit adalah HARAM" Justeru, apa sahaja ubat-ubatan yang tidak memabukkan tetapi dapat memberikan rasa tenang atau mengurangkan rasa sakit maka pengambilannya adalah harus.

Jumaat, 24 Disember 2010

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Memasuki Ke Dalam Kaabah Kali Ketiga Pada 21-Disember-2010


Pada hari Selasa, 21-Disember-2010M bersamaan 15-Muharam-1432H, kira-kira pukul 7:00 pagi waktu Makkah (waktu Malaysia 12:00 tgh), Tuan Guru Dato’ Dr.Haron Din telah diberi penghormatan bersama-sama tetamu kerajaan Arab Saudi yang lain untuk memasuki ke dalam Kaabah. Ini adalah kali ketiga Tuan Guru berpeluang memasuki ke dalam Kaabah. Kali pertama pada tahun 2001, kali kedua 5 bulan yang lalu iaitu pada 1 Syaaban 1431H (13-Julai-2010).


Tuan Guru bersama tetamu-tetamu kerajaan Arab Saudi yang lain berpeluang beribadat selama sejam di dalam Kaabah. Tuan Guru keluar dari dalam Kaabah kira-kira pada pukul 8:00 pagi (waktu Makkah). Tuan Guru pergi ke Makkah melalui negara Brunei. Beliau bertolak ke negara Brunei pada hari Khamis 16-Disember-2010 seorang diri. Kemudian berangkat ke Makkah pada hari Ahad 19-Disember-2010 bersama-sama rombongan kerajaan negara Brunei. Tuan Guru dijangka pulang ke tanah air pada hari Jumaat 24-Disember-2010 (Hari ini).


Bila ditanya bagaimana Tuan Guru boleh mendapat jemputan ini, beliauberkata panjang untuk menceritakannya. Semoga Allah SWT memberkati Tuan Guru sekeluarga.

Selasa, 21 Disember 2010

Program Hari Keluarga Darussyifa' Perak Tahun 2010

Program Hari Keluarga Darussyifa' Perak tahun 2010 akan dilaksanakan pada 24 hingga 26 Disember 2010. Bagi ahli-ahli Darussyifa' yang ingin turut serta bolehlah menghubungi Us Rashidie di talian 013-4591844

Darussyifa Perak tealh punyai akaun Facebook


Darussyifa' Perak telahpun mewujudkan akaun Facebook bagi membolehkan para pengguna laman maya dalam mendapatkan maklumat atau berkongsi maklumat tentang Darussyifa' Perak serta aktivitinya. Untuk pertama kalinya blog Darussyifa Perak serta Facebooknya bakal dilancarkan pada malam kemuncak Program Hari Keluarga Darussyifa' Perak yang bakal diadakan pada 24 hingga 26 Disember 2010. Semoga laman ini mendapat sambutan serta memberikan maklumat berguna buat semua pengunjung.

Rabu, 8 Disember 2010

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H




Tuan Guru Dato' Dr Haron Din telah dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor atas sunbangan yang telah diberikan beliau dalam perbagai lapangan Dakwah. Penglibatan beliau dalam bidang dakwah telah bermula sejak dibangku sekolah lagi sehinggalah sekarang. Selain mempunyai kepakaran dalam bidang Syariah, beliau juga merupakan pakar pengubatan Islam dan merupakan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia atau lebih dikenali sebagai Darussyifa' yang beribupejabat di Bandar Baru Bangi. Sehingga kini, Darussyifa' yang diasaskan oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din telah mempunyai ribuan pelajar dan perawat yang terdiri dari perbagai latarbelakang kerjaya di seluruh Malaysia dan Brunei sebagai satu cabang dakwah dalam membantu masyarakat menanggani masalah semasa. Bekas Professor Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia ini pernah menjadi ahli Majlis Penasihat Syariah dibeberapa bank terkemuka seperti CIMB, Public Bank, Bank Negara selain ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor dan Negeri Perlis. Anugerah ini telah disempurnakan oleh Tengku Panglima DiRaja Selangor Tengku Sulaiman Shah al Haj bagi mewakili Sultan Selangor. Turut hadir Menteri Besar Selangor, Barisan Exco sera Mufti Kerajaan Negeri Selangor. Semoga Allah mencurahkan segala kebaikan dan kejayaan buat Tuan Guru dan keluarga serta seluruh pengikut dan para pejuang dalam menegakkan perlaksanaan kalimah Allah di bumi Malaysia tercinta.

Jumaat, 15 Oktober 2010

Program Rawat Institit Teknologi Perak

Taklimat oleh Us. Zakaria b. Nasiruddin

Antara bahan-bahan yang diperlukan


Peserta terdiri daripada para pelajar ITP


Satu program rawat telah berjaya dilaksanakan di Intitut Teknologi Perak (ITP) Ipoh. Program rawat tersebut telah dilaksanakan pada 13.10.2010 (Rabu). Program yang turut disertai para pelajar institut tersebut telah dimulai dengan solat maghrib berjemaah, bacaan yasin dan solat hajjat serta penerangan rawatan oleh Pengerusi Darussyifa' Cawangan Kemunting Us. Zakaria b. Nasiruddin





Khamis, 9 September 2010

Salam Aidilfitri


Salam aidilfitri buat semua mulimin dan muslimat serta pengunjung blog Darussyifa Perak Online. Semoga senantiasa dirahmati Allah

Sabtu, 4 September 2010

GAMBAR PERKEMBANGAN TERKINI RAWATAN JANTUNG TUAN GURU DI STANFORD HOSPITAL CALIFORNIA USA





























Khamis, 19 Ogos 2010

Selamat Ulang Tahun ke 70 Buat Tuan Guru Kita.


Alhamdulillah, pada hari Rabu 18.08.2010M adalah hari ulang tahun kelahiran ke 70 (Mengikut perkiraan kalender Masehi) Tuan Guru kita yang kita sangat kasihi iaitu Tuan Guru Prof. Dato' Dr Haron Din. Semoga Tuan Guru terus dikurniakan kesihatan dan keafiatan oleh Allah hendaknya. Sempena dengan bulan ramadan yang penuh barokah ini, marilah kita bersama-sama mendoakan kesihatan dan keafiatan tuan Guru agar diberikan kemudahan dan nikmat berkekalan serta panjang usia agar dapat memberi manfaat buat semua. Sesungguhnya kita semua masih dahakan ilmu dari Tuan Guru. Terlalu banyak bantuan, tunjuk ajar dan curahan mutiara ilmu dari Tuan Guru yang amat kita semua perlukan. Semoga dengan doa kita semua akan memberi kemudahan kepada Tuan Guru terutamanya dalam menjalani rawatannya kelak. Amin ya rabbal alamin.


Khamis, 12 Ogos 2010

Salam Ramadhan Dari Darussyifa Perak Online


Pengumuman!!


Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Guru Dato' Dr Haron Din akan menjalani rawatan jantung pada awal Ramadhan ini. Justeru itu, program umrah ramadhan bersama Tuan Guru terpaksa dibatalkan. Sekian dimaklumkan.

Khamis, 5 Ogos 2010

Keratan Akbar: 'The Power of Prayer'