Contoh Wafaq
Larangan ini diperkuatkan lagi dengan hadis berikut:-

Contoh Wafaq
Larangan ini diperkuatkan lagi dengan hadis berikut:-






Minuman ringan seperti Coke, Pepsi, Fanta dan perbagai perisa lain amat popular dan mudah didapati dipasaran. Iklan-iklan dikaca televisyen dan majalah terutamanya pada bulan-bulan perayaan seringkali mengambarkan minuman ini amat bermakna. Hakikatnya minuman ringan sebenarnya boleh mengakibatkan perbagai masalah kesihatan seperti osteoporosis (kerapuhan tulang), kegemukan, kerosakan dan kakisan pada gigi serta boleh mengakibatkan kenser. Dr charles Best pernah menyatakan bahawa minuman ringan mempunyai banyak persamaan dengan minuman keras. Sirosis hati telah ditemui dikalangan remaja yang banyak meminum minuman ringan dan penagihan alkohol yang kronik. Minuman ringan 500ml didapati mengandugi kira-kira 15.5 sudu kecil gula. Kandungan ini merupakan dua kali ganda lebih besar berbanding kadar yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu antara 8 hingga 11 sudu kecil sahaja. Gula yang banyak boleh menyebabkan ketagihan dan kegemukan selain memberikan penyakit diabetis (kencing manis) kepada peminumnya. Seorang rakan penulis memberitahu bahawa anaknya amat gemar meminum minuman coke disekolah dan dirumah. Akibatnya, pada usia semuda 16 tahun anaknya telah disahkan mengidapi diabetis. Pemanis tiruan merupakan antara bahan yang biasa didapati dalam minuman ringan antaranya aspartame, sakarin atau sukralos yang mana antara bahan pemanis tiruan ini menghasilkan 200 kali ganda lebih manis daripada gula. Pemanis tiruan boleh meninggalkan beberapa kesan sampingan seperti migrin, tekanan emosi, sakit kepala, lemah ingatan, kekejalan, loya, dan mengkaburkan penglihatan. Malah bagi sesetengah orang, bahan pemanis tiruan turut menyebabkan cirit-birit dan kegatalan pada kulit. Bahan lain seperti kafien tiruan juga boleh memudaratkan dimana bahan ini boleh mengakibatkan ransangan tubuh serta meningkatkan kadar denyutan jantung. Rancangan ini boleh menenangkan fikiran buat seketika namun ransangan berterusan akan menyingkirkan tenaga penting daripada tubuh badan yang membantu menyingkirkan racun yang mencerobohi sistemnya. Kafien dibubuh dalam minuman sebagai bahan penyedap rasa yang boleh menimbulkan ketagihan. Sebuah kajian menunjukkan bahawa minuman ringan terutamanya kola adalah berasid serta memerlukan 32 gelas air beralkali untuk meneutralkannya. Kajian di Britain pada tahun 1993 juga menunjukkan 20% kanak-kanak yang banyak meminum minuman ringan mengalami kakisan pada bahagian dentin (gigi) mereka. Kajian juga menunjukkan sekiranya sebatang gigi dicabut dan direndamkan kedalam minuman berkola, dalam masa dua hari gigi itu menjadi amat lembut akibat kehilangan kalsium. Hasil kajian juga mendapati minuman Pepsi merupakan minuman paling berasid (pH 2.10) diikuti Coke (pH 2.15), Scweppes Grapefruit (pH 2.19), Mirinda Orange (pH 2.35), F&N Anggur (pH 2.53), Sprite (pH 2.87), F&N Original Sarsi (pH 3.22) dan Fizzi Limau Bali (pH 3.69). Kandungan fosforus dalam asid fosforik boleh menganggu imbangan kalsium-fosfat dalam tubuh dan melarut keluar kalsium daripada tulang lalu menyebabkan penyakit kereputan tulang. Fosforus turut melawan asid hidroklorik semulajadi dalam perut sehingga menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik boleh mengakibatkan masalah penghadaman dan kembung perut. Penggunaan bahan pengawet seperti asid benzoik boleh menyebabkan serangan lelah, ruam kulit serta keadaan terlalu aktif bagi sesetengan orang. Perisa tiruan dan pewarna antara bahan yang sememangnya didapati didalam minuman ringan. Pewarna tiruan boleh menyebabkan alahan, tubuh membengkak serta kanser. Para penyelidik percaya pewarna karamel yang terdapat pada minuman kola dapat memberi kesan kepada genetik dan agen kanser.Kandungan natrium dalam sesetengan minuman ringan boleh mengakibatkan penyakit darah tinggi. Berdasarkan fakta diatas, sesungguhnya meminum minuman ringan boleh mendatangkan kemudharatan kepada peminumnya. Sebagai langkah memulakan hidup yang sihat, amat perlu bagi semua pengguna agar menjauhi minuman ringan sebagai mensyukuri nikmat pemberian Allah taala. Sebagai ummat Islam pula seruan boikot keatas barangan keluaran Yahudi dan Amarika juga termasuk dalam keluaran minuman ringan mereka bukan sahaja mendatangkan kesan keatas ekonomi mereka malah menjauhkan diri kita daripada kemudharatan akibat meminumnya. Sesungguhnya menjauhi yang mudharat itu adalah amat dituntut syara' Wallahua'lam ![]() Saiful Adli b. Samsudin Rujukan : Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang |

a) Virus ini dapat masuk ke dalam badan melalui salur darah jika pesakit menerima darah tercemar.
b) Boleh merebak melalui jangkitan seks kerana ia boleh hadir dalam air mani.
c) Merebak daripada si ibu kepada anak yang dikandungnya kerana virus ini melalui dinding uri
Meningitis ialah keradangan pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang. Ia terjadi akibat dari jangkitan virus atau bakteria yang berlaku pada selaput tisu membran yang menyelaputi otak dan cecair serebrospina. Meningitis meningokokal adalah radangan pada selaput sekeliling otak dan saraf tunjang dan boleh membawa kepada meningokokal septisemia (keracunan darah oleh bakteria meningokokus). Penyakit meningokokal disebabkan oleh bakteria meningococcus Neisseria meningitides. Penyakit Meningokokal berjangkit secara langsung menerusi titisan rembesan respiratori dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti. Penyakit ini kebanyakkannya berlaku di kalangan kanak-kanak berumur bawah 5 tahun. Ia juga kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah dan rapat dengan pesakit, pelancong yang melawat ke kawasan endemik di dunia juga mempunyai risiko yang tinggi. Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut:- Sakit kepala yang teruk, demam, loya, muntah, sakit tengkuk, tidak boleh melihat cahaya, ruam dan lain-lain tanda seperti mengantuk dan kebingungan (drownsiness & confusion) Komplikasinya boleh menyebabkan kematian. 5 – 15 % kes dengan terapi sempurna 50% tanpa rawatan 20 % di kalangan pesakit yang selamat mengalami masalah saraf termasuk pekak dan lumpuh. Rawatan Antibiotik chemoprophylaxis (seperti pencegahan penyakit menggunakan antibiotik) adalah disyorkan kepada kontak rapat sahaja. Vaksinasi selepas jangkitan tidak berkesan. Pencegahan Vaksin meningokokal:- Vaksin ini dipanggil Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135 Disyorkan kepada pelancong / pelawat yang ke kawasan endemic seperti Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah termasuk Arab Saudi bagi mereka yang mengerjakan haji atau umrah. Diambil 2 minggu sebelum melancong / melawat dan boleh bertahan kira-kira 3 – 5 tahun Imunisasi secara rutin kepada kanak-kanak adalah tidak digalakkan. Boleh didapati di hospital kerajaan, klinik bergerak, poliklinik dan klinik swasta. |