Selasa, 26 Mei 2009
Majlis Perasmian Penubuhan Cawangan Darussyifa' Negeri Kelantan dan Kelas Pengajian pengubatan islam Darussyifa' pengambilan pertama 2009/2010
Jumaat, 22 Mei 2009
Rabu, 20 Mei 2009
Selasa, 19 Mei 2009
Isnin, 18 Mei 2009
Bahaya Minuman Ringan
Minuman ringan seperti Coke, Pepsi, Fanta dan perbagai perisa lain amat popular dan mudah didapati dipasaran. Iklan-iklan dikaca televisyen dan majalah terutamanya pada bulan-bulan perayaan seringkali mengambarkan minuman ini amat bermakna. Hakikatnya minuman ringan sebenarnya boleh mengakibatkan perbagai masalah kesihatan seperti osteoporosis (kerapuhan tulang), kegemukan, kerosakan dan kakisan pada gigi serta boleh mengakibatkan kenser. Dr charles Best pernah menyatakan bahawa minuman ringan mempunyai banyak persamaan dengan minuman keras. Sirosis hati telah ditemui dikalangan remaja yang banyak meminum minuman ringan dan penagihan alkohol yang kronik. Minuman ringan 500ml didapati mengandugi kira-kira 15.5 sudu kecil gula. Kandungan ini merupakan dua kali ganda lebih besar berbanding kadar yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu antara 8 hingga 11 sudu kecil sahaja. Gula yang banyak boleh menyebabkan ketagihan dan kegemukan selain memberikan penyakit diabetis (kencing manis) kepada peminumnya. Seorang rakan penulis memberitahu bahawa anaknya amat gemar meminum minuman coke disekolah dan dirumah. Akibatnya, pada usia semuda 16 tahun anaknya telah disahkan mengidapi diabetis. Pemanis tiruan merupakan antara bahan yang biasa didapati dalam minuman ringan antaranya aspartame, sakarin atau sukralos yang mana antara bahan pemanis tiruan ini menghasilkan 200 kali ganda lebih manis daripada gula. Pemanis tiruan boleh meninggalkan beberapa kesan sampingan seperti migrin, tekanan emosi, sakit kepala, lemah ingatan, kekejalan, loya, dan mengkaburkan penglihatan. Malah bagi sesetengah orang, bahan pemanis tiruan turut menyebabkan cirit-birit dan kegatalan pada kulit. Bahan lain seperti kafien tiruan juga boleh memudaratkan dimana bahan ini boleh mengakibatkan ransangan tubuh serta meningkatkan kadar denyutan jantung. Rancangan ini boleh menenangkan fikiran buat seketika namun ransangan berterusan akan menyingkirkan tenaga penting daripada tubuh badan yang membantu menyingkirkan racun yang mencerobohi sistemnya. Kafien dibubuh dalam minuman sebagai bahan penyedap rasa yang boleh menimbulkan ketagihan. Sebuah kajian menunjukkan bahawa minuman ringan terutamanya kola adalah berasid serta memerlukan 32 gelas air beralkali untuk meneutralkannya. Kajian di Britain pada tahun 1993 juga menunjukkan 20% kanak-kanak yang banyak meminum minuman ringan mengalami kakisan pada bahagian dentin (gigi) mereka. Kajian juga menunjukkan sekiranya sebatang gigi dicabut dan direndamkan kedalam minuman berkola, dalam masa dua hari gigi itu menjadi amat lembut akibat kehilangan kalsium. Hasil kajian juga mendapati minuman Pepsi merupakan minuman paling berasid (pH 2.10) diikuti Coke (pH 2.15), Scweppes Grapefruit (pH 2.19), Mirinda Orange (pH 2.35), F&N Anggur (pH 2.53), Sprite (pH 2.87), F&N Original Sarsi (pH 3.22) dan Fizzi Limau Bali (pH 3.69). Kandungan fosforus dalam asid fosforik boleh menganggu imbangan kalsium-fosfat dalam tubuh dan melarut keluar kalsium daripada tulang lalu menyebabkan penyakit kereputan tulang. Fosforus turut melawan asid hidroklorik semulajadi dalam perut sehingga menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik boleh mengakibatkan masalah penghadaman dan kembung perut. Penggunaan bahan pengawet seperti asid benzoik boleh menyebabkan serangan lelah, ruam kulit serta keadaan terlalu aktif bagi sesetengan orang. Perisa tiruan dan pewarna antara bahan yang sememangnya didapati didalam minuman ringan. Pewarna tiruan boleh menyebabkan alahan, tubuh membengkak serta kanser. Para penyelidik percaya pewarna karamel yang terdapat pada minuman kola dapat memberi kesan kepada genetik dan agen kanser.Kandungan natrium dalam sesetengan minuman ringan boleh mengakibatkan penyakit darah tinggi. Berdasarkan fakta diatas, sesungguhnya meminum minuman ringan boleh mendatangkan kemudharatan kepada peminumnya. Sebagai langkah memulakan hidup yang sihat, amat perlu bagi semua pengguna agar menjauhi minuman ringan sebagai mensyukuri nikmat pemberian Allah taala. Sebagai ummat Islam pula seruan boikot keatas barangan keluaran Yahudi dan Amarika juga termasuk dalam keluaran minuman ringan mereka bukan sahaja mendatangkan kesan keatas ekonomi mereka malah menjauhkan diri kita daripada kemudharatan akibat meminumnya. Sesungguhnya menjauhi yang mudharat itu adalah amat dituntut syara' Wallahua'lam ![]() Saiful Adli b. Samsudin Rujukan : Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang |
Ahad, 17 Mei 2009
Fakta Penyakit: Hepatatais B

Hepatitis ini merebak melalui jangkitan samada secara:-
a) Virus ini dapat masuk ke dalam badan melalui salur darah jika pesakit menerima darah tercemar.
b) Boleh merebak melalui jangkitan seks kerana ia boleh hadir dalam air mani.
c) Merebak daripada si ibu kepada anak yang dikandungnya kerana virus ini melalui dinding uri
Jangan tercucuk jarum yang tidak selamat
Jangan lakukan seks dengan pembawa virus Hepatitis B
Beri ubat kepada anak di dalam kandungan ibu yang mengidap hepatitis B itu dan melahirkan anak secara pembedahan
Secara aktif
Pelalian boleh didapati di klinik kerajaan dan swasta pada kadar bayaran yang murah
3 kali suntikan, selamat secara umumnya
dapatkan booster selepas 5 tahun
Penyakit Meningitis
Meningitis ialah keradangan pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang. Ia terjadi akibat dari jangkitan virus atau bakteria yang berlaku pada selaput tisu membran yang menyelaputi otak dan cecair serebrospina. Meningitis meningokokal adalah radangan pada selaput sekeliling otak dan saraf tunjang dan boleh membawa kepada meningokokal septisemia (keracunan darah oleh bakteria meningokokus). Penyakit meningokokal disebabkan oleh bakteria meningococcus Neisseria meningitides. Penyakit Meningokokal berjangkit secara langsung menerusi titisan rembesan respiratori dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti. Penyakit ini kebanyakkannya berlaku di kalangan kanak-kanak berumur bawah 5 tahun. Ia juga kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah dan rapat dengan pesakit, pelancong yang melawat ke kawasan endemik di dunia juga mempunyai risiko yang tinggi. Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut:- Sakit kepala yang teruk, demam, loya, muntah, sakit tengkuk, tidak boleh melihat cahaya, ruam dan lain-lain tanda seperti mengantuk dan kebingungan (drownsiness & confusion) Komplikasinya boleh menyebabkan kematian. 5 – 15 % kes dengan terapi sempurna 50% tanpa rawatan 20 % di kalangan pesakit yang selamat mengalami masalah saraf termasuk pekak dan lumpuh. Rawatan Antibiotik chemoprophylaxis (seperti pencegahan penyakit menggunakan antibiotik) adalah disyorkan kepada kontak rapat sahaja. Vaksinasi selepas jangkitan tidak berkesan. Pencegahan Vaksin meningokokal:- Vaksin ini dipanggil Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135 Disyorkan kepada pelancong / pelawat yang ke kawasan endemic seperti Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah termasuk Arab Saudi bagi mereka yang mengerjakan haji atau umrah. Diambil 2 minggu sebelum melancong / melawat dan boleh bertahan kira-kira 3 – 5 tahun Imunisasi secara rutin kepada kanak-kanak adalah tidak digalakkan. Boleh didapati di hospital kerajaan, klinik bergerak, poliklinik dan klinik swasta. |
Sindrom Kurang Daya Melawan Penyakit (AIDS)
Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau lebih dikenali sebagai AIDS (bahasa Inggeris: Acquired Immune Deficiency Syndrome) ialah satu penyakit serius disebabkan oleh virus HIV (bahasa Inggeris: Human Immunodeficiency Virus). AIDS disebabkan oleh virus HIV yang menyerang dan memusnahkan daya ketahanan badan. Seseorang individu mendapat AIDS apabila virus HIV merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Sistem pertahanan badan yang tidak berfungsi menjadikan individu mudah dijangkiti bakteria dan virus-virus lain yang boleh menyebabkan sakit teruk. Asal usul AIDS dan HIV telah menjadi tanda tanya saintis semenjak penyakit itu mula dikenalpasti pada awal tahun 1980an. Kes pertama yang dikenalpasti sebagai AIDS berlaku di Amerika Syarikat pada awal tahun 1980an apabila kebanyakan lelaki homoseksual di New York dan California menunjukkan jangkitan penyakit luar biasa dan kanser yang sukar dirawat. Pada masa itu, AIDS tidak mempunyai nama tetapi jelas pesakit-pesakit tersebut menunjukkan gejala sindrom yang sama. Pada tahun 1982, pegawai-pegawai kesihatan mula mengunakan istilah "acquired immunodeficiency syndrome" atau AIDS untuk menerangkan kejadian-kejadian jangkitan luar biasa ini seperti barah Karposi Sarcoma dan pneumonia di kalangan masyarakat yang sebelum ini sihat. Laporan dan pengesanan pesakit AIDS secara rasmi bermula pada tahun itu di Amerika Syarikat. Pada tahun 1983, para saintis menemui virus yang mengakibatkan AIDS. Virus ini pada mulanya dinamakan HTLV-III/LAV (human T-cell lymphotropic virus-type III/lymphadenopathy associated virus) oleh sekumpulan saintis antarabangsa. Nama ini kemudian ditukar kepada HIV (human immunodeficiency virus). |
Bagaimana HIV Bertindak ?
Lazimnya, sistem pertahanan manusia bertindak sebagai perisai yang melindungi manusia daripada bakteria, virus dan sebagainya. Apabila virus HIV masuk dalam badan, ia mula merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil 'CD4 helper lymphocyte' (sel pembantu CD4). Sel CD4 bertindak sebagai utusan kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh badan yang lain, memberitahu mereka untuk melawan organisma yang menceroboh. HIV melekat dan menjangkiti sel CD4 dan mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam proses ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan lain.
Apabila perisai ini lemah atau hilang, individu terbabit dikatakan dijangkiti AIDS. Mereka yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma. AIDS boleh melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.
Tanda-Tanda Positif HIV
Seseorang yang positif HIV (HIV+) dikatakan mempunyai AIDS apabila daya pertahanan badannya telah dirosakkan oleh virus HIV dan ditimpa jangkitan HIV yang teruk. Tanda-tanda jangkitan HIV dan AIDS mungkin tidak jelas untuk beberapa tahun dan seseorang mungkin tidak mengetahui yang dia telah mendapat penyakit ini. Walaubagaimanapun individu terbabit masih boleh meyebarkan virus HIV kepada orang lain pada peringkat ini. Jangkamasa tanda-tanda ini timbul bergantung kepada individu. Jika individu yang positif HIV tidak mendapatkan rawatan, ia akan mengambil purata 8-10 tahun daripada HIV kepada AIDS.
Terlalu lemah dan lesu
Penurunan berat badan yang mendadak
Demam panas yang kerap
Peluh malam
Kelenjar limfa membengkak
Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut
Cirit-birit yang kronik
Batuk kronik
Hilang ingatan
Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat
Kaedah Sebaran HIV/AIDS
HIV/AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan:-
Perhubungan seks tanpa kondom
Penerimaan darah yang tercemar
Perkongsian jarum suntikan dadah
Dari ibu ke anak semasa mengandung atau pelahiran atau menyusu
HIV/AIDS tidak boleh disebarkan sekadar melalui:-
Perciuman atau berpeluk
Pergaulan harian di tempat awam seperti di sekolah atau tempat kerja
Makan di restoran atau membeli-belah di pasaraya
Berenang di kolam renang awam
Gigitan nyamuk atau serangga lain
Sabtu, 16 Mei 2009
Selsema Babi H1N1: Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan
Situasi Semasa Wabak Swine Fludan langkah-langkah yang diambiloleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sehingga 27 April 2009, mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bertarikh 27 April 2009 berkaitan wabak Swine Influenza A (H1N1), terdapat 40 kes yang disahkan melalui ujian makmal di Amerika Syarikat dan 26 kes di Mexico dengan 7 kematian. Di Mexico juga sebanyak 1,840 kes yang disyaki Swine Influenza A/H1N1 dilaporkan dengan 104 kematian. Kes juga disahkan di Kanada (6 kes), Scotland (2 kes) dan Sepanyol(1 kes), tiada kematian dilaporkan di tiga negara berkenaan. Tiada kes dilaporkan di lain-lain negara. Sementara itu, New Zealand melaporkan sebanyak 25 kes disyaki Swine Influenza A/H1N1. Berdasarkan situasi terkini wabak Swine Influenza, WHO telah meningkatkan amaran Influenza Pandemik daripada Fasa 3 kepada Fasa 4. Peningkatan Fasa ini menunjukkan terdapat kemungkinan berlakunya Pandemik, tetapi ini tidak bermakna pandemik tidak dapatdibendung. WHO juga melaporkan Fasa ini boleh turun ke Fasa 3 atau meningkat ke Fasa yang lebih tinggi bergantung kepada situasi dan maklumat terkini. Fasa 4 ini bermaksud berlaku penularan antara manusia ke manusia dan boleh menyebabkan wabak di kalangan komuniti. Walau bagaimanapun, WHO menyarankan TIADA sebarang tindakan sekatan dari segi kesihatan, perjalanan, dan perdagangan yang perlu dilakukan oleh setiap negara bagi perlindungan kesihatan antarabangsa. Di Malaysia buat masa ini tiada kes yang disyaki memenuhi kriteria penyakit Swine Influenza. Berdasarkan survelan `influenza-like illness’, tiada peningkatan kes dan kes berkelompok (cluster) yang dilaporkan. Bermula pada 26 April 2009, Kementerian Kesihatan telah pun mengambil tindakan-tindakan persediaan yang seperti berikut;- a) Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Swine Flu dengan pihak WHO bagi memastikantindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia. b) Meningkatkan pemantauan ‘influenza-like illness’ di semua peringkat kemudahan kesihatan termasuk kemudahan kesihatan swasta dan kerajaan. c) Kementerian telah mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat Malaysia yang ingin melawat Mexico, USA, Kanada dan negara-negara lain yang terlibat dengan penyakit Swine Flu. d) Saringan tanda-tanda jangkitan Swine Flu di pintu masuk KLIA telah dimulakan pada 27 April 2009 di mana sejumlah 428 penumpang dan krew syarikat penerbangan dari negara/kawasan yang dilanda wabak Swine Flu telah disaring dan diberi Health Alert Card dan Health Declaration Form. Sehingga kini tiada kes yang disyaki dikesan. Saringan kesihatan di semua pintu masuk antarabangsa akan berkuatkuasa mulai 28 April 2009. e) Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Swine Flu untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan. f) Satu mesyuarat Jawatankuasa Teknikal yang melibatkan beberapa agensi yang berkaitan akan diadakan pada 29 April 2009 bagi membincangkan dengan lebih lanjut mengenai langkah pencegahan dan kawalan yang bersepadu. Memandangkan WHO telah meningkatkan tahap wabak daripada Fasa 3 kepada Fasa 4, Kementerian Kesihatan ingin menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan lawatan antarabangsa keluar negara terutamanya ke negara yang sedang dilanda wabak sekiranyatidak perlu dan keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Individu yang jatuh sakit semasa dalam perjalanan antarabangsa dikehendaki mendapatkan rawatan doktor. Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Swine Flu ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat. Maklumat terkini boleh dicapai di laman web Kementerian (www.moh.gov.my). Sekian dan terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. HAJI MOHD ISMAIL MERICAN Ketua Pengarah Kesihatan MalaysiaTarikh: 28 April 2009 |
Ahad, 10 Mei 2009
Sabtu, 9 Mei 2009
Bersama Tn Guru Dato' Dr Haron Din: Tips Elak Histeria
Tn Guru Dato' Dr Haron DinKejadian histeria adalah fenomena yang sering berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah, amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit. Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama mahupun orang awam, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat. Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus. Demikian saranan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din ketika diminta mengulas berhubung kejadian histeria di sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat kejadian Histeria. Beliau turut menjelaskan beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku 'breakdown' pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) belajar yang terlalu tinggi di samping kelemahan seseorang mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria. "Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus," katanya yang kini berada di Langkawi ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. "Selain itu, akibat manusia yang menceroboh kawasan 'mereka' hingga mereka datang 'membalas' pula. "Dan fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah-sekolah agama, sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di kilang-kilang serta tempat orang berkenduri kendara," kata pengamal perubatan Islam itu. 'Pindahkan' makhluk halus ke kawasan lain Ini menjelaskan lagi katanya bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia sahaja malah turut dihuni oleh makhluk-mahkluk lain juga yang dikenali dengan pelbagai nama dan oleh yang demikian manusia sewajarnya tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan 'mereka' atau lebih baik lagi berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari dari gangguan jin syaitan mahupun makhluk halus. "Sebaik-baiknya sebelum buat bangunan atau sekolah di satu-satu kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun 'memindahkan' makhluk tersebut ke kawasan yang lain," katanya. Beliau turut menjelaskan bahawa Rasullulah juga turut berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada diganggu oleh makhluk yang mendiami alam ghaib ini. Doa tersebut katanya berbunyi begini: "Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka." Sebelum itu, Mufti Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abd Wahid, yang turut mengulas kejadian terbabit dilaporkan berkata bahawa apabila seseorang takut kepada syaitan dan makhluk halus seperti jin, ia hanya akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak. Jangan tinggal solat. "Kita ambil contoh, kadang-kadang pelajar yang tinggal di asrama, khususnya pelajar perempuan, sering ditakut-takutkan dengan kewujudan 'penunggu' di bilik air dan disuruh berhati-hati sehingga akhirnya mereka percaya," katanya. Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar di sekolah berkenaan tidak meninggalkan solat dan menjaga disiplin dan apabila seseorang meninggalkan solat, amat mudah syaitan mengganggu menyebabkan kejadian seperti histeria. Mohd Tamyes yang mempunyai pandangan yang sama dengan Haron Din berkata, mahkluk halus seperti jin berada di sekeliling manusia, cuma ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Seperti manusia, katanya, ia memiliki tempat tinggal dan selalunya menghuni rumah yang ditinggalkan kosong. "Semua pelajar perlu berhati-hati dan mempunyai kekuatan diri supaya tidak mudah dirasuk serta tidak mudah takut dengan gangguan syaitan dan iblis",katanya -Sumber : Harakahdaily.net |
Etika Pengubatan Islam (Darussyifa')

Setiap perawat Darussyifa' hendaklah menghayati dan mematuhi etika pengubatan Islam yang telah ditetapkan iaitu:- 1. Setiap penyakit ada ubat. Usaha adalah ikhtiar manusia, manakala kesembuhan adalah hak Allah 2. Setiap pesakit berhak mendapatkan rawatan tanpa batasan waktu. 3. Ikhlas adalah sifat utama yang mesti dimiliki, manakala kesabaran, keyakinan, kejujuran, berakhlak mulia dan amanah memantapkan kemustajaban doa. 4. Usaha rawatan adalah ibadah. Segala perlaksanaaan mesti selaras dengan hukum syarak. 5. Elakkan fitnah ketika melakukan rawatan dan berinteraksi. Pesakit perempuan mesti menutup aurat dan ditemani oleh waris. 6. Konsep dan pemahaman kaedah rawatan perlu dihayati dengan jujur dan yakin. Sandarkan segala harapan kepada Ihsan Ilahi semata-mata. 7. Penonjolan diri adalah dilarang, manaka rawatan hanya diberi ketika diminta. 8. Perawat mesti amanah memelihara kepercayaan pesakit, keluarga dan masyarakat. Elakkan perlakuan yang melibatkan kepentingan peribadi manaka rawatan dilakukan tanpa perbezaan jantina dan martabat diri. 9. Rahsia pesakit adalah satu amanah dan sulit dan hanya perlu untuk kepentingan rawatan sahaja. Jauhkan penerangan yang tidak jelas/samar bagi mengelakkan kekeliruan. |
Jumaat, 8 Mei 2009
Sabtu, 2 Mei 2009
Jumaat, 1 Mei 2009
DARUSSYIFA' CAWANGAN KEMUNTING

Darussyifa' Cawangan Kemunting diasaskan oleh Ustaz Zakaria b. Nasirudin @ Din dan Ustaz Abdul Rahim. Pada mulanya Ustaz Zakaria dan Ustaz Rahim hanya melakukan rawatan di Masjid. Atas permintaan ramai, ustaz kemudiannya mula menyewa sebuah rumah kedai di Taman Lela, Kemunting untuk dijadikan sebagai Darussyifa' Cawangan. Membuka Klinik Rawatan apatahlagi membuka Cawangan Darussyifa' memerlukan pengorbanan dan kesanggupan yang tinggi. Seperti Cawangan lain, biasanya usaha untuk melakukan kerja-kerja sebegini seringkali dilanda perbagai ujian. Masalah tempat rawatan merupakan antara cabaran besar yang perlu dihadapi. Sunguhpun Ustaz telah mendapat tempat (iaitu sebuah rumah kedai yang disewakan) namun kadangkala timbul beberapa masalah (tidak perlu dinyatakan) sehingga memaksa Ustaz mencari tempat lain yang lebih sesuai. Sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat serta pesanan Tuan Guru agar setiap Klinik atau Cawangan yang dibuka hendaklah dipastikan terus beroperasi menyebabkan Ustaz Zakaria dan Ustaz Rahim mula berikhtiar untuk mendapatkan tempat yang lebih baik. Akhirnya, atas bantuan dan pertolongan Allah, Ustaz telah diberi kemudahan untuk membeli sebuah rumah kedai di Taman Lela untuk dijadikan Cawangan Darussyifa' Kemunting. Keahlian Darussyifa' Kemunting yang pada mulanya hanya 2 orang (Us. Zakaria dan Us Abdul Rahim) kini mula bertambah. Pada tahun 2001, Darussyifa Cawangan Kemunting mula mempunyai tiga orang perawat baru iaitu Us Rais, Us Zaki dan Us. Khairul. Tahun 2006 menyaksikan pertambahan perawat dengan beberapa Ustazah yang dikhususkan untuk merawat pesakit wanita. Kini, Darussyifa' Cawangan Kemunting terus berkembang dengan pertambahan ahli yang kian ramai serta kejayaan menubuhkan beberapa Klinik Darussyifa' seperti Klinik Darussyifa' Parit Buntar (2006), Klinik Darussyifa' Bertam (2008), Klinik Darussyifa' Selama (2008), Klinik Darussyifa' Kuala Kangsar (2006), Klinik Darussyifa' Kulim (2006) dan Klinik Darussyifa' Setiawan. Pertambahan Klinik Darussyifa' ini penting bagi memberi perubatan alternatif yang berasaskan al-Quran dan Hadis agar masyarakat dapat menghindari perubatan yang syirik dan khurafat. Darussyifa Cawangan Kemunting. Waktu Rawatan:- Isnin (Malam- Lepas Maghrib ; 7.00 malam - 11.30 malam) Selasa (Lepas Asar; 5.30 petang - 7.00 malam) Jadual Aktiviti Rawatan Pada Hari Isnin:- 7.20* - Solat Maghrib Berjemaah - Solat Hajat - Bacaan Yaasin - Zikir Asas 10 -Solat Isyak Berjemaah - Tazkirah - Rawatan Bermula * Tertakluk pada perubahan waktu solat semasa Jadual Aktiviti Rawatan Pada Hari Selasa:- 5.30 petang - Rawatan |
A |
MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI: A.F US ZAKARIA B. NASIRUDDIN @ DIN : 012-4315349
Rabu, 29 April 2009
Tn Guru Menerima Anugerah Tokoh Pendakwah Selangor 2009


"Ini adalah satu penghargaan untuk saya. Saya hanya diberitahu pagi semalam dan saya tidak ada pilihan lain selain daripada menerimanya dengan besar hati. Jika perkara ini dirunding lebih awal, sudah tentu saya akan mengesyorkan orang lain yang jauh lebih layak daripada saya".
"Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor di atas penghargaan tanpa dipinta ini. Dakwah dirasakan semakin penting untuk dikembang dan diperluaskan untuk segenap lapisan masyarakat tidak kira generasi tua atau muda."
"Masalah anak luar nikah, derhaka kepada ibu bapa dan hidup berfoya-foya tanpa menghiraukan peraturan agama dan undang-undang hanya akan mengundang bala bencana yang besar kepada negara pada masa depan."
"Oleh kerana itu perhatian khusus mestilah diberikan kepada golongan muda ini bagi mendekatkan mereka kembali kepada jalan kebenaran iaitu hanya kembali kepada ALLAH sahajalah jalannya."
