Sejak akhir-akhir ini, kita sering kelihatan media mula mempromosikan budaya dan amalan karut marut sehingga membawa kepada perkara syirik dan khurafat. Penonton dibuaikan dengan segala macam kisah kehidupan yang dikaitkan dengan aktiviti pembomohan, penggunaan jin serta kisah-kisah seram yang dikaitkan dengan pembalasan dendam roh simati diatas penganiayaan yang dilakukan keatasnya. Kesemua kisah tersebut kononnya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata dengan beralasankan bahawa kononnya masyarakat kini sudah bijak menilai antara baik dan buruk serta antara realiti dan fantasi. Sikap sebegini tanpa disedari telah menanam satu kefahaman syirik dan tahyul dalam masyarakat kononnya roh bebas bergerak seolah-olah dapat berhubung dengan mudah dengan alam realiti sedangkan hakikatnya al-Quran merakamkan sebaliknya. Sesungguhnya manusia hanya diberitakan perihal roh dengan pengetahuan yang amat sedikit. Firman Allah: " Mereka bertanya kepada engkau tentang roh! Katakanlah (Wahai Muhammad) bahawa roh itu adalah dari urusan Tuhanku dan kamu tiada diberikan pengetahuan mengenainya melainkan sedikit sekali" (al Isra': 85) Sesungguhnya perjalanan hidup manusia yang akan melalui beberapa peringkat alam dimana diantara satu alam dengan alam yang lain amat sukar untuk ditembusi. Perjalanan roh dari alam barzakh ke alam dunia hanya boleh terjadi atas izin Allah sebaliknya filem yang dipaparkan oleh media menunjukkan betapa mudahnya roh kembali kedunia hanya semata-mata untuk membalas dendam. Media sama ada media cetak mahupun media elektronik kini sering melariskan jualan mereka dengan filem atau kisah hantu serta perbagai kisah mistik yang mana sebagiannya menyelitkan upacara-upacara ritual pembomohan yang secara tidak langsung telah mempromosikan aktiviti syirik dan khurafat. Terdapat juga filem-filem yang diimpot dari negara jiran yang menggambarkan seorang imam atau ahli dalam agama yang handal merawat kes-kes berkaitan sihir namun kaedah rawatan dan cara imam tersebut menanggani masalah tersebut didapati tidak selaras dengan hukum syarak. Imam digambarkan mempunyai kuasa luar biasa malah kadangkala ia handal bersilat serta menggunakan keris serta peralatan tertentu yang kadang-kala dilihat mirip kepada upacara pembomohan. Hanya gelaran dan pakaian yang membezakan semata dan ini tentunya mengelirukan lagi masyarakat erti pengubatan Islam sebenar. Filem dari negara jiran didapati banyak unsur-unsur Islam Liberal yang mencampuradukkan amalan Islam dengan perbuatan yang bertentangan dengannya. Solat dan ibadah lain dilakonkan seolah-olah boleh dipermain-mainkan. Doa sambil menitis air mata tak ubah seperti melihat filem-filem bollywood yang bermohon dihadapan berhala. Agama ini dipermain-mainkan dalam lakonan sedang pelakonnya sendiri tidak dapat dipastikan apakah agamanya Islam atau sebaliknya. Filem tempatan kini nampaknya kian meniru filem yang diimpot dari negara jiran mungkin disebabkan sambutan filem begini yang kian mendapat tempat. Filem yang memaparkan penggunaan sihir dan ilmu hitam dalam merebut kekasih hati, perniagaan dan sebagainya menyebabkan amalan sebegini mula subuh kembali setelah ianya hampir-hampir pupus akibat kematian pengamalnya serta kurang pendedahan masyarakat mengenainya. Rancangan dokumentari yang menyelongkar misteri pendukunan dan pembomohan turut membantu mempromosikan amalan syirik dan khurafat tanpa disedari turut menyumbang kepada suburnya amalan tersebut di Malaysia. Sungguhpun diakhir rancangan, penerbit turut menyiarkan pesanan daripada ustaz-ustaz agar penonton menjauhi pembomohan, namun kebanyakan penonton biasanya hanya tertarik kepada kisah dan kehebatan bomoh yang dipaparkan sehinggakan sangup mencari lokasi pengambaran dokumentari tersebut. Usaha para ulama' dahulu sehingga kini yang menentang amalan ini hampir berjaya namun kewujudan filem, cerita dan dokumentari berkaitan telah menyebabkan berlakunya sebaliknya. Adalah tidak patut sama sekali negara kita yang sedang menuju ke arah negara maju yang mana pemikiran masyarakatnya lebih kepada logik dan sains yang mana sepatutnya amalan sebegini tidak wujud sama sekali namun ianya adalah sebaliknya. Sebahagian ahli politik negara mendapat khidmat bomoh hanya kerana untuk mendapatkan undi dan tempat atau sebagainya maka berlakulah kes-kes pelik sepertimana di Negeri Pahang suatu ketika dahulu. Demikian juga kes para artis yang dikatakan memakai susuk untuk kelihatan cantik selamanya serta mudah mendapatkan tawaran. Penggunaan tangkal untuk mat-mat rempit serta penggunaan tangkal, azimat, wafaq dan sebagainya untuk tujuan pendinding serta pelaris perniagaan. Bomoh pada hari ini tidak malu dan segan lagi mengiklankan diri mereka dengan perbagai gelaran seperti Mahaguru, Raja Bomoh dan perbagai gelaran lain sambil menunjukkan kehebatan mereka sama ada di akbar, majalah dan flyers yang dihantar dari rumah ke rumah. Malah ada yang berselindung dengan mendakwa diri sebagai Ustaz, Tok Kiyai, Dato', Professor dan sebagainya yang kononnya mereka menawarkan khidmat perubatan tradisional islam sedangkan kaedah yang digunakan adalah sebaliknya. Kesemua perbuatan ini adalah syirik dan khurafat serta menjerumuskan pengamalnya kepada dosa dan neraka Allah S.W.T. Firman Allah: " Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa selain Syirik bagi orang-orang yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah membuat dosa yang besar" ( an Nisa: 48) " Seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan" (al An am: 88) Wallahua'lam -Saiful Adli b. Samsudin |
Ahad, 10 Mei 2009
Sabtu, 9 Mei 2009
Bersama Tn Guru Dato' Dr Haron Din: Tips Elak Histeria
Tn Guru Dato' Dr Haron DinKejadian histeria adalah fenomena yang sering berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah, amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit. Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama mahupun orang awam, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat. Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus. Demikian saranan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din ketika diminta mengulas berhubung kejadian histeria di sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat kejadian Histeria. Beliau turut menjelaskan beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku 'breakdown' pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) belajar yang terlalu tinggi di samping kelemahan seseorang mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria. "Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus," katanya yang kini berada di Langkawi ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. "Selain itu, akibat manusia yang menceroboh kawasan 'mereka' hingga mereka datang 'membalas' pula. "Dan fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah-sekolah agama, sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di kilang-kilang serta tempat orang berkenduri kendara," kata pengamal perubatan Islam itu. 'Pindahkan' makhluk halus ke kawasan lain Ini menjelaskan lagi katanya bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia sahaja malah turut dihuni oleh makhluk-mahkluk lain juga yang dikenali dengan pelbagai nama dan oleh yang demikian manusia sewajarnya tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan 'mereka' atau lebih baik lagi berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari dari gangguan jin syaitan mahupun makhluk halus. "Sebaik-baiknya sebelum buat bangunan atau sekolah di satu-satu kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun 'memindahkan' makhluk tersebut ke kawasan yang lain," katanya. Beliau turut menjelaskan bahawa Rasullulah juga turut berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada diganggu oleh makhluk yang mendiami alam ghaib ini. Doa tersebut katanya berbunyi begini: "Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka." Sebelum itu, Mufti Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abd Wahid, yang turut mengulas kejadian terbabit dilaporkan berkata bahawa apabila seseorang takut kepada syaitan dan makhluk halus seperti jin, ia hanya akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak. Jangan tinggal solat. "Kita ambil contoh, kadang-kadang pelajar yang tinggal di asrama, khususnya pelajar perempuan, sering ditakut-takutkan dengan kewujudan 'penunggu' di bilik air dan disuruh berhati-hati sehingga akhirnya mereka percaya," katanya. Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar di sekolah berkenaan tidak meninggalkan solat dan menjaga disiplin dan apabila seseorang meninggalkan solat, amat mudah syaitan mengganggu menyebabkan kejadian seperti histeria. Mohd Tamyes yang mempunyai pandangan yang sama dengan Haron Din berkata, mahkluk halus seperti jin berada di sekeliling manusia, cuma ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Seperti manusia, katanya, ia memiliki tempat tinggal dan selalunya menghuni rumah yang ditinggalkan kosong. "Semua pelajar perlu berhati-hati dan mempunyai kekuatan diri supaya tidak mudah dirasuk serta tidak mudah takut dengan gangguan syaitan dan iblis",katanya -Sumber : Harakahdaily.net |
Etika Pengubatan Islam (Darussyifa')

Setiap perawat Darussyifa' hendaklah menghayati dan mematuhi etika pengubatan Islam yang telah ditetapkan iaitu:- 1. Setiap penyakit ada ubat. Usaha adalah ikhtiar manusia, manakala kesembuhan adalah hak Allah 2. Setiap pesakit berhak mendapatkan rawatan tanpa batasan waktu. 3. Ikhlas adalah sifat utama yang mesti dimiliki, manakala kesabaran, keyakinan, kejujuran, berakhlak mulia dan amanah memantapkan kemustajaban doa. 4. Usaha rawatan adalah ibadah. Segala perlaksanaaan mesti selaras dengan hukum syarak. 5. Elakkan fitnah ketika melakukan rawatan dan berinteraksi. Pesakit perempuan mesti menutup aurat dan ditemani oleh waris. 6. Konsep dan pemahaman kaedah rawatan perlu dihayati dengan jujur dan yakin. Sandarkan segala harapan kepada Ihsan Ilahi semata-mata. 7. Penonjolan diri adalah dilarang, manaka rawatan hanya diberi ketika diminta. 8. Perawat mesti amanah memelihara kepercayaan pesakit, keluarga dan masyarakat. Elakkan perlakuan yang melibatkan kepentingan peribadi manaka rawatan dilakukan tanpa perbezaan jantina dan martabat diri. 9. Rahsia pesakit adalah satu amanah dan sulit dan hanya perlu untuk kepentingan rawatan sahaja. Jauhkan penerangan yang tidak jelas/samar bagi mengelakkan kekeliruan. |
Jumaat, 8 Mei 2009
Sabtu, 2 Mei 2009
Jumaat, 1 Mei 2009
DARUSSYIFA' CAWANGAN KEMUNTING

Darussyifa' Cawangan Kemunting diasaskan oleh Ustaz Zakaria b. Nasirudin @ Din dan Ustaz Abdul Rahim. Pada mulanya Ustaz Zakaria dan Ustaz Rahim hanya melakukan rawatan di Masjid. Atas permintaan ramai, ustaz kemudiannya mula menyewa sebuah rumah kedai di Taman Lela, Kemunting untuk dijadikan sebagai Darussyifa' Cawangan. Membuka Klinik Rawatan apatahlagi membuka Cawangan Darussyifa' memerlukan pengorbanan dan kesanggupan yang tinggi. Seperti Cawangan lain, biasanya usaha untuk melakukan kerja-kerja sebegini seringkali dilanda perbagai ujian. Masalah tempat rawatan merupakan antara cabaran besar yang perlu dihadapi. Sunguhpun Ustaz telah mendapat tempat (iaitu sebuah rumah kedai yang disewakan) namun kadangkala timbul beberapa masalah (tidak perlu dinyatakan) sehingga memaksa Ustaz mencari tempat lain yang lebih sesuai. Sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat serta pesanan Tuan Guru agar setiap Klinik atau Cawangan yang dibuka hendaklah dipastikan terus beroperasi menyebabkan Ustaz Zakaria dan Ustaz Rahim mula berikhtiar untuk mendapatkan tempat yang lebih baik. Akhirnya, atas bantuan dan pertolongan Allah, Ustaz telah diberi kemudahan untuk membeli sebuah rumah kedai di Taman Lela untuk dijadikan Cawangan Darussyifa' Kemunting. Keahlian Darussyifa' Kemunting yang pada mulanya hanya 2 orang (Us. Zakaria dan Us Abdul Rahim) kini mula bertambah. Pada tahun 2001, Darussyifa Cawangan Kemunting mula mempunyai tiga orang perawat baru iaitu Us Rais, Us Zaki dan Us. Khairul. Tahun 2006 menyaksikan pertambahan perawat dengan beberapa Ustazah yang dikhususkan untuk merawat pesakit wanita. Kini, Darussyifa' Cawangan Kemunting terus berkembang dengan pertambahan ahli yang kian ramai serta kejayaan menubuhkan beberapa Klinik Darussyifa' seperti Klinik Darussyifa' Parit Buntar (2006), Klinik Darussyifa' Bertam (2008), Klinik Darussyifa' Selama (2008), Klinik Darussyifa' Kuala Kangsar (2006), Klinik Darussyifa' Kulim (2006) dan Klinik Darussyifa' Setiawan. Pertambahan Klinik Darussyifa' ini penting bagi memberi perubatan alternatif yang berasaskan al-Quran dan Hadis agar masyarakat dapat menghindari perubatan yang syirik dan khurafat. Darussyifa Cawangan Kemunting. Waktu Rawatan:- Isnin (Malam- Lepas Maghrib ; 7.00 malam - 11.30 malam) Selasa (Lepas Asar; 5.30 petang - 7.00 malam) Jadual Aktiviti Rawatan Pada Hari Isnin:- 7.20* - Solat Maghrib Berjemaah - Solat Hajat - Bacaan Yaasin - Zikir Asas 10 -Solat Isyak Berjemaah - Tazkirah - Rawatan Bermula * Tertakluk pada perubahan waktu solat semasa Jadual Aktiviti Rawatan Pada Hari Selasa:- 5.30 petang - Rawatan |
A |
MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI: A.F US ZAKARIA B. NASIRUDDIN @ DIN : 012-4315349
Rabu, 29 April 2009
Tn Guru Menerima Anugerah Tokoh Pendakwah Selangor 2009


Y Bhg. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah dianugerahkan Tokoh Pendakwah Peringkat Negeri Selangor kategori agensi bukan kerajaan bagi tahun 2009/1430H.Tuan Guru menerima anugerah tersebut ketika Majlis Perasmian Penutupan Bulan Dakwah Negeri Selangor 2009/1430H yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) pada 31 March 2009 yang lalu.
Berikut reaksi Tuan Guru ketika ditemui selepas majlis tersebut:
"Ini adalah satu penghargaan untuk saya. Saya hanya diberitahu pagi semalam dan saya tidak ada pilihan lain selain daripada menerimanya dengan besar hati. Jika perkara ini dirunding lebih awal, sudah tentu saya akan mengesyorkan orang lain yang jauh lebih layak daripada saya".
"Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor di atas penghargaan tanpa dipinta ini. Dakwah dirasakan semakin penting untuk dikembang dan diperluaskan untuk segenap lapisan masyarakat tidak kira generasi tua atau muda."
"Gejala sosial yang semakin parah pada masa kini dapat diminimakan sekiranya kita menyampaikan dakwah dengan efektif dan berkesan. Kerosakan nilai hidup muda-mudi sekarang bukan sahaja merosakkan maruah dan diri mereka malah lebih teruk daripada itu, ia memberikan kesan buruk kepada masyarakat, undang-undang dan Negara."
"Masalah anak luar nikah, derhaka kepada ibu bapa dan hidup berfoya-foya tanpa menghiraukan peraturan agama dan undang-undang hanya akan mengundang bala bencana yang besar kepada negara pada masa depan."
"Masalah anak luar nikah, derhaka kepada ibu bapa dan hidup berfoya-foya tanpa menghiraukan peraturan agama dan undang-undang hanya akan mengundang bala bencana yang besar kepada negara pada masa depan."
"Oleh kerana itu perhatian khusus mestilah diberikan kepada golongan muda ini bagi mendekatkan mereka kembali kepada jalan kebenaran iaitu hanya kembali kepada ALLAH sahajalah jalannya."
Pihak Darussyifa juga amat gembira dengan penganugerahan ini kepada yang Y Bhg. Tuan Guru dan mendoakan agar Tuan Guru sentiasa diberikan kesihatan agar boleh meneruskan kerja dakwah yang masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada Tuan Guru.
- Dipetik daripada laman www.darussyifa.org
Isnin, 13 April 2009
Makanan Halal-Satu Tuntutan
Jumaat, 10 April 2009
Selasa, 7 April 2009
Boikot Motorola kerana membekalkan fius bom kepada Israel !

Isnin, 06/04/2009 - Motorola telah menjual satu unit kontroversial yang menghasilkan fius-fius bom dan peralatan lain untuk tentera Israel, menurut laporan sebuah akhbar kewangan Israel , Globes . Tiada penjelasan yang telah ditawarkan dalam laporan media tentang jualan oleh Motorola Israel — sebuah anak syarikat milik penuh Motorola — bagi unitnya yang dipanggil Government Electronics Department (GED) untuk syarikat Israel , Aeronautics Defense Systems Ltd. Jualan itu datang sehari selepas bantahan 30 Mac kempen boikot Isarel di Brooklyn anjuran The New York Campaign untuk Boycott Israel (NYCBI) memulau Motorola kerana sokongannya terhadap dasar aparteid Israel. Ryvka Bar Zohar daripada NYCBI berkata : “Kita akan lebih bersemangat sekiranya Motorola menyingkirkan sekurang-kurangnya pengeluaran fius-fius bom bom-bom yang Israel gunakan kepada penduduk Palestin dan rakyat Lebanon. Tetapi kita akan terus berkempen untuk memulau Motorola sehingga mereka menyingkirkan pengeluaran dan jualan bagi semua produk yang menyokong dasar aparteid Israel.”
penterjemah : gunx
-->
-->
Selasa, 31 Mac 2009
Selasa, 24 Mac 2009
Ahad, 22 Mac 2009
Histeria

Histeria merupakan satu istilah yang sering digunakan oleh masyarakat melayu yang dirujuk sebagai penyakit yang diakibatkan oleh gangguan makhlus halus atau gangguan hantu. Dalam perubatan moden barat, histeria dikatakan sebagai satu penyakit yang berpunca daripada despresi psikologikal. Kedua-dua penafsiran terhadap perkataan histeria berkaitrapat dengan pemahaman dan budaya yang berbeza antara masyarakat melayu dan barat. Masyarakat Melayu sering mengaitkan histeria sebagai satu gejala yang berlaku kepada seseorang melibatkan perubahan kelakuan fizikal seperti agresif, cepat marah tanpa sebab tertentu, tindakan fizikal yang melebihi kekuatan fizikal asal, menjerit, meraung tanpa sebab yang kesemua tindakan ini merupakan tindakan luar biasa yang dilakukan akibat daripada gangguan dari kuasa luar (supernatural ghaib) keatas pesakit. Gejala ini biasanya dikaitkan berlaku di asrama sekolah, kilang-kilang, kawasan hutan lipur dimana terdapatnya tempat perkhemahan dan sebagainya. Perkataan 'histeria' berasal daripada perkataan greek yang bermaksud rahim yang merayau-rayau. Ia diistilahkan demikian kerana tanda-tanda histeria umumnya hanya terdapat pada wanita. Bagi pengkaji barat, Charcot, Jenet dan Freud mendifinasikan histeria sebagai 'peniruan penyakit secara tidak sedar dan pura-pura sakit sebagai peniruan sakit keatas sesuatu penyakit secara sedar' (Dr Amran Kassimin:1994)Menurut At-Tibbu 'n' Nabawi, sakit-sakit seperti ini dikenali sebagai as-Sar iaitu rasukan roh-roh jahat keatas roh manusia yang memberikan kesan yang buruk kepada orang berkenaan. Gangguan sebegini juga dikenali sebagai gangguan makhluk halus. Terdapat banyak keterangan hadis nabi yang menerangkan perihal masalah gangguan halus ini. Para pesakit histeria yang berjumpa dengan doktor perubatan moden biasanya dikaitkan dengan penyakit mental sepertimana yang dijelaskan diatas. Dalam rawatan moden, terdapat beberapa istilah penyakit melibatkan masalah mental seperti Skizofrenia, depresion dan sebagainya. Jika dilihat daripada simptom pesakit, para pesakit histeria umumnya terjadi akibat daripada rasa takut akibat mendengar suara tertentu, atau melihat objek seperti seorang perempuan (halusinasi), merasa takut dan sebagainya. Tindakan ini seterusnya mencetuskan ketegangan sehingga menjadikan tindakan fizikal yang lebih agresif seperti menjerit, meronta dan berlari-lari. Simptom-simptom ini juga dilihat pada para pengidap penyakit kejiwaaan seperti Skizofrenia. Para pesakit yang pernah mendapatkan khidmat rawatan di Darussyifa', sama ada melibatkan sihir mahupun histeria umumnya mengalami simptom yang hampir sama. Terdapat pesakit yang ditemui menyatakan dirinya menjadi ketakutan setiap kali waktu maghrib sehingga tengah malam. Terlihat kelibat objek seolah memerhatikannya malah terdapat juga pesakit yang mendengar suara-suara ghaib seolah-olah berbicara dengannya. Terdapat juga pesakit yang menerima rawatan di Darussyifa' mengakui telah mendapatkan khidmat doktor alophaty. Seorang responden memberitahu penulis bahawa dia pada mulanya mengalami masalah magrin yang teruk sehingga menyebabkannya sukar tidur. Akibat daripada masalah tersebut, responden telah berjumpa doktor di salah sebuah klinik di Ipoh. Doktor yang merawat memberinya ubat migrin. Pada mulanya ubat tersebut didapati berkesan untuknya. Ubat magrin yang diambil menyebabkan responden tidur dan merasa selesa setelah menikmati tidur yang mencukupi. Namun, setelah beberapa hari, ubat yang digunakan tidak memberi kesan lagi kepada responden. Responden telah merujuk doktor yang sama dan akhirnya diberikan dengan ubat yang lebih tinggi dosnya. Pengambilan ubat seterusnya turut tidak memberi kesan kepada responden. Responden akhirnya dirujuk kepada pakar dan akhirnya pakar menutuskan agar responden dirujuk kepada 'psikatri'. Responden akhirnya merujuk kepada Darussyifa'. Responden akhirnya sembuh setelah mendapat rawatan di Darussyifa' selama kira-kira hampir 3 tahun. Jika dilihat dari kedua-dua sumber perubatan moden dan Islam dapat disimpulkan bahawa, wujudnya gangguan makhluk halus ke atas manusia yang menyebabkan berlakunya tindakan-tindakan yang mendatangkan masalah kepada kejiwaan dan sikap sepertimana siptom-simptom yang terjadi keatas pesakit histeria. Hadis nabi turut membenarkan bahawa tindakan jin dan makhluk halus keatas manusia boleh menyebabkan berlakunya penyakit kejiwaan yang diistilahkan sebagai 'gila'. Antaranya Hadis daripada Abdul Rahman b. Abu Laila dari ayahnya, beliau berkata: ' Saya mempunyai saudara yang sedang sakit. Rasulullah S.A.W bertanya: " Apa sakit saudaramu itu?". Orang itu menjawab: " Sakit Gila". Rasulullah S.A.W bersabda:"Pergilah dan bawalah dia kemari". Perawi berkata selepas itu dia pergi lalu membawanya kepada rasulullah dan mendudukkannya dihadapan rasulullah. Selepas itu aku mendengar rasullullah memintakan perlindungan dengan membaca al-fatihah, empat ayat pertama surah al-baqarah, dua ayat pertengahan surah al-baqarah, ayat kursyi, tiga ayat penutup dari surah al-baqarah, satu ayat dari surah ali-imran. Saya mengira baginda membaca (syahidallahhu annahu la Ilaha illa huwa...), satu ayat dari surah al-a'raf (inna rabbakumullah....), satu ayat dari surah al-mukminun (waman yad'u ma' allahi ilaahan aakhara laa burhaana lau bihi...), satu ayat dari surah al-jin (wa annahu taala jaddu rabbina mattakhazu shaahibatan walaa waladan...), sepuluh ayat pertama surah as-soffat, tiga ayat terakhir surah al-hasy, al ikhlas dan ayat mu'awwazatain. Selapas itu orang arab kampung itu berdiri dalam keadaan sembuh, hilang penyakitnya". Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan al Hakim yang menyatakannya sebagai terpelihara dan Sahih. wallahua'lam |
Khamis, 19 Mac 2009
Khamis, 12 Mac 2009
Selasa, 10 Mac 2009
Isnin, 9 Mac 2009
Sabtu, 7 Mac 2009
Klinik Darussyifa' Changkat Larang/Pengkalan Pegoh


DARUSSYIFA' CHANGKAT LARANG DIBUKA SETIAP SABTU JAM 9.00pg - 12.00T/hari
MAJLIS ZIKIR DAN SOLAT HAJAT DILAKSANAKAN SETIAP JUMAAT MINGGU KEDUA.
AKTIVITI PADA JUMAAT MINGGU KEDUA:
SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
SOLAT HAJJAT
BACAAN YAASIN & ZIKIR
SOLAT ISYA'
TAZKIRAH RINGKAS
RAWATAN BERSAMBUNG
UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI: US SAIFUL 019-4638314
US ZUL 012-6749239
Ahad, 1 Mac 2009
Langgan:
Catatan (Atom)
