Laporan: AZMAN MOHD NAWI, SALAWATI HARIS dan DALIA ISMAIL Foto: HALIMATON SAADIAH
Perubatan tradisional adalah sebahagian hidup masyarakat Melayu, lebih-lebih lagi bila pengamalnya mencampur-adukkan rawatan mereka dengan ayat-ayat suci al-Quran. Sokongan inilah melahirkan lebih ramai lagi pengamal perubatan tradisional sehinggakan susah hendak dikenali yang mana benar dan yang mana menyimpang atau palsu. Fokus kali ml membentangkan kenapa orang ramai masih percaya dan yakin pada perubatan tradisional dan apakah rawatan yang pengamal ini tawarkan.
Kesemuanya mendakwa mereka pakar, pakar dalam berbagai rawatan termasuk pembedahan batin. Menakutkan tetapi itulah hakikatnya. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan, ramai pengamal perubatan tradisional membuka klinik baru, kononnya mampu mengubati segala jenis penyakit, dari kecil hingga ke sebesar-besar penyakit.
Bukan itu sahaja, tidak kurang yang mempamerkan kehebatan mereka dalam akhbar tabloid mingguan. Gah bunyinya. Dalam pada itu, secara senyap-senyap ada juga yang ditangkap polis kerana menipu dan mencabul kehormatan pesakit wanita mereka. Macam-macam terjadi.
Ini masih tidak menghalang masyarakat Melayu dan kaum-kaum lain mempercayai pengamal perubatan tradisional masing-masing. Mereka masib menziarahi pengamal perubatan ini apabila rnenghidapi segala jenis penyakit.
Bukan itu sahaja, masih terdapat dikalangan mereka percaya segala penyakit berpunca dari gangguan jin atau makhlus halus, bukan kerana tersalah makan atau lain-lain.
Dalam dunia moden di mana dunia perubatan telah mengalami berbagai evolusi serta pembaharuan sejajar dengan penemuan penyakit dan cara pemulihan baru, masih terdapat ramai lagi anggota masyarakat di negara ini rnasih percaya pada perubatan tradisional.
Dalam pada itu, perubatan tradisional yang menggunakan herba dan daun serta akar kayu sudah mula mendapat tempat dihati masyarakat berbilang kaum di negara ini. Tambah lagi jika ubat-ubatan itu ada khasiat memulihkan kelelakian seperti Tongkat Ali dan sebagainya. Malahan, ubat-ubatan seperti ini juga diminati oleh masyarakat luar negara yang sudah pun mempunyai viagra dan kialis dan sebagainya.
Perubatan seperti ini, mungkin di panggil tradisional kerana menggunakan akar kayu, daun dan pokok-pokok yang mempunyai khasiat dan telah dilakukan klinikal eksperimen sebagai bukti, maka ianya sangat popular.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan