Rabu, 23 September 2009

Klinik Darussyifa' Bota







Klinik Darussyifa' Bota merupakan Klinik Darussyifa' yang menawarkan perubatan Islam kepada masyarakat di sekitar Daerah Perak Tengah Khususnya dan daerah berhampiran seperti Daerah Manjung amnya. Namun, bagi Daerah Manjung kewujudan Klinik Darussyifa' Pantai Remis membantu mengurangkan masalah penduduknya. Klinik Darussyifa' Bota terletak di jalan utama (federal road 1 JKR) Ipoh-Lumut. Jika anda dari Ipoh menuju ke Bota, selepas sampai ke persimpangan menuju ke SMK Dairy di sebelah kiri, (Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakop) Darussyifa Bota adalah di sebelah kanan, anda akan kelihatan papan tanda menunjukkan klinik tersebut. (Sebelum persimpangan lampu isyarat ke Parit, Lumut dsb). Kewujudan pembahagi jalan menyukarkan anda terus ke klinik. Anda perlu terus ke persimpangan lampu isyarat (Simpang empat) dan membuat pusingan 'U' untuk mendapatkan jalan menuju ke Ipoh. Perhatikan betul-betul, dalam jarak kurang dari 500 meter anda akan dapati satu papan tanda kecil ke kiri yang menunjukkan Klinik Darussyifa' Bota. Bagi penduduk di Daerah Perak Tengah, peta diatas sudah tentu amat memudahkan anda untuk menuju ke Klinik Darussyifa' Bota. Klinik ini dipengerusikan oleh A.F Us Mokti b. Uri dan jawatankuasanya. Klinik beroperasi pada setiap hari sabtu bermula jam 9.00 pagi. Untuk maklumat lanjut bolehlah melawati blog Darussyifa' Bota http:// darussyifabota.blogspot.com atau menghubungi Us Mokti di nombor 013-5212706.

2 ulasan:

  1. slm..sy nk bertya..rawatan darul syifa' daerah mjg ni..blh pegi ke rumah pesakit ke?

    BalasPadam
  2. kalau sesak nafas sakit dada ustaz ada sebab gangguan buatan orang k ustz mokti?

    BalasPadam